Godaan Yang Sukar Ditolak?
Assalamua’laikum.
Lagi seminggu, sekolah dah mula bercuti. Apa yang paling sinonim sangat bila musim cuti sekolah hujung tahun? Ambe kalau masa kecik-kecik dulu, hujung tahun musim tengkujuh. Takde benda lain dah dalam kepala selain main air hujan, main bola dalam air yang tinggi paras lutut, main ikan laga, main perahu buatan sendiri, tangkap lintah, pasang jala, mengail. Banyak lagilah kalau nak sebut bab godaan musim cuti sekolah ni. Itu dulu, masa kecik-kecik.
Godaan yang sukar ditolak!
Sekarang, semuanya banyak yang dah berubah. Anak-anak kita dah takde ruang dan peluang nak merasa benda-benda best macam ni. Paling tidakpun, kita mak ayah ni mampu bawak anak balik kampung, tapi nak bagi main air hujan….jauh sekalilah, kan? Kita dulu, pantang nampak hujan, bukan nak masuk rumah sebaliknya hilang dalam hujan….hohoho
Anak-anak kita, anak-anak teknologi. Godaan teknologi bukan setakat buatkan kita nampak manusia lebih bertamadun kononnya, tapi sebaliknya buat kita makin hilang nilai kemasyarakatan. Kalau korang makan kat luar, hatta di meja makan sekalipun, godaan teknologi ‘berjaya membisukan’ satu keluarga. Semua leka dengan gajet masing-masing. Mak bapak sibuk berFB, anak-anak satu sorang sibuk main game. Betul tak?
Benda ni semua godaan yang sukar ditolak kalau kita tak pandai urus. Salah tadbir urus. Sama jugak bila kita selalu bising dengan kelemahan orang lain (contohnya selalu bising pasal kelemahan pihak pentabdir), tapi kita sendiri tadbir rumahtangga dan diri sendiri pun tak berapa betul. Sebab tu, sebelum kita tunding jari cari salah orang lain, jom kita pakat tengok urusan diri kita dulu. Ada betul tak?
Dalam dunia yang penuh dugaan ni, banyak godaan yang sukar untuk kita tolak. Serius banyak. Dalam bab blogging pun, banyak godaannya. Kalau bab advertorial contohnya, banyak benda yang nak kena teliti sebelum kita terima tawaran pengiklan. Teringat entri Bro Eyriqazz yang ni, “Google Dulu Sebelum Terima Tawaran.”
Contoh atas ni, senang nak tolak. Tengok jer link yang nak diletak, ada kaitan dengan gambling…terus jer tolak.
Hidup kita ni penuh dengan pilihan, pilihlah yang tak melanggar undang-undang Allah. InsyaAllah, rezeki yang masuk poket dan perut kita sekeluarga lebih berkat. Itu penting. Biar sikit, tapi berkat.
Sekadar membebel di hari minggu. Peringatan ni khas untuk diri sendiri. Moga ada kebaikan bersama yer…
@hafizmd- Godaan duniawi makin hari makin besar, sama-sama kita berdoa moga Allah selalu tunjukkan jalan yang baik untuk kita. ameen.
godaan sebegini kena tolak 🙂
wajib tolak.. =)
tepat! skrg memang aku jage btol2 adik aku bab guna menda2 ni, takmo terjebak.. harap yg laen amik perhatian, tak lepas cam tu je.. benda ni kejap, sana yang kekal
sama2 kita jaga diri dan ahli keluarga…
betul tu bro! thanks peringatkan
jangan tergoda dek duit semata-mata kan bro..semoga terus murah rezeki bro dgn rezeki yg bersih
betul tu…thanks BL!
Godann yang halus macam ni yang ramai selalu tumbang. Semoga dilindungi dari godaan sebegini.
ameen..nak kena doa moga2 kita diberi petunjuk oleh Allah selalu dalam setiap tindakan kita..ameen
kita kena kuat menghadapi dugaan….
kuat dan kuat..yeah!
Berjayalah orang yang menghidupkan prinsip hidupnya. TK atas peringatan
ameen…terima kasih kembali bang shubhi
sambal belacan ker bro macma sedap kalau letak mangga muda sekali hoo.hoo..
uh! sedap tu…yg ni, saya ratah gitu jer..hoho
anak saya begitu juga tapi bikin dvd belajar sahaja tapi bab tab suka game jugalah
bagus2…main game boleh, tp biarlah game yg menjana minda anak2
oh, bahaya nih… apa pun, terima kasih pada perkongsian tawaran begini.. memang patut tolak..
naseb bek bukan godaan awek2 comel…hehehe
yg tu, insyaAllah kena lagi kuat imannya..hehe
wow cili….yang penting diri tu pandai menitikberatkan yang mana baik yang mana buruk, kadang2 kita tahu benda tu buruk tapi tutup mata sebelah…godaan ada di mana-mana.. tahniah sebab berjaya menahan godaan…hehe
Nak kena sentiasa buka mata dan mata hati..
alhamdulillah…petunjuk Allah jua..
Aku kena goda selama 3 bulan sampai tak update blog. Wahh canggih theme tu bro .nice
hoho..lame gak tu kena goda…hehe
terima kasih bro HP!
Godaan nie kena pandai elak la …Displin diri dan anak2 . Hadkan penggunaan teknologi pada Quality time dengan keluarga ….Bahana teknologi ni buat kita tak bersosial dengan orang sekeliling tapi hidup dengan dunia maya sahaja . Zaman riang ria kanak dah tidak wujud sebaliknya zaman kanak2 kini di penuhi dengan Kartun astro dan Game dlam tab. Ibubapa tidak pening anak nak luka jatuh dan kecederaan fizikal yang lain tapi mereka tak tau kecederaan mental lagi bahaya . Otak macam pandai tapi tak tau tulis . Susah gak nanti …Kena balance kan baru boleh maju dalam dunia serba laju nie ..
Terbaik bro pendapat ni. Cedera mental tanpa sedar….
sederhana dan seimbang, kunci kejyaan…terimakasih bro!
kita sentiasa diberi pilihan kecuali beberapa perkara sahaja
setuju…pilihan ada, buatlah yg sebaiknya
kalau pedas2 ni aku memang suka..hahahahahaha macam xde kene mengena dengan entry..hahahaha
hahahaha…dah kena dah ni..tu yg aku letak gambar cili…hahaha
Betul apa yg bro katakan, ketika makan, ibubapa sibuk bersosial di FB, si anak sibuk menekan key pad di phone menghantar sms. Kadang-kadang masa makan dihabiskan dgn sibuk dgn aktiviti masing-masing. Lepas tu mulalah tak habis makan di depan rezeki Allah Taala berikan.
Menolak tawaran yang berkaitan perjudian amat tepat. Rezeki yg kita dpt akan digunakan untuk seisi keluarga. pastinya mahu yang terbaik dari segi halalnnya.
Byk kali jumpa keluarga yg sebegini. Dlam hati, berdoa & tekad utk tidak benarkan benda2 ni berlaku
Rezeki Allah yg lain masih byk =)
terima kasih bro Kamil
nasib baik bro belum tertewas dengan godaan begini!
alhamdulillah.masih sedar… =)
tolak aje. banyak lagi offer lain punya.
tolak terus, tp dia siap tunjuk ada blogger lain ambik jer…suka hatilah…blog masing2…hoho
Hehe..gambling tu apa yer bro?
judi..
Udah macam kasino ‘bergerak’ layaknya…
Itulah layaknya…bahaya
set mind kita elok2.. kita nak cari rezeki yang halal.. ingat masa dulu awal berblogging, isu duit dari NN dan sebagainya tu halal ke, mungkin tak cukup panas macam roti yang baru keluar dari oven, tapi isu itu juga dapat banyak perhatian..
tolak dari syarikat ni, kita akan dapat pulangan lain yang lebih banyak.. Insya Allah, mudahan..
Terbaik! Terima kasih bro IA utk ingatan ni. Kena ada prinsip yg jelas…selagi patuh syariah…kita sebat jer…
moga2 berkat rzki kita..ameen
keluar sesama geng pun sama bro, gadjet punya hal semua dup membisu geram pun ada gua tengok haha
hahaa…nak buat camne..sabor jerlah.haha
kalau link lagu tuh memang wajib tolak lah kan…
wajib tolak =)
kita harus benar2 kritis dalam memilih advertiser blog ya …
semoga bloggingnya makin sukses 🙂
Terima kasih Rina berkongsi pandangan =)
Aku ingat nak pi hantar anak duduk kat kampung lah, biar dia rasa sikit nikmatnya mamdi air hujan, pancing ikan dan segala aktiviti kampung heheh…tapi rasa macam dorang tak mampu pulak bertahan bila dok kampung.
hehe..kita pulak yg risau…tp tulah…tak cuba tak tahu bang man…
ni cuti sekolah, boleh acu cuba try test…tp kena perhati tgk…
kalau iman di dada kita kuat insya-allah boleh lawan godaan.. beristighfar bila di goda.. hehe..
InsyaAllah. Itulah kuncinya..terima kasih cheq eem
skg nie, setapak keluar rumah da mula kena goda..
camne tu???
kena makin kuatlah..hohoho
Tawaran yang menarik. Memang sukar di tolak.
Tp ttp ditolak walaupun terus digoda…hoho