Aug 21, 2011

Kuih Oh! Kuih…

Assalamua’laikum.

Kuih oh! kuih. Bila Ramadhan tiba, macam-macam jenis kuih ada. Mungkin ada yang dah jadikan kuih sebagai menu wajib yang patut ada atas meja hidangan untuk berbuka puasa. Serius rambang mata kalau ke bazar Ramadhan. Macam-macam warna, macam-macam jenis dan spesis dan yang paling menarik, macam-macam nama!

Sampaikan ada yang aku sendiri tak tahu nama kuih-muih tu. Yang aku tahu, bedal kuih sampai habis saja…hehehe…

Jadi, niat untuk entri kali ni, saja nak tulis pasal kuih-muih tradisional yang aku rasa menarik, sedap, dan paling cun ialah nama kuih tu cukup unik. Kalau korang ada nak tambah, sila tambah kat bawah yer, jangan malu-malu….

1. Tok aji serban

"gambar kuih tok aji serban"Kredit gambar:www.sajionline.com.my

Kenapa tok aji serban? Mana serbannya? Aku agak yang warna perang itulah serban kuih ni. Kira inilah kuih yang paling ‘alim’. Hampir sama dengan kuih seri muka cuma yang bezanya ialah ‘kepala’ dia. Yang tu kepala, yang satu lagi muka…hehehe…

2. Kuih seri muka

"gambar kuih seri muka"Kredit gambar: Myresepi.com

Kuih yang aku rasa antara yang paling popular setakat ni. Mana-mana bazar, insyaAllah ada kuih ini. Inilah kuih yang paling berseri mukanya!

3. Mek comel

"gambar cek mek molek@mek comel"Kredit gambar: Myresepi.com

Mek comel namanya di Terengganu, ada juga yang panggil kuih cek mek molek. Memang sedap dan comel bentuknya. Inilah agaknya kuih yang paling comel!

4. Lompat tikam

"gambar dan resipi kuih lompat tikam"Kredit gambar: Cariwriter.blogspot.com

Kuih ini sangat popular kat tempat kelahiran aku. Kenapa lompat dan tikam? Memang payah nak jawab. Aku agak, kuih ni zaman dahulu kala dimakan oleh pendekar-pendekar. Bila penat, berhenti makan dulu, kemudian sambung bertikam. Terus jadi kuih yang paling ganas!

5. Kuih tahi itik

"gambar kuih tahi itik dn resepi"Kredit gambar: Warnawarni Terengganu

Kalau kopi ada kopi tahi musang (boleh baca entri Bro Ismail: Kopi tahi musang), kuih pula ada kuih tahi itik. Nama memang kurang menarik, tapi rasanya memang manis sebab ianya disira panas dalam air gula (tahi itik aku tak tahu rasa apa yer…keh3). Maka, jadilah ia kuih tak best langsung namanya!

Itu baru lima, aku rasa banyak lagi kuih-muih Malaysia. Semuanya manis-manis belaka walaupun ada nama kuih tak seindah mahupun seburuk namanya.

Kesimpulan: Berpadalah makan kuih-muih. Utamakan kesihatan diri sendiri, barulah kita lebih riang untuk jaga anak isteri.

® hafizmd – satu famili suka tepung talam….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

61 komen setakat ini

  • teringat pulak pada status kawan sy di fb:

    kuih paling gangster=>lompat tikam
    kuih paling sexy=>puteri mandi
    kuih bajet cute=>cek mek molek
    kuih untuk awet muda=>seri muka
    kuih paling alim=>kuih ketayap
    kuih dalam zoo=>badak berendam
    kuih yg suka api=>kuih bakar
    kuih yg bangun sendiri=>kuih bangkit
    kuih org mandi=>perigi buta
    kuih yg aman=kuih makmur
    kuih yang paling lembap=>kuih siput

    lepas tu,sy dan kawan2 pun tambah lah lagi dn kuih2 yg terdapat di Malaysia ni..haha..seronok membacanya..

    apa pun,kuih tepung pelita lah kuih yg paling sedap setakat ni utk tekak sy.. :D
    Blogger adele´s berkongsi entri terkininya ..Wordless Day #1 – Almond London With Fine Chocolate

  • Untuk kesihatan memang perlu kurangkan makan kuih-kuih yang manis ni… Sekali sekala tidak mengapa :D
    Blogger anif´s berkongsi entri terkininya ..Persiapan Hari Raya Aidilfitri 2011 #1

    • Setuju!

      Makan sekali-sekala ok…kalau berkali-kali ko

  • Serius, dalam semua kuih tradisional di atas, ada 2 yang belum pernah saya makan atau lihat. Hehe… Mungkin saya ini katak di bawah tempurung. Tapi memang susah nak jumpa kedua-duanya di utara. Sesiapa yang tahu kat mana boleh dapatkan kuih tu, mesej saya :)

    1. Kuih tahi itik
    2. Mek comel
    Blogger Mama Murai´s berkongsi entri terkininya ..mengajar anak berpuasa

    • @Mama Murai, cepat datang kelantan
      insya-allah ada kedua2 kuih ni
      Blogger tehr´s berkongsi entri terkininya ..Raya Oh Raya

      • @tehr,
        tak boleh dalam masa terdekat kot.. Takpe kalau ada masa, teringin juga bercuti kat sana. Insya-Allah

      • @tehr, mmg kelate terkenal dgn kueh muehnya…

    • Taklah Mama Murai, sebab memang payah nak tengok kuih yg 2 jenis tuh sebab ia tradisi disesetengah negeri saje…tu yg payah tu

      Ok, nanti sesape yg nampak, terus roger2 MM ok.. :D

  • wah, kuih tradisional ni.. ada sesetengahnya jarang sangat ada di tempat aku kecuali time kenduri
    Blogger kulanz´s berkongsi entri terkininya ..Bulan Tidak Mengelilingi Kaabah

    • setuju…kadang2 masa kenduri baru ada…tp bulan puasa ni…semua muncul kembali…hehe

  • lepat pisang?

    hehehehe
    Blogger maza´s berkongsi entri terkininya ..Sahut Menyahut di Hari Raya

    • lepat pisang? sedap tu…feveret :P

  • ‘tahi itik’ tu aku belum pernah makan
    pelik juga
    Blogger tehr´s berkongsi entri terkininya ..Raya Oh Raya

    • ni kat kelantan byk kuih ni tehr :D

      kat terengganupun ade…hehe

  • kuih no 2 tu da lama gila x makan
    Blogger Juan´s berkongsi entri terkininya ..Apple Pie Mcdonalds

    • nak kena cari tuh…memang sedap!

  • kueh mek comel tu memang tak pernah jumpa lagi la.. 1st time dengar :D
    Blogger MR.Z´s berkongsi entri terkininya ..Bahasa Melayu Versi Apa Ini?

    • sedap kuih ni bro…kena acu cuba try test yer..

  • kuih Kuih tahi itik tu bukan tak best nama malah boleh menghilangkan selera na makan jer hahahah…sapa la yg letak nama mcm tu :)
    Blogger W.R´s berkongsi entri terkininya ..Dapat Hadiah Header Blog

    • siapa? memang tak dapat dikenalpasti….hehe :D

  • nyaman2 semua… hehehe
    Blogger dreamfinancebiz´s berkongsi entri terkininya ..Smiling to the Bank

  • Mmg benar tu.. semua kuih2 org melayu.. manis-manis belaka…
    mungkin salah satu sebab ramai yg kena kencing manis kot…
    seperti kata bro hafizmd… makan biarlah bersederhana… :D
    Blogger Hairul Hissam´s berkongsi entri terkininya ..Resepi buat tepung goreng pisang paling rangup. Jom pelbagaikan lagi hidangannya

    • hehe…mmg dah pasti dah tuh…antara penyumbang sebenar penyakit orang2 kita

      p/s-org2 kita memang manis2 :D

  • Kuih kole kacang pun sodap!
    Kegemaran ayahanda Kak Long, dan sekarang Kak Long pun suka juga.
    Blogger Kak Long Mawar Merah´s berkongsi entri terkininya ..Bunga kebangsaan di bulan kemerdekaan

    • kuih kole kacang…sedap2…asal ada kacang, mesti saye suke…hehe :D

      punya selera yg sama anak beranak yer

  • ada yang takpernah makan tu

    • nak kena try test jugak bro…mana tau kena dgn lidah?

  • macam2 nama kuih kat Malaysia ni.. hehe.. kelakar pulak bila dengar..

    p/s: aku suka kuih seri muka.. sedap!
    Blogger RedBoys´s berkongsi entri terkininya ..Lirik Lagu Cinta Muka Buku – Najwa Latif

    • kelakar tp sedap tu..keh3

      p/s-seri muka, mmg antara yg sedap tp kalau mkn byk sgt, muak juga aku

  • Lah ingatkan entri pasal kuih raya rupa kuih untuk berbuka puasa. Kuih dibazar Ramadhan tempat saya kecil-kecil belaka makan sekadar rasa sahaja. Mungkin dikurangkan serbi kerana kenaikkan harga barang atau mahu keuntungan berlipat ganda :-(
    Blogger akubiomed´s berkongsi entri terkininya ..Menjahit kaki seluar Raya abang Koning

    • hehe..belum2…tak terfikir pulak nak buat entri pasal kuih rate…tp bro zik kita ade buat top 10 entri kuih raye..hehe

      biasalah bro, nak tak nak…kita buat keputusan jgn beli..kalau beli, sikit2 sekadar pelepas nak rasa jer :D

  • Pernah dengar kuih Cara daging hanya boleh didapati di Melaka. Sedap! Adik ipar saya pandai buat untuk dijualkan sebagai juadah berbuka puasa

    • kuih cara…1st time dengar ni…kalau berpeluang, nak juga makan…

  • aku tak kesah nama tu bunyinya best ke tak..kalau sedap..aku makan ajer. hehe..

    • keh3…bisalah…dasar pemangsa camtuh…hahahaa

      akupun sama jugak bro, janji sedap…pasti habis…tolak kayu goreng jer…keh3

  • ehem ehem.. no wonder la muka kawe berseri, rupanya kuih warna hijau yg kawe LIKE makan tu, rupanya kuih seri muka (dengan gaya penuh kepura-puraan). :D
    Psttt.. bro, sapa ler yg bagi nama kuih taik itik tu… tak mahu kasi org lain makan ker???
    Blogger Dulu Lain Sekarang Lain´s berkongsi entri terkininya ..Ada Apa Dengan Nama (Kereta)?

    • patutlah…tp awas, jgn makan byk sangat, takut mengundang aweks2 diluar sana….hahahaha :D

      saje kasi unik, tp memang iras2 tahi itik, cuma kaler jer tak sama….huuuuh

  • kuih tepung bungkus pun best.. kadang2 pelik nama2 kuih ni.. sapa yg bagi nama ek.
    Blogger fiezaradzi´s berkongsi entri terkininya ..cantik dan kemas selalu

    • tepung bungkus…tepung yg dibungkus…

      tepung pelita=tepung yg dimasak guna pelita…sebab letrik takde dulu2 daa…hahaha

  • zida ni jenis orang tak amek tau sangat nama kuih. haha nampak cun nampak sedap, masuk mulut~ abes cite..
    Blogger Zida´s berkongsi entri terkininya ..JOM! Kasih Ramadhan 2.0 – Misi Sumbangan 130,000LE Untuk Mesir, Ghana, dan Orang Asli Cameron Highland

    • hehe…masuk mulut…mmg habis citer, bukan setakat habis citer, kuih pun habis sekali….keh3

  • Tak pernah pulak cuba kuih tahi itik tu. ;)
    Tpi nama dia mmg stylelah
    Blogger nizamghazi´s berkongsi entri terkininya ..Kenapa Saya Suka Sangat Hyde?

    • Nama mmg tak bleh tahan…tp sedap…hehe

  • dah lama aku x makan kuih seri muka
    Blogger Juan´s berkongsi entri terkininya ..Satay | Otak Otak | Nasi Dagang

    • kena cuba cari tuh….bulan biasa payah nak jumpa…hehe

  • kreativiti menghasilkan berbagai muih tradisional yg enak, tapi kuih boom bangkali leh kasi panjang umur tak??????????

    • setuju, itu mungkin hanya kebetulan saje…hehe

  • hehe Mek comel tu kalau kelantan pangil cek mek molek…
    Ps: mana mereka dapat idea letak nama kuih macam tu :D
    Blogger dnoBiz´s berkongsi entri terkininya ..Biskut Raya dari Cina – Lambakan kuih raya dari China diragui

    • hehe…cek mek molek..mmg comey dan molek :D

      agoknya yg tukang buat tu mmg comey kot? hahaha

  • Nama buruk tp sgt enak bila dimakan

    Knp ek org dulu2 suka bg nama buruk kat kuih?
    Kesian kuih…. :-)
    Blogger bEe´s berkongsi entri terkininya ..Wordless Wednesday ~ Part 3

Tulis komen untuk entri ini.

CommentLuv badge

Papan Iklan


Kategori Entri