Bola Sepak Kelab Piala Dunia | Santos vs Barcelona

Kedudukan terkini: Santos 0 vs Barcelona 4 (Messi 2 gol, Xavi, Febregas)

Assalamua’laikum.

Minggu lepas, bila baca entri Cikgu Tehramuan pasal Bola Sepak Kelab Piala Dunia, terus saya Google. Hasilnya, baru tahu yang hanya ada 7 kelab yang bertanding tahun ni iaitu FC Barcelona, Santos Futebol Clube, Club de Futbol Monterrey, Kashiwa Reysol, Espérance Sportive de Tunis, Al-Sadd Sports Club dan Auckland City FC. Sudah pasti kelibat kelab wakil Asia, Kashiwa Resyol mencuri tumpuan.

Sebenarnya saya tertarik nak tengok kelibat Neymar. Kelibat Messi dah biasa tengok. Tapi, keputusan semasa nampaknya membuktikan yang FC Barcelona memang antara kelab terbaik dunia sekarang dan cukup mantap di setiap posisi. Terbukti, bola sepak ialah permainan yang perlukan semangat kerjasama berkumpulan yang hebat.

® hafizmd – layan Manu lawan QPR =)