Kahwin: Antara Kemampuan dan Kempunan…
Assalamua’laikum.
Selamat pengantin baru
Selamat berbahagia
Selamat ke anak cucu
Selamat sejahtera
Apa kena ni, tiba-tiba ada lirik lagu kahwin kat blog yang pemiliknya sudahpun dimiliki? 😀
Saja kasi panas yer…hehe…Berbalik pada tajuk iaitu, Kahwin: Antara kemampuan dan Kempunan. Serius cakap, sekarang kalau tak mampu nak sedia paling cikaipun dalam RM12,000…jangan mimpi nak kahwin. Betul tak? Tak setuju? Meh saya citer…
Kalau tak mampu nak sedia duit dalam lingkungan RM12k, silap haribulan..kempunanlah si teruna. Mananya tidak, kita teliti senarai ni:
- Beli cincin tunang = RM 200 (ini baru dalam 1.3 gram emas!)
- Cincin kahwin = RM 300 (ini pulak dalam 2 gram emas!)
- Belanja kenduri = RM3,500 (ini kalau buat catering yang caj RM7 sekepala untuk 500 tetamu!)
- Hantaran kahwin = RM7,000 (nampak tinggikan? Tapi percayalah, inilah antara kadar ‘caj semasa’!)
- Kad jemputan = Rm250 (kalau sekeping RM0.50 untuk 500 jemputan saja!)
- JUMLAH = RM11,250
Itu baru yang kasar, belum masuk lagi barang hantaran untuk bakal isteri dan macam-macam lagi.
Alamak, yang belum kahwin dah mula berpeluh dah….sabar-sabar…jangan risau…sebab ada pepatah yang berkata:
Kita tak perlu risau sangat pada apa yang sudah kita sedia tahu untuk dirisaukan
Soalannya, adakah si teruna yang baru mula bekerja mampu nak sediakan ini semua?
Jawapan saya…sudah pasti mampu kalau kena caranya…malah dalam masa setahun setengah saja…impian untuk berumahtangga insyaAllah tercapai…tapi bagaimana caranya?
Kalau tak kena cara, memang kempunan disebabkan tiada kemampuan. Oleh sebab ramai juga rakan-rakan blogger yang masih lagi pelajar, maka saya rasa inilah saat yang terbaik untuk kita sama-sama berkongsi apa yang perlu dalam menjayakan misi membina rumahtangga yang bahagia.
Sudah pasti, antaranya bermula dengan urusan pertunangan dan kenduri-kendara dan semua ini memerlukan fulus!
® hafizmd – saya nak cerita kaedah TBTP untuk kahwin bini muda dalam entri berikutnya…hehee
hoho..aku nak kahwin boleh aje..tapi tunggu something nih..haha
tunggu apa bro titan? hehe
psssst…takkan tunggu si dia masuk meminang kot… 😀
@hafizmd, aisehh..camana tahu nih. haha..
@titan, klu girl masuk minah tak kan girl plk kena siapka duitya mmg tak logik heee..
@suri, ehh, apa salahnya. kan? kan? kita bayar mas kahwin aje..
hehe…itu yg wajib tuh… 😀
@titan, Tak gentleman la. Nanti dah kawin sapa lak yg nak bagi makan sekeluarga?
@kak nora..hehe…mestilah titan yg tanggung semuanya 😀
suri…masuk meminang jer…yg lain2 tu..titan tetap kena usahakan…hehehe
aku dah agak dah…maklumlah…teruna idaman…hehehe
@hafizmd,
aku baru nak cakap hahahah
hahaha…aku cepat sket jer…keh3
@titan, ni kes tunggu duit selonggok masuk ni..
@fiezaradzi, hehe..tu pun betul gakk. haha
hehe….ada2 jer
@titan,
Ni mesti tunggu pendapatan dari blogging masuk 5 angka ni hehehe
hehe…titan dah 5 angka dah tuh….betul tak titan..hehe
fieza…mungkin juga tu..titan ni saje…duit dah berkepuk tu bawah bantal….keh3 😀
@hafizmd, haiya. macam mana leh tahu nih…
biasa maa…tok bomoh…kah kah kah
Jauh lagi perjalanan ku ke arah perkahwinan,huhu seperti kata bro hafizmd Rm12,000 paling cikai ,huyoo
takpe andy…jauh perjalanan menjadikan kita banyak ruang dan peluang… 😀
@hafizmd,
ish..kalu mekar ni tak cukup budget byk ni.hehe (mekar mata duitan hehe).
Sebenarnya ia bergantung pada kedudukan pasangan yg kita pilih itu. Kalu gaji dia besar, boleh la minta belanja lebih. huhu
@mekar, lau gaji besar tapi perbelanjaan pun besar, cmne lak ek..? hehe..ikut diri sendiri kot saya rasa..ape pun, terpulang la.. yg ptg, lepas kawen tu.. lagi besar komitmen perlu ada
hehe….tak salah meminta…cuma yg salahnya ialah berlebih-lebihan…alangkah bagusnya disederhanakan walaupun si lelaki jutawan… 😀
@Andy, itu pun kira tahap biasa2.. nak family yg demand.. mau cecah lebih dri 20K..
@Andy, kena gamble je. Kalu nak tunggu duit cukup, sampai tua la tak kawin2
@kak nora…tp ramai yg takut utk buat tindakan…
en hafiz, saya rasa ni mungkin harga tahun2 lepas kot.. hahaa.. leh tak…
sbb skg rasanya hantaran je mau cecah 10K, kenduri tu, nak2 lau anak pompuan atau anak tunggal lelaki, mau majlis lebih 500 org, mau cecah 4-6K ke atas..barang2 pun mau mahal sekarang ni, kena pulak dapat pasangan yg demand nak branded2.. (beli sendiri le..)hahaa..
pe lagi ek.. mmg lau tgk angkanya, tak tercapai dek tangan.. berangan kahwin je la jawabnya.. silap2 de yg sanggup berhutang sbb nak kawin..
pe rahsianye tu? berkongsi le rahsia setahun lebih menyimpan leh kawin.. opps..
@fiezaradzi,
Satu lagi… budak2 perempuan skrg banyak yg educated. Biasa mak pak dia mesti nak demand sikit hoho
@mekar, tang tu mmg betul..sedara saya kwin sama baya dgn saya letak rega rm10k heee…lepasan U katakan heeee..
herm….kalau tak membebankan si teruna…oklah…tp jgn sampai si teruna nak makan megi pun terpaksa fikir 48 kali…haru2
@hafizmd, tak kawen le jawabnya en hafiz..sibuk nak kumpul duit, tapi tiap2 tahun, asyik naik je hantarannya.. huhu
@suri, saya lepasan U jugak, tapi tak sapai pun 10K.. haha… mungkin dh lama kawen.. skg ni mungkin dh sampai, silap2 lebih 10K..
@fiezaradzi, nasib baik tak mintak 10k…lau tak…mau kena hold dlu..hehe
@suri, Adik saya kena hantaran RM20,000. Lepas failkan rayuan baru dapat diskaun sikit. Blum masuk belanja yg lain lagi. Ntah jadi ke tak hujung tahun ni
erm…percayalah…kalau sekarang sudah ada yg cecak RM20k, tunggu lagi 2-3 tahun…30k mesti macam mainan…
utk lelaki bujang….mesti tarik nafas pjg2…jgn risau…insyaAllah…Allah itu Maha Pemurah 😀
@mekar, bab educated tu mmg susah sikit la, sebab lagi tinggi kelayakan , lagi besar demand.. selalunya la.. tapi de gak family yg tak kisah sgt pun pasal ni.. berpatutan.. kang silap hari bulan, tak kawen2 anak dorang
Bab yg nak demand ni yg selalu saye dengar…kenapa ek? Asal anak ada lebih sikit..mulalah nak demand tinggi2…. 😀
hehee…mmg harga dulu2 tu…kang letak lagi tinggi…mau berpeluh member blogger yg tak kahwin lagi tuh…keh3…
moralnya..jgn berhutang…biar lambat sikit…jnji tenang di kemudian hari 😀
pssst…mana ada rahsia…tp akan dikongsi dalam next entri 😀
@Norasikin : mak aihhhh… tingginya hantaran. Fu yooooo!!!!!
no komen… 😀
otw nak kumpul duit nak kawin 10 tahun akan dtg.. sehari rm5 cukup ke? hehehe
@MDHAFiZ.NET,
Cukup-cukup paras hidung jela kalau RM5 sehari.
RM5 x 365 x 10thn = RM18,250.00
RM18,250 + (RM5 x 2 hari dari tahun lompat) = RM18,260
Itupun kalau betul2 x miss seharipun menabung lah.
Kalau bijak menyimpan dalam ASB, mungkin dianggarkan boleh cecah RM20k lah.
Errr.. masa tu silap2 haribulan, hantaran kawin pun minimum dah 12k. 😛
Dengan ucapan, majulah sukan untuk negara.
@Anwar Osman, haa siap kira2 lagi muahaa.. sabau jerlah..apapun kalu dha berani bercinta mesti berani nak pikul tanggungjwbkan..
kira…jgn tak kira…baru tahu byk mana nak ‘laburkan’….hehe
bro anwar…hehehe..kalau ada 18k sekarang…mmg boleh buat yg hebat2 dah…tp kalau 10 tahun dari sekarang…tak tahulah…mungkin nak beli daging mentahpun dah cecah 3-4k…heheh
hantaran kahwin sekarangpun, rakyat biasa2 dah ada yg cecah RM10k…10 tahun lagi? mesti cecah 15k punyalah… 😀
@Anwar Osman, baru nak cakap, lagi sepuluh tahun, hantaran makin meningkat, so RM5 sehari tak cukup kot.. kasi up sikit..
uih..seploh tahun tu.. 🙂
kene start awal la..huhu
mdhafiz…cukup kalau harga barang2 tak naik…nak bagus…beli siap2 sekarang….hehe
bantulah TE menjayakan misi ini.. 🙂 bro kongsikan saja apa yg terbaik, TE ambil jadi pengajaran 🙂
@tengkorak emas, moga apa yg dicita tercapai.. yeah, go TE
misi kahwin awal ke apa TE?
aku kongsi mana yg aku tahu dan buat jer TE…yg lain2…kena lalui sendiri….hehe
@TE : chaiyok!!!! hheh
@hafizmd : si TE minta artikel perkongsian utk kehidupan selepas kahwin pulak. hahahaha
kehidupan lepas kahwin….hehe…nak kena mintak yg lebih senior buatkan kot..try mintak saudara maza kita buatkan..pasti lebih sedap lantunanya…hehehe
Salam. Biasanya org lelaki lah yg terbeban sekali dgn situasi ini.Habis belajar biasanya umur 24.pastu nak byr pinjaman ptptn,nak bagi mak pak lagi. beli kereta, utk diri sendiri.. bla..bla..
Tp sya fikir InsyaAllah kalu kita rajin berusaha dan pandai berjimat, kewangan itu akan cukup juga.
As salam,
Setuju…sbb tu kot ramai lagi kawan2 lelaki saya yg masih membujang walaupun dah 3-4 tahun bekerja…
Nak tak nak…kena ada nekad yg cukup kuat kalau benar2 nak kahwin awal 😀 macam saya…hehehe
@mekar, betul tu.. kena usaha jugak kalau nak impian tercapai.. kena cabar diri.. macam org tu, kagum saya, dlm masa setahun lebih je dpt kumpul duit utk kawen..
dlm hal ni, byk perkara gak yg kena dikorbankan..
usaha itu tetap tangga kejayaan….dan Allah itu penentunya..maka tawakallah padaNYA yg Maha Pemurah
psstt..sapekah orag itu?? 😀
Oh adakah ini juga faktor menjurus kepada org berusia lebih mampu berkahwin gadis berumur jauh lebih muda darinya?
hmmm?
hhehehehe
hehehe…maza dah dapat tangkap satu yg tersirat…keh3… 😀
@maza, cam de betulnya… sbb tu gak org muda cari yg dh berumur ek.. tjamin masa depan.. konon la..
tak konon kot…hehe…akhir2 ni ramai yg kita tgk jodoh wanita dgn lelaki berusia…
@maza : amooiihhh…. lantunannya sprt ada sasaran berikutnya. Apekah????? 😉
@bEe…maza lantun2 jer tuh…kan maza kan? heheeeeee
kos nak kawin sekarang alahai mahalnya amat..nasib baik dah kawin 13 tahun yg lepas & kosnya masih dikira murah..sepatutnya kehidupan selepas kawin yg patut diutamakan..
@Nadri, 13 tahun yang lepas? huhu rasanya 5000 dah ckup kot suma hehe
cepat bebenor yer masa berlalu… 😀
pssst…moga rumahtangga bro nadri kekal bahagia…ameen
@aimannajmy, Zaman bapak saya dulu, rm300 dah mewah dah majlis kahwin. Tp zaman tu nak simpan rm300 sama macam nak simpan 10,000 sekarang ni
@kak nora….setuju tuh…sekarang RM300…nak beli cincin emas utk bakal isteripun dapat 2-3gram jer 😀
itulah realitinya sekarang bro nadri…dgn lambakan siaran@hebahan media ttg perkahwinan yg hebat2…menjadikan ramai yg mula pasang impian utk kenduri yg hebat2!
pada sy, kalau kita taknak mencecah smpai berbelas ribu pun boleh..bersederhana je dlm smua perkara..jujur sy ckp, sy tak pernah impikan perkahwinan yg gemilang atau grand, ckuplah ikatan sudah termeterai, itulah sbnrnya tujuan perkahwinan tersebut kan..
pndpt peribadi je ni..eheh
alhamdulillah…itulah yg terbaik…wasotiyyah dalam apa jua…
tp kan adele…realitinya sekarang…kalau ingin kahwin…paling tidak mesti sediakan RM10k….
utk memudahkan pihak lelaki…wang hantaran mungkin boleh diberi yg lain …
psssst…mungkin berupa al-quran?
@hafizmd, itulah realitinya..kaum barat dah berjaya mnyusahkan umat islam dlm hal perkahwinan..huhu..pdhal dlm islam, kalau nak kawin psgn tu, nikahkan aja..tp zaman skrg, buat lelaki semakin merana bila duit tak cukup..sian..
erm…ade benarnya tuh..dgn media yg asyik tunjuk perkahwinan yg hebat2…menjadikan mentaliti org kita dah pentingkan kebendaan dan ke’glameran’….padahal wasotiyyah itu yg utama….jgn bebankan pengantin dgn perbelanjaan yg pelik2 😀
@adele, saya setuju dgn adele.. kita tak perlu buat lebih2 semata2 utk tunjukkan pada org.. sbb nye majlis tu sehari je, lagi byk hal perlu fikir selepas tu.. lau de duit byk, saya rela dihabiskan ke perkara lain..
kalau ramai yg berfikir camni…insyaAllah..budaya berlebih-lebihan utk perkahwinan dapat dibuang jauh2…
mak aiih mana aku nak cari 15000 kurang2 hoho, kalo nk ikut buat sederhana ja pun boleh hehe, harap2 nanti dapat awek/calon bini yang nak buat majlis biasa2 ja hehe
haaa…kang aku citer pulak…kaedah TBTP utk kumpul duit ni…
pssst..harapnya jumpalah calon pak mak mertua yg mementingkan wasotiyyah… 😀
fasa nak berkawin dah mahal apatah lagi hdup berkongsi dan berkeluarga lagi ar perbelanjaan tgii..klu dah ada anak dah kena bukak buku kira2 lain budget plk 😉
@suri,
awak dulu, brp harga tawaran? he he.. 😀
hehe…suri nak jawab ke? 😀
betul tu suri…byk yg nak kena tgk lepas kahwin ni… 😀
REZEKI…. hahahaha
Bila sebut tang anak ni sbnrnye rezeki dari Allah 😉 hehehehe Sbb kalau ikut budget pun, bEe dlm keadaan redha dulu (terlajak) hahahahahaha
semuanya bergantung kpd rezeki jugakan…betul juga bEe…dlm kita duk kira2…mesti ada terlajak jugak….hehee
kawin jer ikut kemmpun..dulu Nabi kawin bisa2 jer hee..yg penting lafaz nikah yg sah tu jer..klu hutang byk2 kt bank,sana sni sok lusa mau taggu bayar semula dah jadi satu hal plk adei..
jgn pinjam along..pasti dia akan tolong ..nnti silap hari bulan segala perlaku kita dia akan tolong belash kehidupan kita smpi rentan huu..
itulah sebaiknya suri…kahwin ikut kemampuan…tp sekrang, ramai yg berlumba2 utk berkahwin ikut pandangan org…bukan ukur dibadan sendiri…takut pandagan sinis kiri dan kanan…
sggup pinjam sana sini utk buat kenduri gempak2…kena ingat lepas kahwin lagi byk cabaran 😀
aku nak nasihatkan
lelaki – berjimat dan simpan duit
perempuan – jangan menyusahkan bakal suami sendiri
mertua – jangan membebankan bakal menantu dan anak sendiri
semua – jangan nak berlagak kenduri kawin, lebih baik simpan duit untuk anak dan cucu
permudahkan urusan kawin
terbaik!
nasihat org lama…terima kasih saudara tehr…
sila ambil perhatian yer..
Kalau hendak kahwin kena berusaha simpan duit. Sudah menjadi adat di Malaysia kalau bernikah tanpa majlis kenduri kahwin dan bersanding macam tidak lengkap.
Kalau ada gotong royong boleh dapat menjimatkan belanja tetapi tetap memerlulkan duit untuk Penanga 🙂
yup..dah jadi amalan dan mmg dituntut utk membuah kenduri kesyukuran tanda pemberitahuan walau seekor kambing….yg jadi masalah pula ialah berlebih-lebihan…
Gotong-royong mmg boleh jimatkan kos..tp susah bebenor sekarang nak tgk aktiviti camni walau kat kampung sekalipun…
psssst…sanding2 tu…tak payahlah…
🙂 hehe..
senyum riang nampak bro…hehe
sebabtu la bank rakyat bertambah untung..nk kahwin kena cari bank.jgn dah ada cucu blum abis bayar sudah tul tak..
p/s- bank rakyat utk biaya tambah rakyat memang sesuai…
itulah pasal…mmg ada bank yg tawarkan pinjaman peribadi yg menarik…tp harus ingat…nanti nak kena bayar itu dan ini…pinjaman nak juga kena bayar…ingat tuh…
@akuchey, Saya memang alergik dengan pinjaman bank ni. Rela kumpul duit bertahun-tahun
kak nora…samalah kita…alergik yg teramat dgn 2 benda…pinjaman bank dan kad kredit
Kata Hetty Koes Endang “demi cinta wang habis engak peduli”.. 😀
kena sangat dah ngn tajuk ni…hohoho
@Ismail N, pastu makan nasi dgn garam..hihii..
itu masa cinta la..
hehe….bercinta…makan garampun agaknya manis kot?? hhee
ada teknik untuk kumpul duit kahwin dalam masa yang singkat ke? wah!!mesti kena ambik tau nie..hoho
ada tu mmg ada…tp stail biasa2 jer…hehe….jap lagi aku keluarkan entri ni…hehe
Tapi xpe, rezeki org kawin ni lain sikit.. Bila dah kawin, baru tau cemna..he3
betul tuh….sebelum kahwinpun, rezeki dia lain macam..jadi kena betul kawal kalau ada impian nak kahwin muda2…hehe
betul tu…Allah itu Maha Pemurah…subhanallah
psst..kang decrewz tau juga nanti.. 😀
haah, rezki dah kawen ni lain. Lagi2 kalau tetiba bunting pelamin. Allah nyer rezeki adalah TERBAEK!!!! 😉
setuju….mmg Allah dah tetapkan rezeki utk anak2..insyaAllah cukup…ameen
Oh mama!!saya mahu kahwin !!huhu duit tak cukup lagi
yeah….mesti tgh kumpul ni….hehe
pssst…mintak ngn mama sikit boleh?keh3
Kalau termasuk pelamin, mak andam, baju pengantin, bilik pengantin, dulang2 hantaran, maunya lebih 20,000 anak dah sekolah, hutang tak abis bayo
setuju…jadi, mulalah kumpul sikit2…biar RM50 sebulan…tanda niat kita ikhlas dan tekad!
@Norasikin : yup….. betul. Mmg tak habis membayar kalau dikenang
@hafizmd : sikit2 lama2 boleh pinang anak dara org kan! hehe
bEe…betul sgt…biar lama…janji ada…hehe 😀
Zaman skang ni kalau nak kawn, tak kira lelaki @ wanita kena sama2 give & take. Lagi2 bila tahu bakal mak mertua yg sukakan grand. Jadinya, sang wanita yg sygkan lelaki, kenalah sama2 bermuafakat dgn sang lelaki.
Kesian tau lelaki sbnrnye…. Kalau engineer baru keje leh tahan juga gaji. Kalau yg biasa2 mcm mana? Elakkanlah pinjam dgn bank sbb takut tak terbayar nnt.
Kos pas kawen nak kena amik kira juga… 😉 Ramai yg buat grand masa kawen sudahnye sesudah kahwen apa pun tarak…. aiisshhhh
Setuju sgt2 bEe….mmg ramai juga yg saye dengar kos dihabiskan utk kenduri kendara….baju tunang, baju kahwin, jurufoto, mak andam, tempat bersanding, kad kahwin yg mahal2, kenduri kat hotel….fuhhhhhh…itu baru 1/3 senarainya…
ingatlah…yg lebih utama ialah sederhana tak membebankan terutamanya si teruna…kesian..mungkin tak tidur malam memikiorkannya.. 😀
kalau dah cukup serba-serbi, kahwin ajelaaa..hehe
betul tuh…tak yah tunggu lama2
memang sangat berat awalnya untuk mewujudkan kahwin/menikah, namun jika mempunyai niat yang kuat bisa di diskusikan bersama pasangan dan keluarga pria dan wanita untuk mencari solusi yang terbaik untuk kita, Insya Allah
Benar tu Haidar. Semuanya boleh dipermudahkan dgn perbincangan kedua pihak.
Nilai untuk mendirikan rumah tangga zaman ini ditentukan oleh wang ringgit. Akhirnya, ramai diantara golongan yang ‘kempunan’ ini melempiaskan nafsu pada sabun dan juga belakang lorong-lorong di kawasan lampu merah. Ada diantaranya yang sudah menemui bakal pasangan, terus sahaja melempiaskan nafsu tanpa sebarang ikatan perkahwinan sehingga terdorong berlakunya zina.
Memang gerun jugak kalau baca berita2 bab lorong2 belakang ni.
Moga masyarakat kita lebih celik agama dan tahu mana yg halal, mana yg haram. ameen
terima kasih bro berkongsi pendapat