3 cerita menarik hari ini…

10.10.10

Ada siapa-siapa yang menyambut hari istimewa hari ni selain Datuk Dr. Syed Sheikh Muzaffar?hehehe…

Apa cerita menarik di suratkhabar hari ni yer? Dalam banyak-banyak berita, ada beberapa peristiwa mahupun berita yang cukup menarik hati. Jadi, aku kongsikan di sini dengan sedikit ulasan, mana tahu ada yang terlepas pandang tapi berminat dengan salah satu cerita ini.

Antara yang berita yang aku rasakan cukup menarik untuk dikongsikan ialah;

1. Pangkalan data genetik Melayu

Pangkalan data? Apa bendanya ni? Mengikut kefahaman aku, akan diwujudkan satu pangkalan data yang mengumpul semua maklumat genetik berkaitan bangsa Melayu. Tahu tak, yang bangsa Melayu dipecahkan kepada 8 sub etnik iaitu Melayu Kelantan, Melayu Kedah, Jawa, Bugis, Minang, Pattani, Campa dan Banjar.

Apa pentingnya pangkalan ni? Penting..sebab banyak juga penyakit yang disebabkan faktor genetik. Jadi, dengan adanya pangkalan data ni, senanglah pengamal perubatan menguruskan penyakit yang berkaitan faktor genetik.

Nota: Kita dari sub etnik mana? Jawakah? 😀

2. UPSR dikekalkan, PMR dimansuhkan

Aku rasa, langkah yang cukup berani diambil oleh kementerian dalam usaha meningkatkan mutu sistem pendidikan dan juga kualiti pelajar-pelajar kita. UPSR yang sediada ditambahbaik dan PMR diganti dengan sistem penilaian sekolah yang akan dipantau oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Aku rasa, ada antara kita yang sempat dengan SRP (Sijil Rendah Pelajaran) dan ramai juga hasil dari PMR. Bila sistem PMR ini diubah, sudah tentu banyak benda juga yang akan berubah termasuklah sistem pembelajaran dan sistem penilaian  pelajar. Apa yang bakal berubah? Sama-sama kita nantikan yer…

Harapnya, generasi yang berorientasikan peperiksaan semata-mata akan dapat diubah secara perlahan-perlahan.

Nota: Ia hanya akan dimulakan pada tahun 2011 dan pelaksaan penuh bermula 2016.

3. Empat kakitangan imigresen ditahan

Dalam Buletin Utama malam tadi, kalau tak silap…aku dengar…mereka yang terlibat ‘mengaut untung’ hampir RM36,000 seminggu hasil kegiatan memboloskan pendatang tanpa izin. Kalau tak silap juga, semuanya berusia 20-an. Aduhai, kalaulah benar…kesian betullah…muda-muda dah pandai makan duit tak betul. Harap SPRM menyiasat dengan telus dan mendalam.

Nota: Moga banyak lagi pintu masuk utama ke Malaysia dipantau serius. Nyahkan semua kakitangan yang tak amanah!

® hafizmd – 10.10.10….hari ini yang mendung sebab baru saja hujan membasahi bumi Gombak 😀