Jadual suku akhir Piala FA 2014-Pelan Pembangunan Bola Sepak 2014-2020 Malaysia

Pelan Pembangunan Bola Sepak 2014-2020

Assalamua’laikum.

Pelan Pembangunan Bola Sepak 2014-2020. Ini antara usaha terbaru oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan. Ambe kira, ni memang satu inisiatif yang dah lama anak-anak muda tunggu. YB KJ satu masa dulu hangat dengan program realiti sukan iaitu MyTeam. Ingat lagi pasukan MyTeam hanya tewas 1-2 kepada skuad kebangsaan? Nyata, YB KJ memang ada ‘sesuatu’ yang boleh disumbangkan dalam sukan bola sepak Malaysia!

Pelan Pembangunan Bola Sepak 2012-2020

1. Objektif utama. Tak lain tak bukan nak kembalikan saat-saat gemilang sukan bola sepak Malaysia. Malaysia zaman Super Mokh, senang-senang jer kalahkan Arsenal 2-0 (tahun 1975). 2 gol dijaringkan oleh Allahyarham Mokhtar Dahari!

2. Sasaran utama pelan. Pasukan remaja ni layak ke Piala Dunia Remaja 2019. Tak mustahil. Tempoh 8 tahun untuk membentuk pasukan remaja Malaysia yang bertaraf dunia. Sebaris dengan Brazil, Argentina, Sepanyol, Korea dan Jepun!

3. Sasaran umur pemain. Pemain yang nak dipilih nanti bermula 7 tahun – 18 tahun. Ngamlah! Orang tua-tua kata, “nak lentur buluh biar dari rebung”, kalau dah jadi buluh betul, baik buat lomang lagi sodap!

4. Pelancaran. Bulan depan. Tarikhnya ambe belum pasti.

Boleh ke nak layak Piala Dunia Remaja 2019?

1. Semuanya bergantung kepada plan dan pelaksanaan. Ramai budak-budak yang berbakat main bola sepak di Malaysia ni. Tinggal nak gilap sampai berkilat. Salah gilap, gelap!

2. Budak-budak kecik mungkin suka tengok cerita kartun Bola Kampung. Ambe rasa, animasi macam ni perlu diperbanyakkan lagi untuk tarik dan pupuk minat bersukan dalam diri anak-anak. Taklah asyik main PES jer. Apa barang! hohoho…

Pelan Pembangunan Bola Sepak 2014-2020 Malaysia

3. Sejarah bola sepak Jepun contohnya. Anak-anak muda. semangat lain macam sebab layan komik Kapten Tsubasa (tahun 1981). Semua pakat nak jadi pemain bola nak wakili negara. Hasilnya, ranking dunia Jepun sekarang pada kedudukan 21 (nombor 1 Asia).

4. Lebih banyak kemudahan sukan yang sempurna untuk anak-anak muda asah bakat masing-masing. Rasanya, kalau setiap padang yang ada di kawasan perumahan diselenggara cantik dan ada kemudahan bersukan, tak mustahil misi untuk skuad Remaja layak ke Piala Dunia Remaja 2019, boleh dicapai!

5. Ayuh, kembalikan semangat Malaysia Boleh. Bukan sukan bola sepak semata, tapi sukan lain juga wajar diberi perhatin serius. Itu pun, kalau nak tengok sukan Malaysia kembali bersinar dan dihormati lawan.

@hafizmd – Pelan Pembangunan Bola Sepak 2014 – 2020 Malaysia. Apa pendapat anda? Jangan lupa, temujanji Akhir Piala Malaysia 2013, Kelantan vs Pahang!

15 comments

  1. betul kata bro. animasi pst ini byk mempengaruhi minat kanak kanak..
    Cuma jgn dibuat game bola kampung sudahlah.. nanti kang minat main game bola kampung pulak yg dtg..

  2. pasukan kelantan antara yg ketara berjaya mengasah bakat pemain pelapis,,dengan kejayaan di peringkat piala presiden..dan dah ada pemain dari piala presiden diserap masuk ke skuad senoir kelantan

  3. Jepun butuh waktu yang tidak sedikit dalam mewujudkan impian mereka untuk sukses dalam bola sepak dunia
    Insya Allah, bola sepak negeri kita masing2 bisa sukses dan membanggakan …

  4. Boleh.. sape kata kita tak boleh pergi piala dunia. kena usaha lebih je. Kena main, bukan main-main.. So far salute dgn YB KJ yang berani buat dan menegur serta idea utk membentuk sukan ke arah lebih baik. Bukan hanya setakat jaguh kampung je. kan, Malaysia Memang Boleh!

  5. perancangan yang teliti… manakala perlu dapatkan sokongan dari pelbagai pihak.. kita pun boleh belajar dari negara2 jepun misalnya.. bagaimana mereka menguruskan liga, dan update cari bakat2 baru nih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *