Lee Chong Wei dan pengganti Lin Dan…

Assalamua’laikum.

Badminton. Antara sukan yang saya minat sejak dulu lagi. Sejak zaman anak-anak Sidek sampailah zaman Lee Chong Wei. Sejak zaman kita kuasa besar dunia, sampailah zaman kita hanya ada Lee Chong Wei. Sejak zaman Ardy Wiranata dan Rashid Sidek, hinggalah zaman Taufik Hidayat dan Lee Chong Wei. Sekarang, kita hanya ada Lee Chong Wei. Baru-baru ni kita cukup bangga dengan Zulfadli Zulkifli yang jadi Juara Remaja Dunia, tapi nampaknya kelibat beliau masih lagi sukar untuk ‘memikat’ BAM untuk diserapkan ke skuad Piala Thomas tahun depan.

Petang tadi, sempat layan separuh akhir badminton Super Series terakhir untuk tahun 2011. Sudah tentunya pertemuan Dato Lee Chong Wei dan Chen Long begitu menarik. Memang menarik dan mendebarkan. Rasanya, China memang cukup kuat dalam acara perseorangan. Mereka ada super Lin Dan, Chen Long, Chen Jin. Kita Malaysia hanya ada Dato Lee Chong Wei.

Menang ke kalah petang tadi?

Akhirnya, Dato LCW terpaksa akur juga dengan kehebatan Chen Long yang saya kira pengganti terbaik Lin Dan. Bermain tiga set, Dato LCW tewas 16-21, menang 21-16, tewas di set ke-3, 18-21. Memang rasa kecewa tapi cukup bangga dengan Dato LCW yang bersendirian berjaya menggalas cabaran negara dengan begitu konsisten dalam setiap kejohanan Super Series tahun ni. Rekod di bawah sebagai buktinya;

"lee chong wei lin dan badminton 2011 all england"

5 kali juara, 3 kali naib juara. Memang cukup terbaik! Tapi, sampai bila Malaysia harus bergantung pada beliau? Sampai bila agaknya BAM nak simpan beliau? Rasanya BAM baru sedar akan hakikat yang kita memang tiada pengganti setanding Dato LCW sekarang. Rasanya, mungkin Zulfadli Zulkifli memerlukan 2-3 tahun untuk sampai ke tahap ni. Takpe, paling tidak, kita ada.

China, sudah ada pengganti Lin Dan iaitu Chen Long. Mereka bakal berentap esok dalam perlawanan akhir. Dalam peringkat kumpulan sebelumnya, Lin Dan terpaksa kerja keras untuk tewaskan Chen Long (3 set). Ini bermakna, China memang punya rakan sepelatih yang setanding. Dato LCW?

® hafizmd – moga sukan badminton Malaysia kembali bersinar macam dulu-dulu