Contoh Soalan Peperiksaan Online PTD M41 Pengetahuan AM

Pegawai Tadbir Diplomatik. Tips lulus exam online PTD M41. Anda betul-betul nak lulus exam online PTD 2020 19 Januari 2016? Baiklah. Saya kongsikan serba sikit tips dan informasi berkaitan exam online ptd ni. Saya pernah menduduki exam PTD pada sesi yang lepas. Alhamdulillah, saya lulus dan dipanggil ke sesi temuduga PTD, tapi sayangnya saya terpaksa tolak atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Oleh sebab saya pernah lulus exam online PTD M41, saya sudi berkongsi dengan anda semua calon-calon peperiksaan online PTD. Semoga perkongsian yang tak seberapa ini akan memberi sesuatu kepada anda calon exam PTD untuk bersedia dengan sebaiknya.

Tips & Contoh Soalan Peperiksaan Online PTD M41 2020?

panduan peperiksaan ptd m41 2020Untuk menghadapi peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41, seorang calon PTD wajib bersedia mental dan fizikal. Ujian peperiksaan online yang bakal tuan-tuan, puan-puan hadapi nanti adalah salah satu ujian kekuatan mental dan pastinya juga menguji Pengetahuan Am, Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Bahasa Inggeris Pemahaman . 3 seksyen ini akan menjadi tempat tapisan awal untuk menyingkirkan calon yang tidak benar-benar bersedia.

Maka, hanya calon yang benar-benar bersedia untuk menghadapi exam online PTD M41 akan melepasi ujian ini. Berdasarkan pengalaman saya menghadapi peperiksaan PTD sebelum ini, masa yang diperuntukkan memang cukup-cukup. Jika tiada persediaan rapi, kita akan ambil masa yang panjang untuk menjawab satu soalan. Disitulah “perangkap” yang menanti calon yang gagal bersedia dengan rapi.

Untuk itu, saya kongsikan terlebih dahulu contoh-contoh soalan peperiksaan online PTD M41 Seksyen A Pengetahuan Am untuk rujukan dan panduan untuk anda semua. Ianya bukanlah soalan ramalan, bukan soalan sebenar. Hanyalah sekadar latih tubi dan memberi gambaran skop/topik yang anda boleh buat ulangkaji untuk menghadapi peperiksaan online PTD M41 nanti.

Contoh Soalan Peperiksaan Online PTD M41 Seksyen A Pengetahuan Am

Antara topik yang ditanya dalam exam online PTD M41 ialah berkaitan:

  1. Perlembagaan Malaysia
  2. Pentadbiran Tanah dan Negeri (subtopik: Tanggungjawab)

Berikut adalah contoh soalan Seksyen A.

1. Antara kenyataan berikut, yang manakan jawapan yang PALING TEPAT untuk menerangkan Sumber Manusia?
A. Sekumpulan kakitangan dan pekerja yang berkhidmat dalam sesebuah jabatan, persatuan atau organisasi.
B. Segolongan warganegara yang berkhidmat untuk mengendalikan bidang pekerjaan awam dan swasta.
C. Sekelompok manusia yang bekerjasama untuk membangunkan sistem pentadbiran negara.
D. Sepasukan staf dan ahli yang bekerja dalam sesebuah perniagaan.

Jawapan: A

2. Di Malaysia, apakah contoh organisasi yang paling besar dan banyak mengendalikan Pengurusan Sumber Manusia?
A. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
B. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
C. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
D. Kementerian Sumber Manusia

Jawapan: D

3. Berikut adalah agensi kerajaan yang ditadbir oleh Kementerian Kewangan KECUALI
A. Bank Negara Malaysia dan Bank Simpanan Nasional
B. Bursa Saham Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Sekuriti
C. Lembaga Zakat Selangor dan Lembaga Tabung Haji
D. Jabatan Akauntan Negara dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

Jawapan: C

4. Berikut adalah penyataan yang benar mengenai Bank Negara Malaysia KECUALI
A. Mengekalkan kestabilan harga dan menyokong pertumbuhan.
B. Mengeluarkan mata wang negara di samping menguruskan rizab antarabangsa negara.
C. Memberikan nasihat berkaitan dengan dasar mikroekonomi dan pengurusan hutang negara.
D. Berperanan untuk melaksanakan inisiatif bagi memperdalam dan mengukuhkan pasaran kewangan, termasuk pasaran pertukaran asing.

Jawapan: C

5. Di antara fungsi Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah
I. Memberi perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam melindungi negara dan menjamin persekitaran yang selamat bagi masyarakat.
II. Memastikan pengurusan daftar penduduk di negara ini teratur mengikut Perlembagaan negara.
III. Memastikan pengurusan pendaftaran pertubuhan serta persatuan-persatuan teratur mengikut undang-undang berkuat kuasa sedia ada.
IV. Mengawal selia dan menguatkuasakan aktiviti penerbitan dan pengedaran filem.
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

Jawapan: C

6. Di antara berikut, yang manakah BUKAN agensi kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri?
A. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara
B. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
C. Kastam Di Raja Malaysia
D. Polis Di Raja Malaysia

Jawapan: C

7. Semua pernyataan di bawah adalah benar mengenai Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) KECUALI
A. Sebagai Jabatan yang dinamik dan kompeten dalam pengurusan pertubuhan.
B. Memantapkan hubungan baik dengan pertubuhan dan meningkatkan penguatkuasaan Akta Pertubuhan 1966.
C. Mengurus rekod pengenalan diri yang sahih serta memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk demi kesejahteraan dan keselamatan negara.
D. Mempastikan Pertubuhan-pertubuhan berdaftar bergerak sejajar dengan Akta Pertubuhan 1966, Undang-undang Tubuh Pertubuhan dan dasar-dasar negara.

Jawapan: C

8. Apakah kelayakan akademik yang diperlukan untuk berkhidmat sebagai anggota polis?
I. Konstabel Sokongan – Penilaian Menengah Rendah (PMR)
II. Konstabel – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
III. Kadet Sarjan – STPM/Diploma
IV. Inspektor – Ijazah
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

Jawapan: D

9. Antara yang berikut, pilih pernyataan yang benar berkaitan dengan Kabinet.
I. Kabinet diberi kuasa menjalankan tugas eksekutif negara.
II. Fungsi Kabinet menggubal dasar-dasar negara.
III. Semua menteri dan timbalan menteri menghadiri mesyuarat Kabinet seminggu sekali.
IV. Setiausaha Tetap Kabinet juga memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara.
A. I, II sahaja
B. III, IV sahaja
C. I, II, IV sahaja
D. I, II, III, IV

Jawapan: C

10. Pilih jawapan yang tepat mengenai peranan dan tugas Yang Dipertua Negeri
A. Ahli Majlis Raja-Raja
B. Memilih Yang di-Pertuan Agong
C. Melantik Ketua Menteri
D. Mempunyai kuasa membubarkan Dewan Undangan Negeri

Jawapan: D
11. Dalam merangka perpaduan nasional yang mempunyai berbilang kaum ini, Dasar Pendidikan telah dirangka bagi menggembleng usaha perpaduan. Berikut adalah antara inisiatif yang telah dilakukan dalam mencapai hasrat ini:
I. Sistem persekolahan yang sama bagi semua.
II. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.
III. Sukatan pelajaran yang seragam.
IV. Peperiksaan dan kurikulum yang seragam.
A I, II sahaja
B I, II IV sahaja
C II, III, IV sahaja
D I, II, III, IV

Jawapan: D

Sudahkan anda bersedia menghadapi Peperiksaan Online PTD M41 2020?

Melihat kepada soalan-soalan di atas, anda seharusnya sudah mampu menilai serba sedikit sejauh mana anda sudah bersedia untuk menghadapi exam online PTD M41 pada Ogos 2020 ini.

Jika masih lagi blur dan kena rujuk Google untuk menjawab 11 soalan di atas, anda nampaknya perlu lebih kerja lebih keras untuk menjawab soalan PTD nanti.

Paling penting, jangan panik. Masa masih ada untuk bersedia sebaiknya. Topik Pengetahuan AM sememangnya luas. Sekali imbas, seolah-olah calon peperiksaan PTD perlu tahu semua perkara yang mana memang mustahil nak hadam dan hafal semua perkara dalam masa kurang seminggu.

Tapi, semuanya mungkin jiga kita tak putus asa dan yakin pada rezeki yang ada untuk setiap mereka yang kuat berusaha.

PANDUAN PEPERIKSAAN EXAM ONLINE PTD AKAN DILANCARKAN MINGGU INI!

Antara topik yang akan dikongsikan di dalam panduan khas untuk calon exam online PTD M41 ialah;

  • Format Peperiksaan dengan lebih jelas
  • Contoh Soalan & Jawapan
  • Nota Ringkas untuk calon

Untuk tidak terlepas untuk mendapatkan panduan khas untuk calon exam online PTD M41 ini, anda boleh isi borang di bawah terlebih dahulu.
contoh soalan exam online ptd 2016

Pastikan anda tidak terlepas untuk mendapatkan panduan khas ini kerana pihak kami di TimInfokerjaya telah banyak membantu calon peperiksaan online SPA untuk lulus cemerlang.

Nantikan perkongsian berikutnya berkaitan contoh soalan Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah.

Nota:  Saya juga akan buat yang terbaik. Lulus atau tak, itu belakang kira. Buat yang terbaik untuk lulus, yang lain kita serah kepada Allah untuk menentukan rezeki kita masing-masing.