Si bapa penyerang berani mati…
Semalam, usai saja makan tengahari, mata kami (aku dan isteri) tertumpu pada seorang bapa yang sedang rakus menghisap rokok. Apa yang kurang menyenangkan mata kami ialah si bapa rakus melunaskan hobinya itu di depan anaknya yang aku agak umurnya dalam linkungan 2 tahun dan juga si ibunya sekali.
Kami bukanlah nak menyibuk, itu anak dia dan isteri dia. Dia punya sukalahkan? Apa yang menjadikan kami terfikir ialah satu persoalan, adakah si bapa tahu yang dia sebenarnya persis si bapa penyerang berani mati terhadap anak dan isterinya sendiri?
Setakat yang aku tahu, perokok sememangnya sedia terdedah kepada segala bahaya kesan daripada merokok itu sendiri, tapi bagaimana pula orang-orang sekeliling yang turut menghidu asap rokok tu? Betul ke apa yang aku dengar selama ni yang sesiapa saja yang menghidu asap rokok juga turut terkena kesannya?
Untuk itu, aku buat sedikit pencarian dan pembacaan, mencari kebenaran bukannya setakat berfikir secara logik tanpa hujah berfakta. Ini apa yang aku dapat. Tiada niat untuk mencari salah perokok tapi sekadar memberi fakta dan cuba menarik kesedaran (kepada perokok, mungkin boleh berfikir supaya menjadi perokok yang lebih bijak ketika merokok).
- Perokok pasif – kita yang terpaksa menyedut asap rokok
- Asap rokok yang disedut oleh bukan perokok dikenali sebagai asap rokok pasif – Mengandungi asap aliran sisi dan asap aliran utama
- Berapa banyak perokok pasif sedut asap rokok pasif? – Bergantung kepada saiz kawasan, pergerakan udara, jumlah perokok dan jumlah batang rokok yang dihisap oleh perokok
- Apa bahaya asap rokok pasif?
- Tinggi risiko untuk barah paru-paru – 3,000 orang dewasa mati setiap tahun akibat asap rokok pasif!
- Kita yang tinggal dengan perokok aktif berisiko dua kali ganda untuk mendapat barah paru-paru
- Boleh sebabkan asma kepada kanak-kanak —–> ini yang aku fikir bila tengok si bapa yang rakus menghisap rokok semalam! Kanak-kanak bawah 18 bulan, 2 kali lebih mudah sakit jika ibubapa merokok!
- Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok pasif lebih mudah terkena gangguan pernafasan, jangkitan telinga, selesema, penyakit jantung atau mati pada usia kurang setahun!
Senarai ini membuktikan, walaupun kita bukan seorang perokok, risiko untuk kita mendapat penyakit kesan daripada asap rokok pasif cukup menakutkan.
Jadi, kalau anda seorang perokok, jadilah perokok yang lebih bijak. Merokoklah di tempat yang sunyi, tertutup dan jauh dari insan-insan tersayang. Jauh dari ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak.
® hafizmd – maaf kalau ada yang kurang senang dengan entri kali ini, tapi bukankah kita berjanji saling nasihat-menasihati?
Sumber rujukan:
- Razak Hj. Lajis, Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia
- Krisa Van Meurs, Stanford University School of Medicine
sebbek dengan kuasa veto, laki aku kene halau dok kat parking kete kalo nak isap rokok, ahhaha!
.-= ieda al-habsyi´s last blog ..cepatt!!! promosi dari slimming center hanya RM 100!!! =-.
@ieda al-habsyi, hahaha…akak memang otai habis ni..bagus2… 😀
.-= hafizmd´s last blog ..3 banner jurukomen paling mesra… =-.
@ieda al-habsyi, kalau camni suka hati kan.. hehee.. tapi kesian kat suami, harap2 die dapat berhenti nnti.. hehee
.-= fiezaradzi´s last blog ..Pengalaman yang Berbeza-beza =-.
Kat Malaysia, perokok masih lagi menganggap merokok itu sesuatu yang “cool” dan boleh dibanggakan. Di luar negara, perokok dah tahu jaga adab dan ada kesedaran sivik. Tidak merokok di khalayak ramai, tidak merokok di tempat awam, menghormati org yang meminta supaya dia mematikan api rokoknya.
Jika di Malaysia, kalau diminta matikan rokok. “Gua punya pasal la, nie tempat lu punya bapak yang punya ka?” Bukan saja rekaan, tapi kenyataan dan pernah berlaku.
.-= Anwar Osman´s last blog ..The Number 1666 Comment Award =-.
@Anwar Osman, itulah orang kita..akupun heran dan pelik bin ajaib…
kalau ditegur, melenting…padahal kita juga punya hak utk tidak menyedut asap maut tu..
bro, kalau pandang semacampun, silap2 kita pulak yg kena ‘sound’…huuuuh
.-= hafizmd´s last blog ..3 banner jurukomen paling mesra… =-.
@Anwar Osman,
memang tak best langsung kalu nak sound2 orang ni. undang2 dan mentaliti kat negara kita masih kurang lagi.
betul juga tu bro…sebab orang kita ni, bila kena sound, mulalah melenting tak tentu pasal…tak tegur, makin menjadi2…
jadi, kalau ada satu undang2 yg dilaksanakn dgn tegas…itulah salah satu cara utk memperbaiki keadaan…
betul tu… perokok ni dah sedia maklum, merokok tu membahayakan kesihatan, malah asap rokok juga mampu membunuh… tapi sampai hati mereka dengan tanpa rasa bersalah merokok depan org yg tersayang… itu namanya hipokrit. mulut je kata sayang pada anak bini, tp hakikatnya tidak…
.-= intankuterpilih´s last blog ..Tips Menjadi Lelaki Romantik =-.
@intankuterpilih, itulah yg sebenarnya kak…
patutnya, biarlah jadi perokok yg lebih bijak…andai kata sudah tak boleh berpisah dgn rokok, jadilah perokok yg lebih bijak dgn mengutamakan kesihatan insan2 tersayang…
.-= hafizmd´s last blog ..3 banner jurukomen paling mesra… =-.
@hafizmd,
mungkin terpaksa buat bilik khas untuk merokok selain tandas. ianya kena bermula dengan diri kita sendiri
betul juga tu, barulah lebih selamat utk insan2 tersayang dan orang sekeliling…
takde kesedaran dalam diri mmg camtu.. kaum keluarga dan kwn2 yg jadi mangsa.. kot yer pun nak isap.. jauh2 la sket.. kat tmpt takde org..
.-= Ezany-Kun´s last blog ..Al Kisah Solat Jumaat =-.
@Ezany-Kun, itulah bro..tapi aku mmg hangin kalau si perokok ni hisap beramai2 kat kedai makan..lepas makan je, mesti pekena dulu dua tiga batang…hadoilah…
.-= hafizmd´s last blog ..3 banner jurukomen paling mesra… =-.
maza tak merokok.. jadi tak termasuk dlm kategori itu kan.. hehehe
@maza, sudah pasti maza…tapi kalau ada insan terdekat hisap rokok…apa maza buat?
.-= hafizmd´s last blog ..3 banner jurukomen paling mesra… =-.
alamak tadi aku dah comment hilang la pulak huhu
.-= etomyam´s last blog ..And The Best Part =-.
@etomyam, bro punya komen dah lari masuk dlm kocek seluar ker? heeee
@suri, hohoho…kalau masuk poket sendiri..takpa…kalau masuk poket orang lain..itu susah mau cerita.. 😀
.-= hafizmd´s last blog ..3 banner jurukomen paling mesra… =-.
@suri, masuk poket sendiri oklah…kalau masuk poket orang lain…susah wooo…
.-= hafizmd´s last blog ..3 banner jurukomen paling mesra… =-.
@etomyam, alamak…hilang ke mana bro?dalam spam takde pulak…huhuhu
.-= hafizmd´s last blog ..3 banner jurukomen paling mesra… =-.
Sebenar perokok pasif paling berisiko tinggi berbanding perokok tegar.
.-= akubiomed´s last blog ..Pendedahan berani mengenai Hanis Zalikha =-.
@akubiomed, itulah yg ramai tak sedar…perokok pasif punya 2 kali ganda risiko utk barah paru-paru…
aku masih merokok
TAPI aku sokong entri ni
hisap rokok di luar pagar
ambil sebatang nyalakan api
anak kecil akan membesar
bagus disorok perangai ini
hehehe
.-= tehr´s last blog ..Pantun Ikan Sawah =-.
@tehr, terima kasih bro atas sokongan…
itulah yg terbaiknya bro…tahniah bro
Salam.
Pertama sekali aku sokong artikel penerbitan artikel sebegini. Saling nasihat menasihati ke arah kebaikan.
Keduanya aku setuju dengan tajuk artikel ini. Benar, si bapa adalah penyerang berani mati kepada keluarganya sendiri kerana keegoan dirinya sendiri.
Akhirnya, semoga tabiat merokok ini dihentikan segera. Berhentilah. Huhu.
.-= Hadi Rofiee´s last blog ..Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya =-.
@Hadi Rofiee, salam bro,
terima kasih atas sokongan bro.
itulah yg aku cuba sampaikan…biarlah sayang itu lebih penuh bermakna…
itulah yg terbaik..berhenti merokok…
betul tu. kita yang menjadi asap rokok pasif juga terdedah dengan pelbagai penyakit berbahaya. geram juga dengan perokok yang gemar menghembus-hembus asap depan orang awam.
.-= RedBoys´s last blog ..Entri Yang Ke-100 =-.
@RedBoys, kalau yg jenis menghembus2 tuh…mmg aku hangin satu badan bro..elok tegur saja…
@hafizmd, kadangkala menegur ada yang akan melenting. susah betul.
.-= RedBoys´s last blog ..Senarai Pemenang AJL25 TV3 =-.
@RedBoys,
sebab si pasif bukan sahaja sedut asap insan yg terdekat, tapi asap daripada mereka yg turut berhampiran hisap rokok
betul…itu yg aku rasa, mereka yg hisap rokok merata-rata….mmg kurang cerdik…maaf yer..
yang tak hisap rokok pun boleh jadi mangsa … dan mungkin lebih teruk dari yang perokok.. sebab yang rokok ada filter… yang kita nie duk bau asapnya.. hadoila… semua budak rumah perokok nieh… isk2..
.-= zik´s last blog ..Pencarian Imam Muda Musim kedua 2011 sudah bermula!! =-.
@zik, huuu…bahaya tu zik…kalau camtu…mungkin kena wujudkan zon larangan merokok dlm rumah tuh…kasi disiplin sikit…hehe
.-= hafizmd´s last blog ..3 banner jurukomen paling mesra… =-.
ngeri degar bab rokok ni…sungguhlun kerajan dah letak tanda amaran kat kotak rokok..tampal poster sana sini dema ttp buat dek gak huuu
@suri, mmg ngeri suri…mana tak ngeri…kita yg tak hisap rokok, risikonya dua kali ganda…huu
buatlah poster yg turun dari langit pun…perokok ttp juga hisap rokok…ada yg setuju?
pssst…maaf kalau ada yg terasa, tapi itulah hakikatnya…ramai kawan2 aku yg merokok…selagi tiada azam yg kuat…macam2 alasan diberi…huuuu
.-= hafizmd´s last blog ..3 banner jurukomen paling mesra… =-.
@suri, suri, dorang buat dek je dgn amaran sebegini.. silap2 leh jawab, atuk aku hisap, hidup je lagi.. huhuu.. ape pun, mentaliti perlu diubah..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Pengalaman yang Berbeza-beza =-.
@suri,
hukum denda mandatori kalu hisap rokok di khalayak ramai..baru kurang sikit asap di kawasan awam.InsyaAllah
aku setuju sgt! 200% setuju…
pada aku, hisap rokok ditempat awam, lebih2 lagi tempat2 makan…mereka ni pada aku memang kurang akhlak…
maaflah kalau ada yg terasa, tapi itulah yg aku rasa, cukup sakit hati bila kami makan, meja sebelah tnpa segan silu, hembus asap yg menghala ke arah kami…mmg aku capak kuat2 jer… “busuk giler”…
insaf sekejap bace entri nih…kang 10minit lagi pegi isap rokok jugak..tapi kat smoking area ar…tempat awamnya untuk perokok…;p
@maverick, kalau merokok kt tmpat leh rokok, ok la.. tak le marah sgt… yg kami kaum ibu geram ni, bila di tempat awam pun, masih buat dek, kena pulak de kaum ibu dan anak di situ.. itu yg buat sakit hati & hidung.. heee
.-= fiezaradzi´s last blog ..Pengalaman yang Berbeza-beza =-.
susahnya kalau dok merokok ni eh
aku tak merokok jadi nak komen panjang lebar nak hentam pun
takut aku kena balik..hehe
.-= syahrilhafiz´s last blog ..One Republic – Secrets OST The Sorcerer’s Apprentice =-.
@syahrilhafiz, hehe…kalau tak merokok…mmg ada point tuh…silakanlah yer… 😀
.-= hafizmd´s last blog ..Nyiur gugur mumbangpun gugur… =-.
mmg geram lau kt tempat awam de yg buat begitu.. tlg lah kami, terutamanya kaum bakal ibu yg de anak dlm perut.. busuk sungguh bau asap itu sebenarnya… harap2nye lebih peka terhadap kawasan sekeliling… ini di semua tempat nak merokok… harap2 tingkatkan sensitiviti itu…
skg ni, lau de bau yg tak menyenangkan, mmg akan ku kibas2 tgn atau tutp hidung, lagi best biar org merokok tu nmpak. hehe.. tapi de yg buat dek je.. geram..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Pengalaman yang Berbeza-beza =-.
@fiezaradzi, harapnya begitulah…
bukannya tak nak bagi hisap rokok…sbb duit beli rokok tu duit mereka sendiri…tapi yg tak bestnya, sakit tu dikongsi2 dgn kami…kami tak rela tau… :p
.-= hafizmd´s last blog ..Nyiur gugur mumbangpun gugur… =-.
aku perokok gak, tapi masih tahu respek orang lain…. tak der la hisap dekat ngan orang yang tak hisap rokok terutama perempuan dan kanak2.
sedar merokok membahayakan kesihatan, tapi aku tetap merokok. damn! cam ner laaa nak berenti.. aduyaii
.-= Amry´s last undefined ..Response cached until Thu 13 @ 10:41 GMT (Refreshes in 44 Minutes) =-.
@Amry, bagus amry ni…..seorang perokok beretika…tidak melibatkan orang lain.
.-= Ali ridha´s last blog ..Perempuan tolak cinta lelaki baik =-.
@Ali ridha, setuju…bagus bro amry… ;D
.-= hafizmd´s last blog ..Nyiur gugur mumbangpun gugur… =-.
@Amry, bagus amry, aku doakan moga bro dapat berhenti sepenuhnya…insyaAllah…
dan aku mmg respek pada perokok yg tahu menghargai dan menghormati hak2 mereka disekeliling…
terima kasih bro 😀
.-= hafizmd´s last blog ..Nyiur gugur mumbangpun gugur… =-.
rasanya yang tak merokok tu la kot yang boleh hentam power,bagi nasihat. sebab perokok ni kalau bagi nasihat tak boleh pakai..hehe,,,sebab dia pon merokok.
.-= Amry´s last undefined ..Response cached until Thu 13 @ 10:57 GMT (Refreshes in 58 Minutes) =-.
@Amry, betul tu memanglah betul bro…tapi ada juga yg jenis perokok ni, dahlah tak makan nasihat, silap2, kita pulak yg kena maki…tu yg tak tahan tu
.-= hafizmd´s last blog ..Nyiur gugur mumbangpun gugur… =-.
yap. kalau dah start merokok, memang susah nak berhenti. Tapi memang tak berapa berkenan bila merokok depan anak. Memang tak patut.
.-= ohcikgu´s last blog ..Permohonan jawatan GSTT negeri Melaka 2011 dibuka =-.
@ohcikgu, contoh bapa yang tak patut diikut.
.-= Ali ridha´s last blog ..Perempuan tolak cinta lelaki baik =-.
@ohcikgu, bagus…kalau merokok depan anak…mmg tak patut..merokok depan ibu2 mengandung…mmg juga tak patut… 😀
.-= hafizmd´s last blog ..Nyiur gugur mumbangpun gugur… =-.
@hafizmd, ohhh..itu sangat tak patut..sian kat anak dalam perut tu..
.-= ohcikgu´s last blog ..Benarkah GSTT kekal duri dalam daging =-.
lama-lama kita turut ketagih asap rokok.
.-= Ali ridha´s last blog ..Perempuan tolak cinta lelaki baik =-.
@Ali ridha, itu yg bahaya tu bro…adui
.-= hafizmd´s last blog ..Nyiur gugur mumbangpun gugur… =-.
bawa aku pun hisap rokok juga.
.-= Ali ridha´s last blog ..Perempuan tolak cinta lelaki baik =-.
kawan aku kantoi masuk lokap.
.-= Ali ridha´s last blog ..Perempuan tolak cinta lelaki baik =-.
kalau dah sampai masuk lokap..serius dah ni 😀
syukur ..aku bukan seorang perokok walaupun hidup berhampiran mereka yg menjadi perokok
syukur, sebab ramai juga yg pasif jadi aktif sbb dah selalu sangat terdedah….lama2 terpengaruh…huuu
@hafizmd, kalau yang jenis ni, pas kita kena maki, adalah afdal kiranya kita sekeh kepala dia 10 kali.wakaka
.-= Amry´s last blog ..Disiplin Didalam Perbelanjaan =-.