Projek 1Minggu, 1Ruang, 1Blogger…

Projek apa pula? Nak promosi percuma untuk blog anda? Sila baca sampai habis…hehe…:D

Saya sengaja tulis dalam bentuk snippet.

1. Saya dapati ramai blogger (termasuk saya) inginkan setiap entri mereka diberi pandangan balas (komen) dan tak ketinggalan juga jumlah pengunjung (traffik) yang tinggi.

2. Ada beberapa cabaran untuk membolehkan setiap entri yang kita garap, menerima jumlah komen seperti yang diingini. Antara cabarannya;

  • Kekangan masa,
  • kekeringan idea,
  • Tahap kerajinan yang tidak konsisten,
  • kurangnya motivasi dan pelbagai lagi cabaran kadangkala melemahkan kita untuk terus kekal aktif berblogging.

Maka, saya terfikir, mengapa tidak saya memberi sesuatu yang mana mungkin boleh memberi kita semua sedikit suntikan motivasi?

Justeru, terbitlah idea super mini projek 1Minggu, 1Ruang, 1Bloggger ini…

3. Projek super mini ini berobjektifkan beberapa perkara. Antaranya ialah;

  • Mengeratkan silaturrahim antara sesama blogger
  • Menggalakkan kita para blogger untuk menggarap entri yang lebih berinformasi dan menarik serta berkualiti.
  • Menghargai teman blogger yang sentiasa singgah di blog ini.
  • Menggalakkan percambahan minda di ruangan komen dengan adanya entri yang informatif.

4. Apa pula maksud 1Minggu, 1Ruang, 1Blogger pula.

  • 1Minggu – Kitaran untuk setiap preview ringkas entri adalah 1 minggu atau 7 hari…
  • 1Ruang – Satu ruang yang saya maksudkan ialah ruang di bawah bahagian header. Satu ruang yang akan saya isi dengan ringkasan dari entri pilihan yang saya ambil dari blog teman-teman blogger.
  • 1Blogger – Hanya satu blogger atau 1 entri yang paling menarik akan saya pilih untuk dibuat ringkasan dan dipaparkan pada ruang khas tersebut. Blogger/entri yang terpilih tidak semestinya mereka yang selalu bertandang ke sini (tapi sudah semestinya punya kelebihan sebab saya gemar melihat tajuk entri terkini anda dari link ComLuv!), dan tidak semestinya blog yang berPR tinggi/nombor alexa yang kecil…tapi semestinya ENTRI YANG INFORMATIF dan MENARIK!

5. Senang cerita, 1 entri yang menarik dalam minggu tertentu akan saya pilih untuk dikongsi dan dipamerkan ringkasannya diruang khas di atas.

Maka, entri dalam minggu tersebut yang pada pemahaman saya menarik lagi informatif akan dipilih. Secara tak langsung, ia memberi saya satu cabaran untuk rajin berblogwakling dan membaca keseluruhan entri teman blogger sekalian. Mungkin juga mendorong teman blogger untuk memberi hasil yang lebih baik. Hanya dengan cara itu saja saya mampu jayakan projek super mini ini.

Sebelum saya meneruskan usaha ini, suka saya menjelaskan yang usaha ini mungkin tidak akan memberi apa-apa kesan mahupun kelebihan kepada mana-mana blogger yang terlibat nanti. Cumanya harapan saya, ia sedikit sebanyak mampu untuk memberi suntikan motivasi terutamanya untuk diri sendiri dan teman blogger.

Ada soalan atau pandangan?

“Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa”

® hafizmd – harap usaha sekecil ini mampu menjadikan kita blogger yang lebih berkualiti…