Julai & terima kasih daun keladi…

Assalamua’laikum.

Alhamdulillah. Dah masuk hari ketiga kita puasa. Moga kita terus berusaha untuk mendirikan puasa dengan bersungguh-sungguh. InsyaAllah.

Sebagai entri wajib setiap bulan, aku terlebih dulu nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada semua rakan blogger yang tak penat-penat datang sini. Secara tak langsung menaikkan motivasi aku untuk terus menyumbang sesuatu yang berguna untuk diri sendiri dan semua. InsyaAllah.

Bulan Julai. Ada beberapa perkara yang telah berlaku pada blog ni. Antaranya ialah…

  • Aku dah tukar theme blog ni, kenapa? Sebab theme flexibility tak sesuai dengan WP 3.2 agaknya. Harap lebih ringan dan laju. Ok tak?
  • Aku terkejut bila blog aku ‘terbogel’ bila baca entri Kak Jie: Dibogelkan oleh wp includes. Alhamdulillah. Aku berjaya selesaikannya. Moga blog yang aku dah anggap harta ni selamatlah buat sementara waktu. Korang camne?
  • Awstat di cpanel buat hal pulak. Jadi, nak kena jugak pasang analytics lain (google@clicky)

Yang paling seronok untuk dikongsi ialah senarai 10 teman blogger paling mesra iaitu;

  1. fiezaradzi
  2. akubiomed"10 blog paling menarik hot malaysia"
  3. mekar
  4. DLSL
  5. tehr
  6. bEe
  7. maza
  8. titan
  9. anif
  10. dnobiz

Terima kasih sekali lagi dan marilah kita sama-sama perkukuhkan silaturrahim dan merapatkan tali persaudaraan kita. InsyaAllah, mudah-mudahan kita beroleh barakah dan rahmat Allah jua.

ยฎ hafizmd – yang yang yok, jangan buat-buat buka periuk… ๐Ÿ˜€