HAFIZMOHD.COM

Personal, Kerjaya & Affiliate

Julai & terima kasih daun keladi…

Assalamua’laikum. Alhamdulillah. Dah masuk hari ketiga kita puasa. Moga kita terus berusaha untuk mendirikan puasa dengan bersungguh-sungguh. InsyaAllah. Sebagai entri wajib setiap bulan, aku terlebih dulu nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada semua rakan blogger yang tak penat-penat datang sini. Secara tak langsung menaikkan motivasi aku untuk terus menyumbang sesuatu yang berguna untuk diri sendiri […]

Ramadhan kembali lagi

Assalamua’laikum. Alhamdulillah, dapat juga aku bersua dengan Ramadhan al-mubarak tahun ni. Andai kata Allah takdirkan tiada lagi peluang untuk berjumpa Ramadhan tahun ni, apakah kita ralat? Atu tanya diri sendiri dan anda juga boleh tanya diri sendiri. Tak perlu kita tanya orang lain tentang kualiti puasa kita. Kita yang lebih tahu bagaimana tahap puasa kita […]

Kemam adrenalin, jangan sampai jeluak…

Assalamua’laikum. Apa nak kata, adrenalin dalam badan aku dah makin nak sampai ke kepala. Gol belum lagi dijelmakan oleh Malaysia. Taktik melambatkan permainan oleh pemain Singapura buat adrenalin aku nak terjeluak walau aku kemam dalam-dalam! Apa-apapun, inilah realiti bola sepak. Menang kalah itu adat. Yang penting ialah bagaimana kita laluinya. Betul tak? Tahniah buat seluruh […]

Makin dekat makin hangat…

Assalamua’laikum & selamat petang. Keputusan terkini: MALAYSIA 1 vs SINGAPURA 1 Salam siaran bertemankan awan nano yang mendung. Apa benda yang makin dekat makin hangat ni? Rasanya ramai yang ambil tahu pasal ni, lebih-lebih lagi mereka yang bernama lelaki. Maklumlah, lelaki dengan benda ni memang sukar nak pisah! Tak nak panjang-panjanglah hari ni, lagipun sedang […]

Oh! tidak, hak mataku dicerobohi…

Assalamua’laikum. Manusia dan peraturan. Memang tak boleh dipisahkan. Bagai aur dengan tebing. Macam-macam peraturan yang ada. Dari sekecil-kecil aturan hinggalah sebesar-besar aturan. Ada yang bertanya “pasai apa nak kena ada peraturan?”. Ada yang pantas menjawab “untuk dilanggarlah…” Payah kalau ramai manusia yang begini. Ramai yang tak sabar dengan aturan yang ada. Contoh mudah ialah aturan […]

Luah rasa 8 gol:3 milik Malaysia, 2 mesti tebus kembali!

Assalamua’laikum. Entri ni ditulis selepas beberapa jam skuad Harimau Malaysia tewas 5-3 di kaki ‘pemain import’ Singapura. Kalah malam tadi, memang buat aku rasa kecewa yang amat, lebih-lebih lagi untuk separuh masa pertama. Entah macam mana Harimau Malaya mudah longlai memberi 4 gol! Terutamanya barisan pertahanan. Apa yang aku nampak, marking longgar, masalah komunikasi, kurang […]

Sejauh mana kita khusyuk dalam solat?

Assalamua’laikum. Penghulu segala hari datang lagi. Moga barakah dan rahmat Allah sentiasa ada untuk kita yang serba lemah dan daif ini. InsyaAllah. Khusyuk dalam solat. Khusyukkah kita? Di mana kita kalau kita tanya diri sendiri. Jujur berbicara, khusyuk bukanlah sesuatu yang senang dicapai jika minda dan hati kita sentiasa bercelaru dan sibuk memikirkan hal-hal keduniaan […]

Lelaki menopaus: Wartawan pelatih dan Pak Din Bolognese…

Assalamua’laikum. Alkisah. Ada seorang wartawan pelatih (nama terpaksa dirahsiakan) telahpun mendapat tugasan berkaitan lelaki menopaus. Kebetulan si wartawan pelatih balik ke kampungnya dan terus teringat kepada seorang lelaki tua yang punya banyak pengalaman iaitu Pak Din Bolognese. Boleh juga dia selitkan sedikit intipati dalam laporannya itu nanti. Macam-macam soalan sudah dia sediakan untuk Pak Din. […]

Kuning Oh! Kuning…

Assalamua’laikum. Salam siaran bertemakan warna kuning. Cuba bayangkan hidup kita hanya ada warna hitam dan putih saja ibarat menonton filem@drama hitam putih di tv. Apakah kita lebih seronok dan ceria? Semuanya hanya hitam dan putih. Apa yang nak dikongsikan hari ni ialah pasal warna kuning. Kenapa kuning? Sebab banyak fakta menarik tentang kuning yang boleh […]