Ramadhan kembali lagi

Assalamua’laikum.
Alhamdulillah, dapat juga aku bersua dengan Ramadhan al-mubarak tahun ni. Andai kata Allah takdirkan tiada lagi peluang untuk berjumpa Ramadhan tahun ni, apakah kita ralat?

Atu tanya diri sendiri dan anda juga boleh tanya diri sendiri. Tak perlu kita tanya orang lain tentang kualiti puasa kita. Kita yang lebih tahu bagaimana tahap puasa kita dalam tahun sebelumnya. Betul tak?

Alhamdulillah. Awal Ramadhan tahun ni, dapat juga rasa meriahnya malah sentimental value zaman kanak-kanak rasa makin kuat saat aku tulis entri ni. Mana taknya, 2 hari pertama ni aku mulakam puasa di kampung isteri. Rasa seronok berkumpul ramai- ramai berbuka dan bersahur….fuhhh…cukup gembira rasa. Ini jugak rahmat Allahkan?

Sedap pulak angin bendang tengahari ni, walau panas tapi anginnya tetap mendamaikan.

Akhirnya, selamat berpuasa buat seluruh teman blogger. Sama-sama kita dirikan bulan Ramadhan dengan lebih bersungguh-sungguh.

Mungkin ini Ramadhan yang terakhir untuk kita?

@ hafizmd – kita kasi puasa kita punya tangan, mulut, mata, telinga, perut?sudah tentu daaa…