Bagaimana nak jadi lebih kacak dan anggun?
Assalamua’laikum.
Makan pagi ke tak? Ingat, jangan lupa makan pagi, sebab ada lelaki kacak mana entah yang cakap, orang yang makan pagi, dia akan jadi lebih bijak. Mana taknya, makan pagi akan bekalkan kita oksigen dan tenaga yang cukup. Barulah hati, akal dan seluruh anggota badan kita berfungsi lebih baik. Baru kacak!
Nak lagi kacak dan anggun cara Rasululllah? Jom kita pakat baca, mudah-mudahan cinta dan sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW akan bertambah.
Prinsip penting ketika minum. Nabi Muhammad SAW berpesan satu perkara penting iaitu tidak bernafas ketika minum. Maksudnya, tidak bernafas di dalam bekas minuman.
Kalau ada yang tanya, kenapa pulak? Imam al-Qurtubi ada menjelaskan hal ni. Kata Imam al-Qurtubi, ianya untuk mengelakkan sebarang kekotoran mahupun aroma yang tak sedap menempel pada bekas minuman.
Apatah lagi dari segi saintifiknya;
1. Udara hembusan karbon dioksida yang keluar dari lubang hidung kita (walaupun sudah ditapis oleh simpulan bulu hidung korang), ia tetap mengandungi kuman-kuman apatah lagi kalau kita tengah selsema ataupun demam. Hidung meleleh dengan air. Boleh bayang tak?
2. Minum sambil bernafas jugak boleh menyebabkan salur air dan salur udara bercampur. Bila dah bercampur, korang senang tersedak. Bila tersedak, korang mula perasan ada awek tengah sebut-sebut nama korang. Salah tu! Sebenarnya kita lupa amal sunnah Nabi. Gelojoh sangat.
3. Minum sambil bernafas jugak boleh meningkatkan risiko sakit tekak dan jangkitan kuman pada paru-paru.
Sebab itulah, Nabi berpesan supaya kita teguh pada Al-Quran dan Sunnahnya dalam apa jua perkara. Dalam hal adab minum ni, satu hadith riwayat al-Tirmizi yang bermaksud;
“Sesungguhnya Rasulullah melarang untuk bernafas atau meniup ke dalam bekas air minuman.”
Tambah lagii 1 hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud;
“Ketika Rasulullah SAW minum, Baginda mengambil nafas di luar bekas air minuman 3 kali. Dan Baginda bersabda, maksudnya: ‘Hal itu lebih segar, lebih sedap dan lebih nikmat.’ Anas mengatakan:’Oleh sebab itu, ketika aku minum, aku meneguk sebanyak tiga kali.”
Jadi, lepas ni…untuk kesedapan yang lebih hakiki waktu minum kopi mahupun teh, ambillah nafas aromanya 3 kali di luar cawan kita. InsyaAllah, dengan niat mencontohi sunnah Nabi, kita buat 2 dalam 1. Bukankah itu lebih kacak dan anggun?
@hafizmd – Bismillah tu jangan lupa yer =)
Insyallah akan diamalkan harian perbuatan sunnah Nabi SAW.
Ameen…sama2 kita beramal…baru kita lebih dekat dan sayang pd Baginda SAW
tak lupa, tapi lau air panas, tak leh tiup la..
lau minum air sambil letak hidung — macam budak kecik tu.. haha
suka minum air hingga ada misai – huduh sungguh..
hehehe…betul tu…tak baik tiup2..tp anak2 nak minum cpat…kadang2 tertiup jugak..
budak comot tu ek…hahahhaa
Satu lagi…pada pandangan aku la bro [teori domino peribadi jerr], org yang minum sambil bernafas ni adalah org yang jenis tak sabar,kalut dan mmg kureng adat kesopanan dan kesusilaannnya…he3x!!!
hehe….boleh pakai jugak teori ni…sbb perbuatan kita lahirnye dari dalam =) hehehe
errr…mcm tu plak eh..chii pun tertanya2 ni sama ada chii minum sambil bernafas, 2 perkara skaligus dilakukan..ishk…
@chii,hehe…kadang2 kita dah terbiasa…mungkin maksud bro yas ialah mereka kita nampak terang2 gelojoh masa minum air… =)
mcm org yg baru pas lumba lari..pastu dgn keadaan yg tercungap2..dok minum air…eheheh
@chii,hehee…terkadang buat juge…maklumlah…dahaga…eheheeh
Klau bru lepas lomber lari rasanya buleh dimaafkan la kot…he3x!!!
@yas, dah tak tahan agaknya…mau rembat jer….hehhee
bismillah tu yang penting.. kadang kadang saya terlupa juga .. main teguk saja
sama2 kita ingatkan diri sendiri…moga ada barakahNYA…ameen
Bila semua dah dikuti.. jangan pula minum sambil berdiri!
cantik….tambah 1 lagi…duduk waktu minum
thanks bro
setiap yg s sarankan tu ada sebab..bukan pula utk suka2 sb tu dlm kdupn ada peraturan brulah hduo terjamin
@Suri, setuju…sebab itu Allah tetapkan panduan utk kita…supaya hidup aman bahagia…
sama2 kita usaha utk menjadi hambaNYA yg soleh solehah…ameen
yela..yela..baca bismillah nih..
bagus2…mmg lagi nampak kacak =)
Aroma kopi yang ‘power’ memang sedap dihidu … 😀
hati2..takut terlebih hidu…hehe
yer .. yer betul tu … terlebih hidu boleh jadi ‘stim’ tu … lepas tu ketagih …. hahahaha 😀
@benjy,hahahaha…kalau dah camtuh..byk bahaya ooooo…hahaha
terbaik petua nie ehhh…
sama2 kita amalkan…ameen
semua sunnah2 ni memang ada sebab dan kebaikkannya cuma siapa yang tak tahu je banyak songeh. huhuhuhuhu
Setuju. Setiap sunnah Nabi SAW pasti ada hikmatnya yang tersendiri.
Kita mmg byk songeh..huhuu
erm..then mcm mana dgn air yg dihembus dgn ayat2 suci ye..
erm…kalau ikut cara ustaz2 tiup tu…rasanya bukan direct terus ke dalam bekas…
lagipun, kalau alim ulama’ yang tiup….insyaAllah…mereka punya kelebihan tersendiri…setuju tak?
hurm..mngkin juga…
chii pernah dpt satu email..ttg gambar molekul2 air..setiap satu berbeza..yang nampak cantik..molekul air zam2..dan air yang telah dibacakan dgn ayat suci al quran
@chii,kebetulan sungguh chii…lepas komen chii semalam tu, terus selongkar hasil kajian sorang saintis jepun pasal molekul air zam zam yg lebih aktif bila dibacakan ayat2 Allah…cantik sungguh molekul2 air tu…subhanallah
Maha Suci Allah Tuhan Sekalian alam.. kuasa tidak di jangka akal kita yg lemah,,,
Subhanallah. Semuanya ada hikmah utk kita berfikir
ikut sunah nabi insyaAllah badan lebih sihat
insyaAllah…ameen..sama2 kita beramal
Lagi satu tambahan, Insan yang kacak akan tidur di awal waktu dan bangun di awal waktu 🙂
terbaik! tp blogger kadang2 terlajak jugak tidur lambat…hohoho
mmg byk hikmah..walaupun hanya tertib minum air shja 🙂
Setuju. Sunnah Nabi penuh dgn hikmah tersembunyi =)
Lelaki kacak tak lupa baca bismillah dalam semua gerak kerja
Terbaik! Bismillah jadikan amalan…Terima kasih cikgu!
tanks 4 the info 😉
sama2 kembali =)
bismilah dan syukur nikmatnya hee..baru bekat rzi dan apa yg kita makan tak gitu bro?
Betul tu. Barulah barakah dan dapat rahmat Allah…ameen
Tadi dok berlari2 atas treadmil, pastu perlahankan speed utk teguk air (dlm botol). Mengah2 juga sambil bernafas.. huhu
Tq Hafiz atas peringatannya
Bila dah lenguh, kadang2 mmg terlupa. Sama2 kita beringat… =)
sunnah nabi s.a.w mmg banyak. semuanya mendatangkan kebaikan. tidak rugi untuk diikuti.
setuju…mmg memberi kebaikan…insyaAllah