Se’coet’ rezeki dari blogging..

Dua tiga menjak ni, banyak juga blog kawan-kawan yang bercerita pasal earning dari aktiviti berblogging. Tak kisahlah dari samada dari nuffnang, rezeki affiliate seperti di blog cahaya cinta dan blog bro etomyam, advertlets dan yang terbaru mangga ad seperti di blog bro jijan. Semuanya berkisar tentang rezeki dari aktiviti berblogging. Maka, secara sifir mudahnya, memang aktiviti ini boleh menyumbang pendapatan sampingan.

Sudah lama juga saya berkira-kira nak tulis pasal rezeki dari aktiviti berblogging ni. Mula-mula, segan juga nak berkongsi. Maklumlah, bukannya berkepuk-kepuk. Namun, saya rasa ada baiknya juga saya berkongsi. Paling tidak, memberi motivasi pada diri sendiri. Jauh sekali nak bangga diri. Rezeki se’coet’ yang saya maksudkan sudah pasti bukan dari sumber iklan nuffnang, advertlets, mangga ad ataupun affiliate. Semua sumber ini nampaknya masih malu-malu nak masuk ke kantong saya. Belum cukup power traffiknya macam blog otai-otai semua.Jadi dari mana saya dapat rezeki se’coet’ ini?

Sudah pasti jawapan saya dari hasil smart blogging. Smart blogging? Macam pernah aku dengar, tapi di mana yaa?? hehehe..iya betul! Kamu semua baca dan jumpa di blog Rohaizad.com, takpun di blog Abang Bomba, atau blog Sangilapi, atau di blog BoyBersahaja, ataupun di blog Boss HujanBatu. Mereka adalah anak didik Sifu Rohaizad yang saya cukup kagum dan respek. Ini hanyalah antara beberapa nama. Ramai lagi yang sudahpun menikmati betapa manisnya pagi , petang dan malam mereka bilamana email mereka didatangi isi pasal penerimaan wang USD di Paypal. Panjang senarainya kalau mahu disebut satu-persatu..hehe..Inilah penangan Seminar Smart Blogging.

Maka, saya antara yang pernah merasai nikmat manis itu. Saya akui, yang income ini tidaklah sekencang Sifu Rohaizad, tidaklah sehebat Miziologi mahupun Bro Nuaeman. Apa yang saya paling pasti, memang kalau konsisten, insyaAllah ada rezekinya. Memang saya akui yang saya selalu sangat hilang fokus. Kadang-kadang blog personal ini lebih cepat dan cekap mengambil tempat.

Memandangkan kerjaya offline lebih menuntut tumpuan, maka kerjaya online itu saya hanya lakukan bilamana ada masa lapang yang cukup. Macam Sifu cakap, blogging itu sempoi. Janji konsisten..biarpun lambat. Bila begitu amalannya, maksud saya..saya buat bila ada masa lapang, maka hasilnya (duit online) juga akan datang bila ada masa lapangnya. Biarpun se’coet’, saya paparkan juga payment terbaru dari buyblogreviews yang saya terima pagi tadi. Ingat yer, ini hanya untuk memotivasikan diri saya dan kawan-kawan, jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk.

"bukti buat duit dari internet"
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit...

Hek ele..1.75 USD jer..tak kisahlah kan..pada saya, walaupun nilainya begitu kecil, tapi sentimental valuenya cukup tinggi pada diri saya. Kalau tak percaya, cuba tanya pada mana-mana blogger.

® hafizmd – semuanya hasil dari tunjuk ajar Sifu Rohaizad. Kalau mahu tahu bagaimana, bolehlah beramai-ramai ke Seminar Smart Blogging yer..