Keropok Keping & Malaysia vs Indonesia
Assalamua’alaikum.
Keputusan terkini: Malaysia menang 2-0. Alhamdulillah. Pemain terbaik perlawanan? Ambe pilih Mahalli Jasuli. Setuju? Lawan Malaysia di separuh akhir ialah pasukan pilihan utama, iaitu Thailand.
Malaysia vs Indonesia. Apa yang korang rasa sekarang? Berdebar? Dah tak sabar? Ataupun tak rase apa-apa? Ambe memang antara jutaan penyokong Harimau Malaya yang dag tak sabar nak tengok ngauman Harimau Malaya malam ni. Mulanya ambe ada mesyuarat Rukun Tetangga malam ni, memang resah jugaklah fikir. Dahlah malam ni ambe nak ‘pergi’ stadium! Mana nak pergi mesyuarat lagi?
Ambe pagi tadi dah nekad nak ponteng mesyuarat malam ni. Apa nak jadi, jadilah…hehe. Tup-tup tengahari tadi, isteri tergelak baca sms yang dihantar oleh setiausaha KRT. Lebih kurang camni bunyinya, “…mesyuarat ditunda ke tarikh 2 Disember atas pemintaan ahli mesyuarat yang nak tengok bola…”
Yahoooo! Mesyuarat malam ni tak jadi. Maka ambe bolehlah bersenang-lenang depan ‘stadium’ malam ni dengan isteri untuk perlawanan Malaysia vs Indonesia. Nak kena goreng keropok keping banyak-banyak. Buat bekal malam ni. Korang ada bekal tak? Kalau bujang, pergilah lepak kat kedai mamak. Kasi sorak kuat-kuat untuk pasukan Harimau Malaya! Apa barang sorak sorang-sorang kat rumah…
Apa jangkaan keputusan korang malam ni. Ambe yakin, kalau main macam lawan Laos hari tu dengan hantaran pendek dan dapat kawal bahagian tengah dengan baik, inshaaAllah boleh menang malam ni. Tak kisahlah berapa gol, janji bola tu masuk gawang Indonesia! Selamat berjaya khas untuk pemain Harimau Malaya dan jugak jurulatih Dato Rajagobal. Moga ada taktikal bagus malam ni.
Tajuk ada keropok! Mana gambar keropok kepingnya? Belum goreng lagilah. Tengah tulis blog sambil layan anak main kereta mainan….hehehe
@hafizmd-hidup mesti optimis! jangan pesimis. Cabutan bertuah sempena kontest iPhone 5 Gadget Impian juga mungkin ditunda ke hari esok…hohoho…
Kalau menonton bola sambil makan keropok boleh tersembur bila jaringan gol.:-)
Mmg hampir2 tersembur…haha
Hehe.. betul kata akubiomed, tentu sengit perlawanan ini
Mmg sengit dan belum tahu sudahnya
lepas ni goreng byk lagi time semifinal pula
Nampaknya, tak berapa nak goreng =)
Mahalli malam ni memang bermain dengan terbaik
setuju tu bro..dari bawah naik keatas…mmg satu padang dia ada..
@JO, mmg suka tgk dia..kental dan rajin..crossing mmg bahaya
Mmg terbaik!
Hello sahabat selamat pagi,
Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia kerana berjaya melangkah ke separuh akhir piala AFF Suzuki 2012.
Selamat berjaya utk Harimau malaya!
mahali memang terbaik malam tadi
tahniah
jumpa thailand nanti, harap2 permainan beliu makin menjadi
mahalli mmg pemain terbaik!
hehee, layan sambil kunyah kuaci….
game habis, kuaci pon habis…
haha…kuaci ni bahaya..makin makan makin nak..
tahniah untuk harimau malaya. terbaiklah, walaupun indonesia bermain dgn penuh motivasi.
Tahniah HM! Moga menang lawan Thailand
hoho..gua rasa mahali dengan wan zack kena rantai nanti masa lawan thailand. harap-harap diorang pandai larikan diri dari kena rantai nanti..
Sayang, wan zack injured dan mahali mmg terbaik malam tadi lawan thai…
Next = Thailand. Ayuh, Harimau Muda kita Gangnam Thailand pula….
Tangguh sat gangnam tuh..p gangnam kat thailand nampak gayanya =)
tak sabo nak tggu perlawanan jumpa siam nie..
harap2 terbaik mcm perlawanan jumpa indonesia..~~
`
Seri dan kena menang kat Siam nanti =)
terkejut dgr bunyi sorak malam tu.. sampai mak den pun tanya pe tu? hahaa.. tahniah utk malaysia, pemain dan penyokong saharusnya. lepas ni lawan thailand pulak.. all d best
hahaah..sori..mmg dah biasa menjerit..maklumlah…biasa tgk kat stadium..hahaa
waktu perlawanan ni disiarkan, kami sekeluarga sedang berjimba dengan saudara mara lain menyambut hari keluarga kat kampung..tapi TV tetap on..hehehehe
Jimba lagi best bro..haha
TV mesti on, kalau tak…tak syok jugak..
kemenangan dgn indonesia tidak bererti jika kalah di separuh akhir dgn gajah putih. semoga harimau malaya terus mara dan mencapai kemenangan
seri pulak…harap menang di thailand khamis ni…ameen