‘Perangkap’ Cinta Suami Orang?

Assalamua’laikum.

Pernah dengar cerita cinta si gadis dan suami orang? Cinta itu memang buta, tapi banyak juga rumahtangga yang roboh akibat kebutaan ini. Ambe rasa, memang ramai yang terpesona dengan perwatakan dan keterampilan seorang lelaki yang nampak matang, cool, segak dan bijak berkata-kata. Ciri-ciri ini antara daya penarik bak ‘tarian tango mentadak beracun‘ yang mampu melayukan seorang gadis mentah. Apa lagi ciri-ciri seorang suami orang atau suami kita sendiri?

1. Lihat jari dan…

Ini paling mudah. Biasanya, kalau suami orang mesti paling tidak ada sebentuk cincin. Kalau ada, mungkin itu cincin kahwinnya. Namun, ada juga lelaki yang suka pakai 3-4 bentuk cincin. Cincin mata kerbau, mata burung helang. Itu tak masuk yang ada simpan dalam poket lagi. Jadi, lihat pada cincin yang bercirikan sebuah ikatan, contohnya cincin mata delima. Takpun lihat saiz perutnya. Ada ke depan tak sikit tak? Kalau ada, peratusan dia seorang suami orang meningkat sebanyak 20-30%.

2. Elak topik dan tempat tententu

Biasanya, seorang suami orang akan cuba elak untuk bersembang soal keluarga, anak dan percutian. Kalau adapun, peratusan matanya untuk memandang mata anda amatlah rendah sekali. Suami orang juga biasanya akan cuba mengelak sesetengah tempat tertentu seperti pusat membeli belah dan pasar. Mana tidaknya, takut terserempak dengan isteri sendiri yop! Ada yang kena makan ketam mentah nanti…

3. Tidak sepenuhnya pada anda

Contoh paling mudah ialah jika berjalan-jalan di tempat awam, mesti dia akan nampak kurang selesa dan serba tak kena. Maklumlah, takut ada jiran atau sedara yang nampak…tak ke kantoi? Kalau ajak keluar hari minggu, mesti ada alasan tersendiri. Padahal, diri dah ada anak bini!

4. Halangan panggilan telefon

Namapun suami orangkan, pasti ada simpan no isteri. Jadi, perkara paling mereka takut ialah kalau handphone mereka jatuh ke tangan si gadis. Ada juga yang jenis taktikal, ada 3-4 handphone. Satu lagi, mesti dia akan tetapkan pukul berapa si gadis boleh telefon. Biasanya lepas pukul 12 malam ataupun waktu kerja.

Itu baru sekadar 4 ciri-ciri suami orang. Percayalah, dalam sebuah perhubungan, antara intipati tarian yang paling utama ialah kepercayaan dan kejujuran. Kalau anda pandai bertango, itu memang bonus. Mudah kata, adanya dua perkara ini, 4 perkara di atas tak perlu langsung untuk diselidiki. Apa kata anda?

@ hafizmd-Ambe tumpang gembira dengan khabar ceria rakan blogger yang dapat hadiah daripada kenaikan page rank. Ambepun tau hasil entri Denaihati.com.

63 comments

  1. bab perut tu memang susah nak dinafikan..hahaha..

    tapi sebenarnya ada kelebihan rupanya perut kedepan gitu bila dah bergelar suami ni..

        1. klu adil sebaik mmg rugi nolak.ni stu dh pening hee apal lagi ank nak handle lagi2 asik seru bini jer heee bt sgala keje umh nak sndri buat sian bini..lki tahu ada wet kwin jer..

  2. boleh tahan..ngeh3..bgi pompuan yg nak secure , better pastikan tanda2 ini sblm buat keputusan. haha! ^^ TIPS PANDUAN HIDUP

  3. harap2 tak de la org nak tackle laki chek.. haha.. susah hati oo.. lagi satu, lau yg leh buat klakar tu lagi pompuan suka..

    kesian isteri lau de suami yg acam ni.. sedih tak siapa tahu

  4. Bab tengok perut tu, haha, memang agak kritikal disitu. πŸ˜€ Kebiasaannya perut seorang suami terjaga rapi dari sebarang rasa lapar. Haha.

  5. Hehe..betul dah tu apa yang diceritakan..perkara tu biasanya akan dielak oleh lelaki yang dah kawin..waaahh kak ct pengalaman lebih tu dalam bab ni..hahaha

  6. panduan menarik untuk para gadis πŸ˜‰

    jari saya takde sebentuk cincin, perut pun tak ke depan. anak ada sorang. isteri pun baru sorang. hurm..

  7. Gitew ke lelaki hidung belang? he he πŸ˜€ Bagi kawe, kalau pompuan tu nak juga suami org, apa leh buat. Apalagi sang isteri rela bermadu. Cuma buat betul2 lah. Kawin jer mcm ustaz popular tu adehh.
    Masalahnya ramai lelaki yg dah kawin ni mau hiburan je. Tu yg bahayanya cik adik oiii… Kena lagi dia pakar ayat. Aduhhh siap lah. Harap semua awek2 lebih kan penggunaan akal dari perasaan. Then again, sonang cakap dari buat. Just be careful girls ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *