Contoh Format Soalan Peperiksaan Bertulis F29 Dah Download Belum?

Contoh Format Soalan Peperiksaan Bertulis F29 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. Panduan dan soalan peperiksaan untuk calon F29 Mac 2014. Anda calon PPTM F29?

contoh soalan peperiksaan bertulis f29 penolong pegawai teknologi maklumat 2014

Format Soalan Peperiksaan Bertulis F29 2014

Ujian bertulis peperiksaan f29 mengandungi 2 bahagian utama iaitu;

Bahagian 1: Ujian Kecenderungan

  1. Seksyen A: Pengetahuan Am
  2. Seksyen B: Daya Selesaikan Masalah

Seksyen A: Pengetahuan Am (40 minit, 50 soalan)

  • Objektif ujian bertulis seksyen A: Menguji daya kesedaran calon F29 tentang perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya.
  • Tips ujian: Calon wajib peka isu umum bidang teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan ICT, pentadbiran kerajaan, dan isu-isu semasa terutamanya isu nasional.
  • Contoh soalan: Protokol utama yang digunakan dalam World Wide Web (WWW) untuk memindahkan maklumat ialah
    A. Internet Protocol.
    B. File Transfer Protocol.
    C. Hypertext Transfer Protocol.
    D. Anonymous File Transfer Protocol.
    Jawapan: C

Seksyen B: Daya Selesaikan Masalah (45 minit, 40 soalan)

Objektif soalan untuk calon f29: Ukur daya berfikir calon dalam beberapa perkara.

1. Kemahiran berfikir secara logik

  • Contoh soalan: Antara nombor berikut iaitu 16, 36, 64, 81, 49, 4, 1, 9, 25 dan 54. Yang manakah GANJIL?
  • Jawapan – Nombor 54 (cara jawab: semua nombor adalah hasil kuasa dua kecuali 54)

2. Kemahiran menginterpretasi data

Objektif soalan: Mengukur kebolehan calon analisis data dan angka-angka.

  • Contoh soalan:

download soalan peperiksaan bertulis f29

3. Konsep Matematik

Objektif soalan: Soalan asas algebra dan geometri. Jangan risau, ianya soalan asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia.

  • Contoh soalan
  • contoh soalan matematik peperiksaan bertulis f29
    Jawapan: D

     

Panduan Menjawab Soalan Calon Peperiksaan Bertulis PPTM F29

  1. Para calon yang datang pelbagai bidang. Jadi, katakan anda ‘stuck’ pada satu soalan, jangan buang masa. Teruskan jawab soalan lain.
  2. Cara jawab soalan objektif: Jawapan yang dicari ialah paling tepat. Maka, jika keliru, cari yang paling salah dan akhirnya tentukan jawapan yang paling tepat. Jangan tinggal kosong!
  3. Guna hanya pensel 2B. Ingat yer.

Perlukan Nota & Contoh Soalan Peperiksaan F29 untuk latih tubi?

Jika anda perlukan bantuan tambahan, TimInfoKerjaya yang sudahpun membantu ribuan calon lulus pelbagai jawatan kerajaan ada mengeluarkan nota khas untuk bakal calon peperiksaan f29. Ianya hanya dibuka selama 4 hari. Esok, Khamis 6 Mac 2014 adalah hari terakhir panduan ini dibuka.

Jika anda betul-betul berminat, sila ikuti langkah di bawah dengan betul.

  • Langkah 1: K lik sini (HARAP MAAF, SUDAH DITUTUP) –> Dapatkan Panduan Contoh Soalan Peperiksaan f29  
  • Langkah 2: Buat Pembayaran dan SIMPAN RESIT (scan/gambar/snapshot)
  • Langkah 3: Isi borang maklumat pembelian anda. Di ruangan bukti pembelian isikan NOMBOR RUJUKAN (yang tertera di resit bank anda) transaksi.
  • Langkah 4: Semak email anda dan REPLY email daripada Team InfoKerjaya dengan SALINAN RESIT yang anda simpan di Langkah 2. Jika anda TIDAK REPLY, pembelian anda TIDAK AKAN DIPROSES. Wajib REPLY EMAIL tersebut. Jika tiada di inbox, rujuk Spam Box anda.
  • Langkah 5: Dalam tempoh 24 – 48 jam, Team InfoKerjaya akan hantarkan akses ke LAMAN DOWNLOAD untuk anda muatturun semua komponen.

Saya ucapkan selamat berjaya kepada semua calon peperiksaan bertulis sesi Mac 2014. Buat yang terbaik. Jangan lupa berdoa sungguh-sungguh. Sentiasa positif dan yakin, peluang semua calon adalah hampir sama.

Selamat berjaya saya ucapkan!