5 Cara Tingkatkan Mood!
Assalamua’laikum.
10 Cara Tingkatkan Mood/Motivasi Diri. Biasalah, ada harinya kita hilang mood. Nak buat kerja pun berkira. Terutamanya hari Isnin. Ada saja serba tak kena. Silap haribulan, lupa nak zipkan seluar. Awas! Itu semua mainan emosi. Jiwa kacau dengan pelbagai cerita yang mengecewakan dan menyerabutkan. Bagaimana caranya untuk kita kembalikan mood kita? Ada yang cakap, mood sudah ‘kelaut!’
10 Cara Tingkatkan Kembali Motivasi Diri/Mood
1. Jangan salahkan diri sendiri. Habis tu nak salahkan siapa? Ok. Pointnya ialah jangan salahkan diri sendiri dan orang lain. Sebaliknya cari kelemahan diri dan cuba baiki kelemahan diri. Besar bezanya antara mencari salah dan mencari kelemahan diri. Mencari salah meletakkan diri kita rasa lemah, pasif dan rasa down. Sebaliknya, mencari lemah diri sendiri mampu menukar kelemahan menjadi satu kekuatan!
2. Berfikiran positif. Penting sangat ke nak kena fikir positif? Biasa sangat kita dengar kata bijak pandai, “Pasti ada sinar dihujung lorong”. Lebih kurang camtulah. Apa maksudnya? Maksudnya ialah jangan berputus harap pada Allah. Itu yang utama. Apa jua masalah, Allah wajib menjadi tempat kita bergantung harap. Bukan pada manusia!
3. Dapatkan tidur yang berkualiti. Ramai antara kita yang suka berjaga malam. Blogging dan apa jua alasan sepatutnya tak menjadikan kita melawan fitrah tubuh badan kita. Mungkin sekarang kita belum rasa natijahnya suka berjaga malam, namun hakikatnya tidur yang berkualiti penting untuk kesihatan tubuh dan mental. Ambe tahu, ramai blogger yang sanggup sekang mata demi blog! Bersederhanalah wahai rakan-rakan.
4. Ceriakan diri dengan haiwan comel. Ambe tak nafi, bila kita tengok kucing, hati rasa gembira dan best. Betul tak? Sebab apa? Sebabnya hormon ‘ceria’ seperti serotonin, prolactin, dan oxytocin dah mula dihasilkan serta hormon penyebab tekanan iaitu cortisol direndahkan. Tiada haiwan nak dibelai? Macam-macam game ada kat internet. Bela ayam, bela itik, tanam pokok. Pilih saja, cuma jangan sampai kemaruk dan tak cukup tidur!
5. Senyum. Kalau payah sangat, paksalah diri untuk senyum. InshaaAllah, senyum membuatkan kita rasa lapang dan lega. Jangan asyik serius jer sepanjang hari. Mood kita kadangkala menyebabkan orang sekeliling kita beraura negatif. Senyum cukup membuatkan sesiapa saja senang dengan kehadiran kita. Betul tak?
Cukuplah ambe berkongsi 5 cara/petua untuk kembalikan mood kita yang ‘ke laut’. Ambe ada juga berkongsi beberapa entri berkaitan seperti di bawah;
@hafizmd – 5 Cara Tingkatkan Mood! Hidup ini indah jika kita bijak kawal emosi. Mengadulah pada Yang Maha Mendengar.
semoga mood sentiasa baik…
alhamdulillah, mood ambe sentiasa dalam kawalan, kadang2 jer lari sikit..hehe
thanks bro
Betul tu..walau apa pun masalah yang dihadapi, Allah tetap setia menemani..pohon padanya selalu..thank bro atas artikel ni..rasa lega sikit perasaan dan emosi yang kelaut tu..
alhamdulillah. Moga ada manfaat diraih dari artikel ni
biasalah bro PK..hidup mesti ada rase resah, tp kalau kita sentiasa redha dan ingat utk bersangka baik pada Allah…semuanya akan jadi tenang dan lapang =)
H h senyum,owrite.banyak orang kata jika banyak semyum akan awet muda.
betul tu.
senyum mmg boleh jadikan kita nampak muda sbb kita sentiasa ceria..org keliling pun suka tgk kita
Confius jap ni bro.. 10 cara ke 5 cara ni. Hehe
5 lagi sambung next entry! 😀 hehe..
hehee…betul tu…tunggu next entry..panjang2 tak sempat nak baca…hehehehe
memang payah nak aktifkan mood budak-budak sekolah nih..
ajak main je..mesti baik punya mood kalau budak2 sekolah..hehehe..tapi kita la pulak yg pening kepala..
@pipoq, betul jugak tu..tp nayalah kalau tiap2 hari budak2 tu buat takde mood…saje nak main..haru jadinya
@OC, gitulah budak2…kang ada anak akan lebih faham perangai budak2 ni…hehe
Saya paling sering berubah-ubah mood.. kadang mudah sedih, mudah senang, mudah emosi. Hmmm., bisa jadi karena perasaan wanita mudah berubah juga 😀 ,. cara 1, 2 dan 5 mungkin bisa saya lakukan tapi kalau yang nomor 3 sulit karena saya insomnia.. dan nomor 4 juga tidak bisa karena saya takut sama hewan ^^
Elok juga dicuba mana2 yg mampu. Moga2 mood kita terkawal dan sentiasa elok utk melakukan tugasan harian =)
izinkan maza menambah petua no. 6 iaitu gi dengar ceramah agama.. kalau tak ghut (tak larat) boleh tengok ceramah kat tv alhijrah.. hehehe
Inilah petua bangkitkan motivasi terbaik…thanks bang maza
tidur yang berkualiti tu aku setuju sebab aku selalu pratikkan hehehe
Penting sgt..kalau tak badan mesti lesu
aku dah main nga meow, dah senyum, dah tak salahkan diri sendiri, dah fikir positif dan dah tidur dgn ckup. ok semangat nak sambung wat kerja 🙂
canteklah..dah lengkap, kerja mesti tambah power..
terbaik bro
Hahaha. Den pun sama macam Bro Hazmin gak, konfius 5 ke 10 tips. Hehe. Rupanya akan disambung.
Den suka tips yang pertama tu… 😀 Teruskan perkongsian 😀
hahahha..mula2 mmg nak tulis 10, sekali bila dah tulis, panjang pulak dah membebelnya…kadi sambunglah..
thanks bro
ingat Allah banyak2..pasti mood akan sentiasa okey..
terbaik! itu yg no 1 terutamanya
lupakan benda yg merungsingkan kepala dan buat apa yg kita suka. hiburkan hati baru ada mood.
Betul tu. Cuma kadang2 kita tiba2 hilang mood sbb org lain..jadi, nak tak nak, kena jugak pandai kawal mood..kalau tak, seharian moody jer…tak best tu
no.5 paling senang, senyum je…ha ha. mood naik turun memang biasa.
naik turun tu adat..cuma macam mana kita nak handle pasang surut mood..tu yg penting..betul tak tuan DH?
betuk tu. kalau memanjang takde mood pun tak jadi kerjalah jawabnya..
nak layan mood jer..payah..kena buang tepi..baru kerja buatpun hepi
Senyum sokmo itu sedekah elok diamalkan. 🙂
Btul. Jadi, senyumlah kita sokmo2..hehe
ada orang sentiasa konsisten moodnya iaitu orang yang berprinsip ‘happy go lucky’..betul ke?
Org yg sentiasa pandang positif rasanya akan sentiasa relaks dan tenang =)
pasal haiwan tu saya rasa nak cuba lah bela apa apa binatang
elok jugak tu..ambe payah sikit nak bela binatang ni, kawasan rumah tak mengizinkan
Kalau saya, saya just fikirkan tanggung jawab then mood tu akan sampai hehe
Ni satu cara jugak ni..terbaiklah!
Memang tgh down nih….hehehe
kasi relaks bro..moga cepat2 up balik =) hehe
Mau pekena kopi secawan dulu ehhh…
kopi ok jugak..kasi minda segar dan sedor..hehe
apa ni, manifesto kata 10 cara tapi yang ditunaikan hanya 5 sahaja, kami tuntut hak kami, manifesto itu janji…hehe
hahahahaha..sabor2…akan ditunaikan secepat mungkin…
jgn saman ambe! hehe
wah! 5 tips ini bagus untuk di amalkan.
Mood baik,idea untuk menulis blog pun datang.. 🙂
Betul tu bro..mood baik, entri pun power