Tips Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
& temuduga di agensi kerajaan. Sesi temuduga memang mendebarkan. Nak lulus temuduga kerajaan bukan mudah jika kita tak lakukan persediaan untuk temuduga. Korang dipanggil untuk temuduga kerja kerajaan? Dah bersedia untuk lulus?
Tips lulus temuduga kerja kerajaan
Teringat sesi temuduga aku 4 bulan lepas di sebuah agensi kerajaan. Berdebar tu tak payah cakaplah. Mana tak berdebar, kali terakhir aku lalui temuduga kerja 8 tahun yang lalu. Lama tu! Bila dah lama tak hadiri sesi temuduga untuk kerja di agensi kerajaan, tiba-tiba rasa macam nak kena studi banyak benda. Nak baca itu, nak baca ini. Mana satu nak baca untuk lulus temuduga ni? Memang cuak. Betul tak?
Kesihatan diri dan kekuatan mental.
Persediaan paling penting untuk temuduga pastinya ialah kesihatan diri dan kekuatan mental. Kalau mental tak kuat, berdebar tu lagilah cepat terasa. Bagi korang yang sudah lulus dalam exam online untuk apa-apa jawatan sekalipun, tahniah aku ucapkan. Sekarang tibalah masanya untuk korang terjemahkan apa yang korang jawab masa soalan exam online hari tu depan panel penemuduga.
Kekuatan personaliti
Apa yang korang jawab terutama dalam soalan Seksyen C, Ujian Psikometrik bakal diuji dalam sesi temuduga tu nanti. Personaliti korang bakal diuji untuk menentukan lulus atau gagalnya calon temuduga kerja kerajaan.
Soalan perkenalkan diri anda semasa temuduga.
Biasanya ini soalan pertama semasa temuduga. Inilah masanya untuk anda perkenalkan diri anda sebaiknya. Jangan cerita lebih-lebih sangat. Memadai dengan nama, kelulusan pendidikan anda (tak perlu cerita sejarah tadika korang, melainkan jika ditanya), pekerjaan sekarang dan sedikit latar belakang peribadi.
Jawatan penting seperti Penguasa Kastam dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pastinya memerlukan seorang calon yang benar-benar layak untuk mengisi jawatan tersebut. Personaliti tegas, bijak dalam berdiplomasi dan memiliki kemahiran komunikasi disamping personaliti yang menarik pasti akan memberi korang markah lebih berbanding calon lain.
Nak lulus temuduga? Fahami bidang tugas jawatan & bakal majikan!
Antara soalan paling popular semasa temuduga ialah tentang jawatan yang korang mohon dan bakal majikan korang. Soalan-soalan seperti berikut semasa temuduga;
- Kenapa anda memilih untuk memohon jawatan Penguasa Kastam (contohnya).
- Apa yang anda faham tentang tugas seorang Pegawai Tadbir Diplomatik M41?
- Anda rasa, apa kriteria paling penting seorang penjawat awam?
Ini mungkin soalan-soalan untuk calon temuduga. Jawablah dengan penuh yakin dan tegas. Jangan terburu-buru menjawab soalan temuduga. Anda kenalah menjawab dengan baik. Paling penting, kena jawab. Kalau tak tahu, nyatakan anda tak mampu menjawab soalan panel temuduga. Tak perlu rasanya nak “menipu” panel penemuduga kerana ianya akan menampakkan personaliti buruk anda!
Persiapan asas untuk temuduga kerja kerajaan
Jangan lupa untuk siapkan awal-awal dokumen asas untuk temuduga. Dokumen-dokumen seperti kad pengenalan, sijil-sijil akademik, sijil kemahiran, sijil penglibatan kokurikulum pastikan bawa salinan asal dan buat salinan fotokopi. Untuk lebih terperinci tentang persediaan dokumen semasa temuduga, boleh terus ke laman ini –> Persiapan Dokumen untuk Temuduga.
Boleh ubah masa temuduga kerja kerajaan tak?
Boleh. Dengan syarat korang buat permohanan 2 hari sebelum tarikh temuduga asal korang. Boleh tanya lebih lanjut di bawah ni;
1) | Nama : Encik Mohd. Azhar bin Ismail Tel : 03-8885 6325 Emel : azhar@spa.gov.my |
2) | Nama: Encik Abdul Fatah bin Mohd Pilus Tel : 03-8885 6312 Emel : abd_fatah@spa.gov.my |
3) | Nama : Cik Nor Hamiza binti Jelani Tel : 03-8885 6333 Emel : hamiza@spa.gov.my |
4) | Nama : Encik Norisham bin Sharudin Tel : 03-8880 6484 Emel : norisham@spa.gov.my |
Perlukan Panduan untuk Lulus Temuduga Kerja Kerajaan?
Jika anda perlukan panduan bagaimana untuk lulus temuduga kerja kerajaan, disarankan panduan berikut untuk korang. InsyaAllah membantu korang lebih berkeyakinan menghadapi temuduga korang nanti. Korang ingat 1 benda. Lebih baik persiapan korang untuk temuduga, korang dan “menyingkirkan” sorang calon temuduga lain yang kurang bersedia! Pilihan ditangan korang!
aku memang tak suka bab temuduga ni
mujur juga hanya sekali je
Sekali terus dapat ya bro teh??
Rezeki pasti tepat pada tuannye..terbaiklah
Bagus panduan ni. Tapi zaman-zaman aku dulu takda pulak panduan macam ni. Kalau tak, mungkin senang sikit nak masuk temuduga.
Betul juga tu bro. Ada panduan utk lulus temuduga kerja kerajaan macm ni mmg lebih mudah utk buat persediaan interview.
Saya selalu juga menjadi wakil syarikat untuk jadi panel temuduga.
Bagus panduan ni..kandungannya sangat membantu..buat calon2 yang bakal nak lalui temuduga di luar sana, elok dapatkan panduan ni..segera buat persediaan rapi untuk hadapi temuduga anda..
maza dulu pernah hadiri ujian SPA8, PTD dan Temuduga gomen. Kesemuanya gagal.. hahaha
Sebetulnya ketika itu niat di hati tak mahu kerja gomen, gara-gara fenomena kerja swasta lagi best. Pergi mohon dan ujian itupun disebabkan kena paksa dengan emak. Jadi, faham2 ajelah.. hahaha
Psst: buku rujukan untuk peperiksaaan itu biasanya apa ek? Terasa ingin tahu juga, sebab masa 15 tahun lalu, maza tak pernah pun tahu ada buku rujukan tertentu untuk jawab peperiksaan itu. hehehe
Pada AA, keyakinan semasa menjawab soalan lebih penting.AA pernah silap jawab nama Perdana Menteri.Alhamdulillah, lulus.
Boleh dijadikan panduan untuk interview
untuk lulus memang harus memiliki persiapan yang matang agar usaha kita tidak sia-sia, dengan tips semoga bisa cepat lulus dengan nilai terbaik. terima kasih sudah berbagi artikel yang bagus sekali
Rujukan macam ni penting untuk menambahkan lagi keyakinan dalam diri…hehe
kalau kita nak berjaya mesti siapkan ilmu itu pasak awal-awal heee a.k.a ulangkaji
apsal ramai orang kongsi tips temuduga kerajaan 2-3 hari nih..
boleh guna bila aku nak p interview nie…
Memang musim temuduga sekarang ni..ramai yang dok cari informasi tentang temuduga ni..
saya pernah hadir temuduga kerja kerajaan. Saya tak banyak bercakap, yang menemuduga plak yg banyak bercakap, siap bagi tahniah lagi. dia dah bagi clue keputusan temuduga…
Thanks for sharing. Insya Allah berguna untuk saya pada masa depan.
good luck kpd mereka yg memohon
Boleh dijadikan panduan untuk interview
betapa best kalau dapat keje kerajaan pencen ada jer nanti
Itu yg ramai berlumba2 nak kerja kerajaan. So panduan dan tips utk lulus temuduga kerja kerajaan mcm ni mmg penting.
tengs atas perkongsian. simpan utk panduan..
Baguslah ada panduan nya, jadi membantu mempermudah
Semoga berjaya kepada semua calon yang akan menghadapi temuduga, jangan lupa SAVE no telefon tu, mana tahu ada apa2 nanti 😀
Ramai juga yang dtg temuduga pegawai perancang bandar 41 baru ni.. apelah nasib kawan-kawan aku..
salam..bleh x klu kte mntak tukar pusat temuduga?dr putrajaya ke kelantan contohnye..
As salam.
Tempat saya tak pasti. Apapun baik cik Farihah hubungi no telefon yg saya berikan dlm entri ni. Salah sorangnya ialah Nama : Encik Mohd. Azhar bin Ismail Tel : 03-8885 6325 Emel : azhar@spa.gov.my.
Lagi cepat call lagi bagus. Good luck Farihah!
teringat pula ambe pernah interview di kerajaan.
skrg penganggur kena ready juga ni
bagus panduan ini.Boleh apply waktu nk interview nnti. Thanks atas perkongsian ini.
Bagus tips ni bro. Siapa amal, insha Allah pasti berjaya.
tak suka pergi temuduga..sebab tu setia dengan company ni lagi..hehe
Saya dapat 2 kali ja pi interview gomen ni, tapi tak dak talent kot nak keja ngan depa
Belum ada rezekinya lagi. Apa2pun jadi bisneswomen pun terbaik!
Ohh tak tahu pula boleh telefon ubah tarikh temuduga tu. Memang tips terbaik lulus temuduga ni.
boleh sifu HH. tarikh dan tempat temuduga boleh ubah…hantar emel pun dah cukup =)
perlu try semua tips2 yang berkaitan dan yakin kalau nak berjaya dalam temuduga
Dalam mana-mana temuduga persiapan mesti mantap.
betul tu..persiapan utk temuduga mestilah terbaik…tips utk lulus temuduga juga mestilah mantap..
selama berblogging nih tak pernah lagi dapat offer kerja kerajaan…
sakit pun sakit…geram pun geram…. Grrr….
sebagai seorang mahasiswa, ilmu ilmu macam ni saya kena tahu supaya senang nak pergi temuduga nanti.
Saya mikirin lulus kuliah dulu 🙂
byk kali guna interview keje kerajaan ni. Alhamdulillah akhirnya berjaya jugak. Dah 7 tahun berkhidmat dengan kerajaan. Syukur Alhamdulillah!
Nice For Sharing. sukses terus InsyaAllah
Salam,sy nak tnya salinan dokumen2 tu perlu di sahkan tak?? Terima kasih
Assalam.
Sebaiknya disahkan. Paling mudah, sahkan di sekolah dgn guru besar =)
Bagus tips ni 🙂