Pemenang Buku Sempena Kontest iPhone 5 Gadget Impian!

Assalamua’laikum.
Selepas kemenangan cukup berharga rakyat Palestin dengan bermulanya genjatan senjata antara Palestin dan zionis Yahudi, seluruh rakyat Palestin sekali lagi menerima suntikan semangat bilamana Palestin diiktiraf sebagai negara pemerhati bukan anggota dalam badan dunia PBB. Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyifatkan kejayaan ini sebagai satu ‘sijil lahir’ buat Palestin. 143 negara menyokong, 41 negara berkecuali dan 9 menentang pengiktirafan berharga ini (antaranya Israel, Amerika dan Kanada). Ambe yakin, doa sebagai senjata utama umat Islam mula menunjukkan kesan!

Panjang pulak mukaddimah…hehe..Baiklah. Siapakah pemenang buku “Gadis Kecil Di Pinggir Gaza”? sempena memeriahkan kontest iPhone 5 Gadget Impian.

Undian ni ambe lakukan sendiri, bukannya menggunakan mesin ataupun bantuan mana-mana juri lain. Jom kita tengok siapa yang bertuah untuk memiliki buku “Gadis Kecil Di Pinggir Gaza” ni.

Sempena Kontest iPhone 5 Gadget Impian

Pemenangnya ialah peserta NO. 2!

Siapa no. 2? Tahniah kepada blogger Akubiomed atas cabutan pertama ini. Ambe akan hubungi bro AB nanti untuk urusan penghantaran hadiah =) Terima kasih pada semua yang sudi singgah dan beri sokongan. Walaupun entri ambe pasal Pak Din Bolognese yang gilakan iPhone 5 tak nampak bayangpun di Google dalam misi SEO, ada benda lain yang ambe dapat dan lebih memuaskan hati. Antara yang paling menarik ialah;
  • Bro Titan keluarkan entri berkenaan 17 cara untuk dapatkan banyak klik g+1. Korang dah baca belum? Kalau belum, boleh baca kat sini, “17 Teknik Dapatkan G+1”.
  • Limpahan traffik daripada penganjur sebab masuk kontest. Setuju tak?
  • Idea untuk buat giveaway macam yang Mummy Akmar dan Puan Bee jalankan. Kalau korang sempat dan berkelapangan, cepat-cepat turut serta dalam giveaways mereka.
  • Backlink yang bakal korang terima pastinya amat berharga untuk menaikkan PR blog masing-masing. Kemaskini PR oleh google mungkin hujung bulan ni. Mungkin.

Akhir kata, ada lagi sebuah buku yang bakal diberi percuma kepada pengunjung blog ni. Mudah saja. Hanya klik butang sosial g+1, twitter ataupun Like Fb untuk entri “iPhone 5 Gadget Impian”. Buku berikutnya ialah buku bertajuk, Perang Arab-Israel 1973.

@hafizmd – Ada cerita menarik disebalik cabutan bertuah kali ni. Memang si dia bernombor 11 tu sungguh bertuah!