PRU13:Bendera, Manifesto Mahupun Calon BUKAN Sebab Utama Kemenangan!
Assalamua’laikum.
Khalid al-Walid. Gelaran Saifullah@Pedang Allah. Kisahnya cukup tersohor dalam memimpin tentera Islam dalam menegakkan agama Allah. Boleh dikatakan, setiap kali tentera Islam pimpinan Panglima Khalid al-Walid, hampir pasti kemenangan milik tentera Islam. Begitulah handalnya Khalid al-Walid dalam taktikal perang. Namun, dalam perang Yarmuk menentang tentera Rom pimpinan Panglima Theodore, Panglima Khalid al-Walid dikejutkan dengan satu arahan besar daripada Khalifah Umar al-Khattab. Apakah arahan yang disampaikan kepada Khalid al-Walid dan bagaimana reaksi beliau?
Perang Yarmuk menawan Kota Damsyik oleh Panglima Khalid al-Walid
Perang Yarmuk. Tentera Islam pimpinan Panglima Khalid al-Walid dengan kekuatan tentera seramai 40,000 orang menentang tentera Rom pimpinan Panglima Theodore dengan jumlah tentera 240,000 orang. 40,000 vs 240,000.
Antara tindakan pertama Khalifah Umar selepas dilantik menggantikan Khalifah Abu Bakar ialah membentuk pasukan bantuan untuk dihantar ke medan Perang Yarmuk. Beliau dengan bersungguh-sungguh menyeru orang ramai untuk mendaftarkan diri. Namun sayangnya, seruan beliau kurang mendapat sambutan orang ramai. Beliau hairan kenapa orang ramai seolah-olah lepas tangan bila diseru berjihad. Bila ditanya kepada orang ramai, inilah jawapannya;
“Khalid al-Walid tu seorang panglima yang gagah perkasa. Dia Pahlawan Pedang Allah yang tak pernah kalah dalam peperangan. Sebab itulah kami tak bimbang, dengan adanya beliau, tentera Islam pasti menang.”
Mendengar jawapan orang ramai, Khalifah Umar menjadi kurang senang. Mereka sudah terlampau taksub serta terlampau mengagungkan Panglima Khalid al-Walid sehingga sanggup mengabaikan seruan jihad. Bagi Khalifah Umar, mereka sudah hilang pertimbangan yang sebenar. Apa pandangan Khalifah Umar?
Bagi Khalifah, kemenangan tentera Islam bukan kerana adanya Panglima Khalid, tetapi kerana kurniaan dan izin Allah.
Khalifah Umar tekad untuk membetulkan tanggapan orang ramai. Dengan serta merta, beliau memecat Khalid al-Walid sebagai pemimpin tentera Islam dan melantik Abu Ubaidah al-Jarah sebagai penggantinya. Orang ramai teramatlah terkejut dan tak bersetuju. Maklumlah, Perang Yarmuk masih lagi sengit.
Panglima Khalid al-Walid yang menerima berita perlucutan jawatannya langsung tidak melatah malahan amat tenang walhal keadaan perang ketika itu cukup genting. Panglima Abu Ubaidah juga menerima perlantikan itu dengan redha dan tidak bermegah dengan jawatan barunya itu.
Malah, Panglima Abu Ubaidah yang baru dilantik memimpin tentera Islam meminta Panglima Khalid meneruskan mengetuai tentera Islam sehingga Perang Yarmuk tamat. Mereka berdua merahsiakan arahan perlantikan baru ini dan berita kematian Khalifah Abu Bakar agar tidak mengganggu tumpuan tentera Islam.
Akhirnya, selepas bertarung hebat dengan tentera Rom, tentera Islam beroleh kemenangan pastinya dengan bantuan dan izin Allah. Khalifah Umar al-Khattab menjelaskan tindakan beliau memecat Panglima Khalid atas sebab berikut;
“Saya melucutkan jawatan Panglima Khalid bukan kerana marah atau sakit hati padanya, tetapi kerana tidak mahu ada yang anggap kemenangan tentera Islam dalam perang kerana adanya Khalid al-Walid. Saya juga hendak memberikan pendedahan kepada panglima perang yang lain.”
Cerita Bendera, Manifesto, Calon PRU 13
Inilah kisah yang wajar kita sama-sama fikirkan, cuba fahami dan hadami bersama. Lebih-lebih lagi dalam kehangatan Pilihan Raya 13 (PRU13)
Wajar kita faham dan yakin bahaya kemenangan mahupun kekalahan seseorang calon/parti adalah kurniaan Allah dan pasti dengan izin Allah. Jika kita sudah membuat keputusan untuk mengundi calon mana dan parti mana sekalipun, jangan sesekali kita lupa pada ketentuan Allah yang Maha Mengetahui. Allah mengurnia kemenangan kepada siapa yang Dia inginkan.Semuanya sudah dalam Ilmu Allah!
Jadi, tak kiralah besar mana bendera yang dipasang, banyak mana bendera yang dipacak, tinggi mana bendera yang dikibar, sehebat manapun calon PRU13, seluas mana iklan dan cerita di TV dan media sosial disiar. Itu semua mungkin hanya sekadar menjadi asbab orang ramai untuk memilih calon/parti yang dirasakan layak.
TETAPI akhirnya jangan kita lupa bahawa HATI kita adalah milik ALLAH jua. Dia yang mampu mengubah HATI kita juga dalam soal memangkah ini.
@hafizmd – PRU13:Bendera, Manifesto Mahupun Calon BUKAN Sebab Utama Kemenangan! Selamat mengundi dan jangan lupa buat solat istikharah untuk memangkah!
Ehsan gambar: Pertempuran Yarmuk
saya betul2 suka tulisan saudara kali ni…
Dlm zaman moden ada satu peperangan yg dunia tak pernah jangkakan pihak yg lemah itu akan menang. Ia adalah perang Ramadhan antara tentera Mesir dan Israel pada 1973. Siapa sangka tentera Mesir yang kekurangan senjata dan berperang dalam keadaan lapar dan haus di bulan puasa boleh menewaskan Israel yang gagah itu hingga kubu Bar Lev yang dianggap antara kubu buatan manusia yg begitu kebal dan canggih pada zaman itu dapat ditawan tentera Mesir yang sedang berpuasa dan akhirnya Semenanjung Sinai dapat ditawan?
Dalam apa-apa peperangan, sama ada perang menggunakan senjata atau perang menggunakan pensil di depan kotak undi kita kena yakin kuasa dari langit yang Maha segalanya itu boleh melakukan sesuatu yang manusia tak pernah jangka.
Jom berdoa untuk kemenangan Islam…
jujurnya, aku harap yang menang nanti leh buat kerja.
harap2 begitulah… jangan cakap2 sahaja..
betul. jangan cakap aje.
jangan kerana kuasa, semua tugas dan kerja entah ke mana.
aku rasa ada banyak perubahan pru13 kali ni. haha..
ayauh buat yang terbaik jln solat istiharah…
Bersedia untuk mengundi pada 5hb nanti. Mengundi dengan bijak bukan kerana sentimen atau dengar-dengar sahaja.
selamat mengundi semua…ilimu yang berguna dapat dari sini
kadang rasa membazir je tgk bendera, banner, papan dan sebagainya untuk kempen
blom lagi yang lain
mungkin itu cara untuk mereka untuk berkempen.
Skrg ni masih releven? susah nak pastikan. kena buat kajian kot? hehehe
tp sonok tgk kemeriahan berkempen
tinggal sehari je lagi
moga2 yang terbaik akan menang
artiekl yang menarik…terima kasih di atas perkongsian yang berguna ini 🙂
Kita hanya merancang dan berusaha, hanya ALLAH yang maha tahu apa yang terbaik untuk Malaysia. Yang penting sandarkan perancangan dan usaha kita kepada ALLAH.
setuju tu…dapat juga info pasal khalid al walid ni…
Khalid bin Walid memang sangat hebat dalam memimpin pasukan
betul tu sehebat mana perancangan kita hebat lagi perancangan Allah SWT 🙂
semoga malaysia akan tetap aman damai
Macam-macam boleh jadi dalam masa 24jam ne
Khalid Al-Walid dan Salahuddin Al-Ayubi memang contoh panglima perang yang terbilang di dalam Islam. Kebijaksanaan mereka mengendalikan tugas yang diamanahkan seharusnya menjadi contoh pada wakil-wakil yang bakal dipilih esok. Selamat mengundi Hafiz- beri undi hanya pada yang layak .
selamat mengundi yer bro…;)
Selamat mengundi..suka baca kisah artikel ni..emm semoga malaysia berada dalam keamanan dan seandainya ada rezeki, saya nak pohon biarlah status jawatan sambilan diserap ke tetap..tak kiralah siapa yang menang, ni jer harapan saya..hehe
kena bijak buat pilihan. semua ini masa depan kita dan juga masa depan anak anak kita juga.
MJ pun dah selesai tggjwb mengundi, harap rakyat Malaysia mengundi dengan bijak 😀
Sekejap lagi akan di umumkan keputusa,tetap istiqomah,
tanpa teragak2 aku memangkah calon yang layak untuk mendapat satu undi dari aku yang mengharapkan mereka akan menjalankan amanah dengan telus..
perancangan Allah paling sempurna
Manusia merancang, Allah yang tentukan.
Doa dan harapan negara Malaysia kali ini ditadbir kelompok pimpinan yang diterajui Nabi Muhammad.
Moga selepas ini rakyat terus menerus menyokong Pemimpin yang telah dilantik. Tolong dari segi ikut apa yang pemimpin suruh buat apa yang baik.
Tinggalkan perkara yang pemimpin suruh buat. 🙂
perkara yang tidak baik dan haram. 😉
Menarik artikel kali ni..penuh dengan yang tersirat di sebalik yang tersurat..
Harap yang menang akan tadbir Malaysia dengan baik..
Terima kaish bro Hairul.
Moga lebih baik dari sebelum dan belajar dari kesilapan lama
dah siap laksanakan tggjwb pengundi smlm..
skang kita tunggu pemimpin yg menang laksanakan tggjwb plk..
huhu..
Itu dah pasti
akhirnya Allah sudah tetapkan siapa yang menang PRU kali ini
Semuanya sudah Allah tetapkan
baca tajuk pon dkna dah setuju 🙂
belum baca isi lagi tu..hehe
Sahabat dulu jaga solat, 5 waktu di masjid. Dan semua tak mau jawatan, sbb takut Allah murka.
Tp sekarang kita dah jauh dari akhlak mereka.
Kita terbalik. Berebut nak jawatan, tak dapat nak boikot..apa daaa