Nazmi Faiz dan S.C Beira-Mar

Assalamua’laikum.

Hampir ternganga mulut aku malam tapi sempat aku tutup dengan kacaknya bilamana berita lelaki kacak sorang ni makin harum namanya dalam sukan bola sepak. Selepas lelaki-lelaki kacak seperti Safee Sali, Safiq Rahim dan Arif Zulkifly, kini tiba masanya untuk Muhamad Nazmi Faiz Mansor mengembangkan kariernya ke sebuah kelab bola sepak di Portugal. Aku tau, ramai yang tak perasan kelab ni. Akupun tak tau, tapi kalau aku tulis dua kelab ni, mesti korang cakap…oooooo…

Benfica dan FC Porto cepat cakap ooooo sekarang. Paling tidak, mesti korang pernah dengarkan? SC Beira-Mar berada dalam liga yang sama dengan dua kelab besar ni di Divisyen 1 Portugal. Beira-Mar sekarang berkedudukan di tangga ke-12 daripada 16 pasukan. No. 1 sekarang pasukan FC Forto dan no.2 pulak Benfica. Dua pasukan ni telahpun bermain di kejohanan Liga Eropah  dan beraksi bersama kelab besar seperti Man.United (nak sebut jugak tu….hahahaha).

Apa yang aku kagum ialah keupayaan lelaki kacak bernama Faiz Mansor ni untuk menarik minat pencari bakat dari kelab berkenaan secara ‘merit’ (bukan ada bantuan dari mana-mana orang dalam Kelab tersebut) untuk memberi peluang kepadanya menyertai sesi pemilihan yang akan bermula 13 Mei ni selama seminggu. Kalau mereka puas hati, kita pasti akan dapat melihat kelibat pemain Malaysia pertama dalam kelab Eropah! Bangga tu!

Aku harap, kita sama-sama memberi sokongan yang padu kepada lelaki kacak Nazmi Faiz untuk menunjukkan bakat dan keupayaan diri yang terbaik untuk memikat hati pengurusan SC Beira-Mar.

Moga Muhamad Nazmi Faiz Mansor akan berjaya! Malaysia Boleh!

@hafizmd-Mana tau, Nazmi Faiz bakal sebaris bintang hebat Portugal seperti Cristiano Ronaldo dan Luis Figo!