Siri Kesihatan 1:Oh! Kolesterol

apa itu kolesterol

Assalamua’laikum.

Siri Kesihatan 1:Oh! Kolesterol. Kolesterol. Apa bendanya kolesterol ni yop? Makhluk asing dari planet namek ke? Idok? Yop maleh nak citer? Dah berbuih mulut yop bersyarah kat orang kampung pasal ‘makhluk’ kolesterol ni? Takpelah yop, nak memahamkan benda ni bukan senang. Dah faham, bukan senang nak amal yop. Idok gitu? Kita pun banyak kali juge terbabasnya. Mohle, ambe cerite pasal kolesterol ni. Mana tahu, ada yang nak buat ulangkaji. Ambe pun nak kena ulangkaji juge yop, umor makin bertambah maknanya kita makin tua yop!

Kolesterol. Apa itu kolesterol?

apa itu kolesterol
Sumber kolesterol (kredit:slo-niacin.com)

Mula-mula, ambe nak bagitau yang kolesterol ni, benda yang Allah buat memang siap sedia ada dalam tubuh kita. 75% kolesterol dalam darah ni dihasilkan sepenuhnya oleh organ hati kita (dan ianya juga bergantung kepada sejarah kesihatan keluarga kita). Selebihnya 25% kita dapat selepas kita ‘melahap’ segala jenis makanan. Maka secara automatik, kolesterol ni bukanlah benda asing dalam badan kita.

Kolesterol ni memang ada dalam setiap sel tubuh badan kita dilapisan luar dan juga dalam aliran darah. Jadi, jangan terkejut yer. Ianya ‘lembut macam-lemak yang ada dalam aliran darah dan dalam sel badan kita.

2 jenis kolesterol

1. Kolesterol “jahat” iaitu doktor panggil ‘Low-density lipoprotein‘ (LDL). LDL ni bila dah banyak dalam salur (arteri) darah, ianya akan berkumpul dan menempel di dinding arteri. Makin lama makin tebal menyebabkan saluran darah kita makin sempit.

Cuba bayangkan, jalanraya yang sempit penuh dengan kereta. Kereta pun tak boleh laju. Sama juga dengan salur darah. Bila dah makin sempit, tekanan darah jadi tinggi. Jantung kena kerja lebih kuat berbanding biasa. Jadi, risiko untuk dapat darah tinggi dan penyakit jantung juga makin tinggi.

2. Kolesterol ‘baik’ iaitu ‘High-density lipoprotein’ (HDL). HDL ni penting untuk singkirkan LDL dalam salur darah kita. Amaun HDL yang cukup dalam darah membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan juga strok. Kadar HDL dalam darah yang rendah (untuk seorang lelaki kurang dari 40mg/dL dan untuk seorang wanita pula ialah kurang dari 50mg/dL) meningkatkan risiko penyakit jantung.

apa itu kolesterol baik dan kolesterol jahatkredit gambar: tappmedical.com

Itu  aje dulu untuk Siri 1 tentang kolesterol ni. InsyaAllah akan ada sambungan tentang “Kolesterol Baik vs Kolesterol Jahat“, “7 Penyebab Kolesterol Tinggi” dan “Cara Untuk Singkirkan Kolesterol Jahat” dalam siri akan datang.

Sudah pasti benda paling dibenci ialah bila lemak makin banyak disimpan (sebab tak diguna). Lemak paling suka ‘lepak-lepak sambil main guli’ di sekitar perut dan pinggang. Sebab inilah tapak simpanan lemak utama dalam badan kita. Tak pasal-pasal, kita dah ada “spare tyre” dan ramai berniat nak buang tapi tak menjadi sebab tak tahu cara dan tak cukup rajin!

@hafizmd –  Sekadar berkongsi hasil pembacaan dan secoet pengetahun yang ada. Kalau salah, mohon diperbetulkan =)