#CakapYangBaikSaja Memadukan Hati Manusia!
Assalamua’laikum.
#CakapYangBaikSaja. Bercakaplah perkara yang elok-elok. InsyaAllah kita akan jadi lebih positif. Lidah kita ni bukan senang nak jaga. Kerana lidah kita yang tebalnya tak sampai seinci, hubungan keluarga boleh putus. Bak pepatah “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.” Inilah kuasa lidah yang Allah berikan sebagai satu senjata yang boleh menjadi madu dan racun bukan saja kepada tuannya malah kepada telinga yang mendengarnya!
Lidah ‘Memadukan’ Hati Manusia
Benar. Kerana lidah, banyak benda boleh selesai dengan baik dan aman. Sebab kerana lidah jugaklah, perkara kecil seperti kucing jiran sebelah termakan seekor ikan kering yang dijemur pun, boleh bertukar menjadi drama tragedi terhebat tahunan.
Kerana lidah jugaklah, ada adik-beradik tak bertegur sapa. Ini bukan auta, tapi fakta yang anda boleh perhati dalam-dalam di sekeliling malah mungkin terjadi dalam keluarga kita juga.
Lidah. Satu struktur antara dua tulang dagu yang mampu menyebabkan kita terjerumus ke dalam neraka Allah. Wanau’zubillah. Ini ambe bukan ambe reka-reka, ianya disebut sendiri oleh Rasulullah SAW;
“Siapa yang menjamin bagiku apa yang ada diantara dua tulang dagunya (lidah) dan apa yang ada di antara dua kakinya (kemaluannya), maka aku menjaminnya syurga.” ~ HR. Bukhari, At-Tirmidzi dan Ahmad
Lidah juga mampu melunakkan hati-hati manusia yang keresahan. Lidah yang banyak mengalunkan zikir kepada Allah dalam apa jua bentuk sekalipun, insyaAllah mampu melegakan segala kesakitan dan keresahan jiwa kita.
Kalimah Laailaha illallah mampu diucap hanya dengan pergerakan lidah tanpa melibatkan pergerakan bibir! Cubalah sekarang…
Tidakkah ini satu petanda lidah benar-benar mampu menjadi sumber “madu” terbaik buat hati-hati kita yang bernama manusia? Gunakanlah lidah sebaik mungkin. Memang tepat masanya apa jua kempen yang ada di laman sosial seperti kempen #SaySomethingNice sempena Merdeka. Kita panjangkan kempen ni sepanjang masa selagi kita boleh bercakap =)
Pakat sama-sama kita didik lidah kita sendiri. Lidah orang, jangan sibuk nak kacau yer….hehehe
@hafizmd – #CakapYangBaikSaja pasti memberi tonik positif buat diri kita. Entri ni khas ambe tujukan buat diri sendiri. Jika ada baiknya, Alhamdulillah. Jika kurang, tegurlah ambe yer =)
terlajak perahu kita boleh undur tapi terlajak kata binasa semuanya..
lidah tidak bertulang…sentiasa perlu berhati hati meluahkan kata agar tiada hati yang terluka 🙂
Kalimah Laailaha illallah mampu diucap hanya dengan pergerakan lidah tanpa melibatkan pergerakan bibir! Cubalah sekarang… betul la. Indah nya 🙂
Hehe..betul tu bro..peringatan juga buat diri saya..
akan cube insaff… sbb lidah sy boleh tahan gak bile bercakap.. hihihi…
Fikirlah dahulu sebelum cakap, bila dah terlanjur kata, susahlah
betul tu bro..lidah itu umpama pedang..tajam hirisannya mampu menikam qalbu
kerana mulut badan binasa.. kena cakap yang baik saja.. 🙂
macam pantun plak…hehe
betul tu bro kid =)
Berfikir sebelum bertindak. Berfikir panjang memikir akibatnya.
Itu yg penting. Kena fikir elok2 sebelum nak bercakap
Kita harus pandai2 dalam menggunakan lidah sebab ini bisa jadi mata pisau yang kadang bisa menguntungkan dan bisa merugikan
Benar tu Rina. Lidah mampu runtuhkan sebuah ikatan persahabatan juga
kalau ada perkara bagus boleh bercakap..dan kalau tiada lebih baik diam sahaja,
setuju…diam lebih baik
Lidah lebih tajam dari pisau walaupun zahirnya kita tahu lidah tak boleh membunuh.. hoho
betul tu..sbb lidah ramai yg boleh “terbunuh”
Lidah dan wang ringgit..perghh kena jaga baik2 tu..
paling mudah saat roh nak tarik… guna lidah sahaja.. Subhanallah
Allahuakbar! moga kita diberi keringanan dalam menempuhnya dgn ucapan Laailaha illallah