Seloka Selamat Berpuasa Ramadan
Assalamua’laikum.
Seloka Selamat Berpuasa Ramadan. Alhamdulillah kita panjatkan, dipanjang usia bersua Ramadan. Ramadan hadir penuh barakah, apakah kita bersedia sudah? Bermula Ramadan bersolat taraweh, jangan dilupa bangun bersahur, jangan dikejar kuih moreh, payah nak khusyuk terbayang kuih makmur!
Seloka Ramadan Tanda Ingatan
Bersahur sudah tunggu berbuka
Ramai ke pasar menjamu mata
Hati-hati semasa berbuka
Elak membazir kesian perut kita
Berbuka sudah perut dah lega
Janganlah pula ditambah seksa
Sehari boleh rokok dilupa
Apa kata lupakan saja?
Anak isteri berbuka bersama
Jangan dilupa jiran tetangga
Pakatlah tengok ringan bersapa
Bertukar juadah lagilah bahagia
Mulut telinga nak kena jaga
Maklumlah kita tengah puasa
Media sosial jangan dilupa
Di sana jerat sedang tunggu mangsa!
Ramadan datang pastinya pergi
Begitu juga diri sendiri
Jom pakat tambah bekal untuk negeri abadi
Moga rahmat Allah menanti
Juadah dah siap di atas meja
Suami masih depan laptop nampak leka
Dahlah tu…pergi tengok isteri buat apa
Takkan reti makan saja?
Adeh…ambe pun nak kena berhenti juga!
@hafizmd – Seloka Selamat Berpuasa Ramadan. SELAMAT BERPUASA BUAT SELURUH RAKAN BLOGGER DAN PENGUNJUNG BLOG AMBE.
Selamat berpuasa bro….
selamat berpuasa bro joe
selamat berpuasa
bab rokok.. pas berbuka, solat pas tu terus pasang sebatang.. hehehe
hehe…biase bang sop…
Menu berbuka kawe ringkas sahaja begitu juga bersahur dengan oat dan cornflakes setiap kali menjelang bulan Ramadhan.
wah…mmg betul2 simple ni bro AB…tahniah bro…
ambe akan cuba utk menu ni…cornflakes dah beli semalam
hari ini gua nak sahur apa ye..
Sahur kurma ngn oat jer…hehe
berserta dengan niat sekali
As Salam, pantun di Subuh gerimis buat Hafiz.. ^^
Tanam tulip bersungguh-sungguh,
Tumbuh berlapis di tempat bagus;
Salam berkelip cahaya Subuh,
Subuh gerimis solat dan tadarus.
As salam kak Ummi =)
Alhamdulillah sahur dah berlalu
Solat subuh bertadarus selalu
Biar jadi amalan untuk penuhkan buku
InsyaAllah kita bahagia tak malu
Syukran Hafiz… ^^
pewitttt!! siap berseloka gitu. ^_^
aik org dah ke dapur dia masih leka karang pantun apa dah heeee
lopeh ini mesti ada pula pantun membelu baju raya..membuat kuih raya..solat terawih..hii..
selamat berpuasa ya..eh mana cik f diam jer ..
yg last tu best.. hahaa.. dah.. dah.. berhenti..
hahahaha…loceng dah bunyi
selamat berpose jg dari auc 🙂
selamat berpuasa bro AUC
hehee selamat berpuasa… sepanjang hari perokok mesti boleh lupakan kejap,
tapi bila dah berbuka serupa macam naga, ekekee
lepas nie..boleh buat satu segmen seloka …bagus.saya suka bro.selamat berpuasa.
hehe…bagus jugak ni…thanks bro..lehlah khaskan satu kategori utk seloka..
selamat berpuasa bro!
Hehe..memang kemas lah seloka ni..haha..tak kan pandai makan je..hehehe
keh3…kenakan diri sendiri ni…hahaa