HAFIZMOHD.COM

Personal, Kerjaya & Affiliate

Oh! Jawi

Assalamua’laikum. Kali ni, saya lempiaskan entri santai saja. Entri berkisar satu suku kata, JAWI. Jawi banyak maksudnya. Antaranya ialah kita kaitkan dengan tulisan Jawi. Jawi pekan (peranakan) membawa erti orang yang berketurunan Melayu dan India. Masuk jawi? Maksudnya bersunat. Pandai. Sekarang musim cuti sekolah. Inilah saatnya untuk masuk jawi. Jawi-jawi pulak? Sejenis pokok beringin (Ficus […]

Utusan Maharaja Rom

Assalamua’laikum. Masjid Kuffah. Kerancakan kuliah subuh Imam Hammad terhenti seketika bilamana seorang utusan Khalifah Yazid terkocoh-kocoh menemui beliau. Dalam suara yang masih kepenatan, utusan Khalifah Yazid berkata, “Wahai Tuan Imam, Khalifah memerintahkan Tuan Imam untuk datang ke Baghdad hari ni juga, kerana ada satu urusan yang teramat penting untuk diselesaikan Tuan Imam.” Imam Hammad pantas […]

Piala AFC:Kelantan ke Suku Akhir

Assalamua’laikum. Kelantan yang baru saja merembat Piala FA sabtu lalu, mengganas lagi malam tadi apabila berjaya memeteh pasukan kesayangan aku, Terengganu untuk menang 3-2 dalam aksi yang aku rasakan lebih dramatik berbanding perlawanan akhir Piala FA. Ini hanyalah pendapat peribadi aku. Aku ‘terpaksa’ juga tulis entri ni walaupun pahit. Kelibat sorang mamat ni memang aku […]

Nazmi Faiz Sah Milik Beira-Mar di Portugal

Assalamua’laikum. Nazmi Faiz sah milik kelab bola sepak Beira-Mar di Liga Portugal. Harapan dan doa kita semua khasnya dalam entri aku, Nazmi Faiz dan Beira Mar kini menjadi kenyataan. Memang bangga sungguh! Serius bangga. Dia menjadi pemain pertama dari Asia Tenggara dan 100% pasti yang pertama dari Malaysia bermain di Eropah. Tempoh kontrak 3 tahun […]

Dia Mesti Wangi?

Assalamua’laikum. Dia mesti wangi. Kat mana korang dengar ayat ni? Ayat iklan wangian Dato’ Siti, kan? Betul tak? Mesti ke kita dan si dia wangi? Takkan ada yang tak suka bau wangi. Bukan setakat wanita saja yang suka bau wangi ni, lelaki kacak macam aku, Bang Maza, AkuBiomed, Cikgu Tehr, Bang Benjy sudah pasti sangat […]

5 Entri Pilihan Katakunci Lelaki Kacak

Assalamua’laikum. Nampaknya, kontest anjuran lelaki kacak yang sangat sukakan bau duit, yakni Titan makin hampir nak tamat tempoh sah lakunya. Ingat yer, sesapa yang belum kemaskini senarai penaja, pastikan korang buat cepat-cepat. Jangan bertangguh, kerna bertangguh itu memang bukan ciri seorang lelaki yang kacak. Untuk kesekian kalinya, aku gagahkan juga jari-jemari lentik aku ni (lentik?hahaha) […]

Berita hangat vs hangit!

Assalamua’laikum. Selamat berhari Isnin. Apa berita paling hangat dan hangit hari ni? Aku 100% yakin, ada yang sedang bersedih dan jugak yang sedang bergumbira atas kesedihan orang yang bersedih tadi. Namun, kesedihan tadi mampu diubat seandainya orang yang bersedih tadi mempunyai sebab lain untuk membuang jauh-jauh kesedihan yang melanda dengan berita hangat yang patut digumbirakan […]