Orang kita yang suka buat…
Assalamua’laikum
Alhamdulillah. Jumpa lagi hari Jumaat, penghulu segala hari dan hari yang penuh keberkatan. Selawat jua atas Nabi Muhammad SAW.
Tajuk semacam saja. Buat apa ni? 😀
Sebenarnya, tajuk asalnya panjang, saya ringkaskan, tu yang tergantung tu..hehe
Apa yang nak disampaikan hari ni ialah perangai orang kita yang suka buat ramalan. Lebih tepat, macam bomoh tak rasmi. Kita yang muda-muda ni, pasti biasa sangat dengar orang-orang tua kata itu ini, kalau buat itu, nanti jadi begini….kalau tak letak itu, nanti takut jadi begini….pakai itu, kita jadi begini…
Nak contoh??? Kalau tak cukup, teman-teman tolong tambah yer..
- Asal tangan kanan gatal, ramal nak dapat duit —> Agaknya kalau gatal tangan kiri? Ada berani ramal nak kena pelempang tak? heeee
- Asal kunci jatuh, pinggan@ cawan pecah masa nak keluar rumah, mulalah ramal@fikir ada benda buruk nak berlaku —> Kalau pasal piring terbang sebab bergaduh rumahtangga dalam drama Melayu, biasa tengok dah!
- Asal ada kupu-kupu masuk dalam rumah, terus ramal ada orang nak datang rumah, ada juga yang ramal ada orang nak datang meminang —> Kalau rumah tu hanya ada suami dan isteri, mau kena kena hambat kupu-kupu tu! whooo…
- Asal nak tanam uri bayi, mesti nak pilih depan rumah (kalau anak perempuan). Ramalnya anak cepat dipinang. Ada yang tanam uri sekali dengan pensel! Ramalnya, anak cerah masa depan! —> Zaman sekarang, mana main pensel-pensel, paling kurang, netbook. Kalau nak lagi hebat, tanam sekali iPad! yuhuuu…
- Asal dapat surat@SMS berantai, dah kalut semacam. Ada yang tak tidur malam selagi tak hantar banyak-banyak —> Tak pasal-pasal penuh inbox kawan-kawan. Pening-pening…
- Asal dengar kelebihan satu-satu benda, contohnya kayu kokka, gelang ajaib yang diramal boleh sembuh itu ini, boleh jadi dinding hantu syaitan, dah tak pasal-pasal, gantunglah jugak kat leher, bergayut kat tangan —> Lagi parah, hulur pulak kat adik-beradik, kawan-kawan….bukan percuma, kena bayar tuuuu…
- Asal ada kematian, ada pulak yang mulut busuk cakap roh akan balik kerumah. Padahal, firman Allah surah al-Mukminun ayat 100, sama sekali bercanggah! —> Mulalah takut nak pergi tandas, itu belum masuk cerita hantu yang bersepah sekarang! Hantu kak limah balik rumah???
Itu antara yang biasa kita dengar, ada lagi rasanya. Karut, khurafat lagi tahyul dan ada yang boleh membawa kepada syirik tanpa kita sedar.
® hafizmd – sama-sama kita pelihara hati dan iman kita. InsyaAllah.
ramai sgt yg suka percaya benda2 ni…
jgn percaya pd benda2 mcm ni…
semua yg berlaku atas kehendak Allah…
huhu…
@lylaROCKprincess, Tolong la ingat sikit hukum percaya kepada selain dari Allah
Mintak jauhlah perkara2 syirik ni…mungkin ada yg boleh terjebak tanpa disedari…wanau’zubillah
@lylaROCKprincess, mmg banyak kali juga dengar..harap kita semua sedar dan jauhkan diri dari perkara2 yg boleh mensyirikkan Allah ni…wanau’zubillah
kalau gatal tgn kiri, duit kuar.. haha.. harus tiap2 hari gatal tgn kiri, kuar duit, paling kurang duit makan..
kdg2 tu cuma lebih kepada kepercayaan je.. yg baik kita ambil, yg buruk tolak ketepi..
@fiezaradzi, hehe…kalau gatal sikit2…takpe..kang kalau gatal banyak2…mau tembus terus dompet tu…keh3 😀
klu hari dpt wet best gak hdup senyum simpul sslu heeee
hehe…mmg senyum sampai dalam mimpilah 😀
dgr2 mcm tu jer..mungkin sb kita dah terbiasa dgr org2 tua kata bgtu jdi kita pun terikut2
@suri, Mana la agaknya org tua2 tu dapat idea mcm tu.
Org tua2 mmg ada saja idea dan ligat…
Contoh, jangan duduk atas bantal, nanti bisul katanya…lebih logik takut bantal tu pecah..dan tak elok duduk atas tempat kita letak kepala kita…setuju?
betul tuh..masa kecik2…dengar jer…dah besar..eh..pandai menjawab yer…hehehe
ini semua adalah adat org2 tua zaman dulu yg kurang ilmunya..kita hari ini yg ada ilmu fikirlah kerasionalannya..jgn terima bulat2 ok.. 😀
jangan terima bulat2…betul tuh…semua aspek sekarang kena tgk betul2…bukan sekadar luaran…heeermmm
Perkara yang karut marut tu baik ditinggalkan.. Apa pun yang berlaku dan yang akan berlaku itu hanya Allah yang menentukan.
@anif, Tak tau la mana diaorg letak kepercayaan kepada qada dan qadar Allah
betul kak…kita kadang2..boleh jadi lupa@hilang arah kalau tak pegang qada’ dan qadar Allah…terima kasih ingat-mengingati
Allah yg menentukan…kita merancang…bukan meramal…hehe
khurafat..memang khufarat..bangsa melayu kita dh biasa benda mcm tu 🙂
itu yg kena hati2 tu bro…
asal sakit yg agak lama mulalah fikir nak jumpa bomoh..bomoh pula balik2 cakap ada saka ini, saka itu..
last2 satu family berubat..untung si bomoh yg berlandaskan alasan perubatan Islam tradisional..
sedangkan boleh jumpa doktor dulu minta rawatan..ia juga sebahagian rawatan Islam, kalau tidak masakan wujud ibn sina?
setuju sangat!
ada yg lawak, siap berlakon jadi jin ni…tak tahan aku dengar citer2 camni…berguling2..hadoilah…
pssst…kalau rawatan macam dato harun din tu takpelah…ini siap dengan jampi serapah entah pe2 entah…
Nak tmbh perisa lagi boleh 😛
Asal tersedak – Ada org tengah bercakap / mengata pasal diri kita
Asal rambut gugur – Bb memleleh air liur tak henti-henti
Asal bb meleleh air liur tak henti-henti – Mak bb mengidam masa ngandung ntah apa-apa
Byk sebenarnya yg tak masuk akal & boleh diterima logik akal… Yg penting bEe agree dgn ® hafizmd – sama-sama kita pelihara hati dan iman kita 😀
@bEe, Saya lebih percaya kepada fakta. MacGyver mengatakan “Every action have the reaction”
Teori keabadian tenaga pulak kata tenaga tak boleh dihapuskan, dimusnahkan tetapi boleh diubah bentuk atau dialirkan kepada benda lain. Ingat2 lupa lak pelajaran 10 tahun dulu
Lama sungguh tak dengar teori keabadian tenaga ni…
Kata teori tenaga camtulah…saya juga berpegang pada fakta dan percaya pada sains disamping tunjang asasnya sudah pasti Al-quran dan sunnah 😀 serta qada qadar Allah
hehe…itulah….asal baby main air liur…habislah gugur rambut maknya nanti, siap mintak cepat2 lapkan air liur tu, takpun mintak maknya potong rambut….macam2 😀
Hahahaha … biasalah tu … masyarakat malaysia tak lari dari andaian2 yang menghiburkan … serta banyak dengan pantang larang … kekadang benda ini amat menyeronokkan … rasanya suatu ketika dahulu benda yang diramal tu kebetulan jadi berulang2 sehingga masyarakat menyatakan ia benar … bagi saya ianya satu hiburan yang menyeronokkan …. hehehehe
kadang kala mmg seronok…tp ada kalanya menyesakkan minda… 😀
yerr ada lagi satu teringat . Kalau kita bersin mesti kata “…siapalah sebut-sebut nama aku ni …” ataupun “…siapalah yang saja2 nak gosip aku ni …” ada orang kata betul … mungkin dari fakta sains tidak ..
oooo…rasanya kebetulan jer kot…kalau bersin…cepat2 sebut alhamdulillah…hehe
Kalau semua andaian2 ini dibukukan pasti meriah bila dibaca semula … siapakah yang boleh menerbitkan buku ini aaa ? … rasanya kalau jual mesti untung ooo …
hehe…kalau jual..kang kena tangkap ngn jabatan agama…atas kesalahan ajaran sesat…keh3
itulah minded masyarakat kita bro.. walaupun belajar tinggi-tingi masih ada yang percaya benda2 macam ni.
Ya, memang ada sesetengah betul tapi rasanya mungkin ia hanya sekadar kebetulan je kan.
agaknya camtulah bro…kebetulan yg menguji iman dan pegangan kita…
Kawe pulak.. asal MU main, mesti menang.. he he 😀
@Ismail N, Ha..haa..melampau 🙂
bro ismail ni mmg….saja kasi panas…keh3
@Ismail N,
aku pula kata asal kelantan menang besar mesti lepastu kalah teruk hahaha
hehehe…kelantan tertekan tu bro…lepas menang besar ngn felda united..terus kalah dan last sekali seri..mgkin lepas ni menang balik kot??
adeh…ni mmg best!!!
pssst…sekali kalah piala FA daa…adusss!
part benda2 khurafat ni mmg ramai yg cepat ikut dan percaya.
tapi bila orang ajak solat dhuha untuk murah rezeki, takde sapa yg ikut.
selawat kepada Nabi saw utk dapat shafaat, ramai yg ambil mudah dan tak buat.
tapi yg paling aku rasa paling mengarut n lawak ialah..
jangan tangkap gambar bertiga, nanti mati sorang…
terkesan aku ngn komen bro ni…terima kasih bro..nampak mudah tp kita sentiasa terlepas pandang dan ambil mudah…huuu
mmg lawak tu…kesian2…paling tak tahan, yg mati tu siapa yg duduk kat tengah2…hadoiii!!!
yang aku agak biasa
kalau bunyi guruh dan nampak kilat
hari nak hujan tu
hehe
hehehe….betul3…tp ditempayan dicurah jangan…keh3
yang gatal tangan ada nak kasi duit, tersedak sebab ada orang sebut..tu biasa sebut time lepak member2 buat bergurau..cthnya macam tgh makan ramai2 tiba tersedak..hehe, tp takde lah percaya…
hehe…mmg dah jadi kebiasaankan? yg bagusnya, kita tak percaya….heee
“Zaman sekarang, mana main pensel-pensel, paling kurang, netbook. Kalau nak lagi hebat, tanam sekali iPad! yuhuuu”
Hahahaha, gelak baca yg ni…
Itu lah ramalan, rasanya skrg org dh x percaya kot…
walaupun tv sekarang byk tayang citer hantu
hehe…cerita hantu tak sudah2…siap hantu lawak lagi…keh3..
pssst…zaman IT lah katakan 😀
orang2 tua dulu kadang2 kata mereka tu bersebab…sampai time kita jadi kepercayaan… Contoh. jangan duk kat luar rumah waktu senja, ada hantu..walhal diorang suruh balik dah nak maghrib..huhu…
suka yang no 4 tu…bapak kaya weiii nak tanam netbook..huhu
hehe…bab masuk rumah sebelum maghrib tu ada juga benarnya…sbb setan & geng2 mmg suka berkeliaran waktu nk maghrib ni…
pssst…teringat jiran yg kena sorok masa nak masuk waktu maghrib…fuuu…
Kalau boleh elakkan perkara khurafat yang boleh menjejaskan akidah. Kadang-kadang terlepas cakap secara spontan
terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata…cepat2 taubat…huu
“Asal dengar kelebihan satu-satu benda, contohnya kayu kokka, gelang ajaib yang diramal boleh sembuh itu ini, boleh jadi dinding hantu syaitan, dah tak pasal-pasal, gantunglah jugak kat leher, bergayut kat tangan —> Lagi parah, hulur pulak kat adik-beradik, kawan-kawan….bukan percuma, kena bayar tuuuu…”
Pelik jugak ada yang nampak warak tapi boleh percaya kuasa kayu kokka, gelang ajaib.
Eloknya tanya dulu hukum boleh tak guna sebelum pakai atau jual. Penjual memang akan kata ada kuasa macam-macam sebab nak laku benda-benda macam ni.
thanks bro atas info.
mmg dah selalu tengok dan dengar…kalau orang yg ada ilmu agamapun mudah terjebak ngn benda2 cmni…macam mana pula dgn kita yg suam2 kuku ni??
tepuk dada, tanyalah iman masing2..
pssst…penjual mmg mulut manis maaa… 😀
amboi siap tanam dengan ipad tuh… khufarat sungguh..
keh2….dah nak sangat cerdik…terus tanam ipad daa… 😀
kalau ikut kata orannt tua dulu lu setiap ramalan tu sebenarnya ada tujuan dia, tapi malanya bila makin lama ianya jadi lain la pulak,
contoh..
no 2 – sebenarnya nak suruh orang berightifar bila terjatuh pinggang atau kunci, bukan melatah benda yang tersembunyi
No 3, nak rumah sentiasa kemas, dan tak bersepah (masa dulu memang rama rama selalu masuk rumah sebab orang dulu semua tingkap dan pintu sentiasa terbuka)
@dnoBiz,
ulasan yg baik sekali..
@maza,
Thank maza, tu pun orang yang bagitau 😀
terima kasih berkongsi pandangan… 😀
saudara maza mmg baik hati berkongsi pengalaman…
cam biasa ar…blogger terbaik kita ni 😀
mungkin juga bro…maklumlah..odg dulu2 suka berkias2…zaman sekarang, anak2 muda tak suka kias2 ni…agaknya takleh masuk otak kot??? 😀
ulasan terbaik ni bro! terima kasih
orang kita suka dapat buat projek besar.
kerja tak reti nak bahagikan pada pekerja.
hehe…bab projek besar ni…mmg banyak juga dengar jenis makan sorang2…huhh
Apa yang berlaku ada hikmahnya.. X perlulah nak percaya pada benda2 kurafat ni.. Tapi mentaliti rakyat melayu dah memang camni dari dulu dek kerana termakan kata orang2 tua..
@decrewz,
kalau tak ada org tua, tak akan ada org muda tak gitew…
perkara itu berlaku di atas pemerhatian dan statistik yg mereka alami…
kita kononnya mudahlah sangat ini, harus mengambil pengajaran..bukan menolak bulat2..
betul tu saudara maza…
cumanya, ada benda2 yg agak keterlaluan utk diterima logik akal dan juga sains…kadang2 terlebeh sudaa…
mana2 yg ok, tetap juga dijadikan sempadan…tak gitu? 😀
hehe..orang tua2 bercakap biasanya atas dasar pengalaman dan pemerhatian mereka yg amat tajam…cuma ada juga yg mungkin kebetulan…maka ada yg dijadikan panduan dan adat pulak…tu yg tak sedap tuh… 😀
emm..bab-bab ramal nih, aku malas nak percaya sangat. Tapi kalau hati aku rasa tak sedap, memang ada benda la nak jadi..ada benda yang aku wat silap nih..haha..biasanya betul walaupun perkara tu kecik ke besar..
erm..itu agaknya firasat atau deria keenam….tak semua orang ada firasat camni bro titan… 😀
@hafizmd, aganya la kot. Tapi sejak kecil lagi memang ada benda nih. Dari semalam ada menda aku rasa tak sedap. Tak tahu kenapa…haha..
erm…kalau hati dah rasa tak sedap…mungkin juga was2 tuh…
apa2pun, harap baik2 belake deh 😀
pssst…aku, kalau cakap camtuh kat abang aku, dia cakap “ooo…ada bela ek??”….keh3
psst: itu adalah budaya dan ramalan mengikut adat yg berlaku, dan tak semestinya tepat hehehe
kira boleh jadikan warisan alam gak ni.. hahaha
@maza,
macAM ILMU Falak gitu 😀
kalau macam tu…mmg ramai ahli falak kat malaysia kita ni…hehe 😀
hehe…warisan alam yg mmg takde dalam buku2 kat sekolah.. 😀
Warisan yang tak dapat ditinggalkan ,sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan kite ,lagi satu kalau kucing jilat muka depan pintu tanda orang nak mai rumah ….
Agak sukar nak dipisahkan dan dibuang dari minda…tapi tetap juga kena berhati2…takut jatuh dalam syirik…wanau’zubillah
oooo…baru tau ni…macam2 ada 😀
Lepas saya dapat keta free bulan lepas, Diaorg bercerita dari mulut ke mulut, ada je orang yg ntah sapa2 lalu depan rumah semata-mata nak amik nombor kereta. Jangan harap la nak menang oiiii
Astaghfirullah…
Ada saja manusia pelik2 ni…kalau kereta berlanggar…diambil nombor juga, menang cabutan bertuahpun, ambil lagi…buat malu jer..
Harap saudara2 seagama kita ni diberi hidayah Allah dan kita dikuat dan ditetap iman…ameen
macam2 orang kita ni ek..
apapun, marilah kita kembali ke jalan yang asal..
Betullah, ada kes pegawai dekat tempat kerja saya meninggal dunia sebab kanser, jadi bahan cerita pulak dia selalu balik ofis, buat kerja yang tidak siap. Konon-konon orang dengar macam-macam bunyi dalam ofis dia. Bukan orang kita je yang percaya tau, orang cina, suku kaum dekat sarawak ni, india pun percaya benda2 macam tu. Macam-macam kan.
Macam2…mmg ada juga dgr kes2 camni…nampaknya, semua kaum ada sisi yg hampir sama…
pssst….benda2 kalau dah nyata khurafat….mmg kena jauhi…
Salam. Orang tua dulu2 suka buat perumpamaan macam tu supaya nasihat nya lebih terkesan. Kadang2 nak tegur secara direcct, takut ada yg kecik hati. Jadi mereka gunalah kiasan macam2.
Agaknya, jiwa org dulu2 lebih halus dan mudah tersentuh..jiwa orang zaman sekarang lebih kasar dan lebih suka terus terang..betul ke?
@hafizmd, terus terang lagi cepat paham. Tapi ada orang tak nak paham.huhu
Mmg senang terus terang saja…tp masalahnya ramai yg buat2 tak reti..huuuh
Rasanya zaman skrg ni jarang lagi sya mendengar kiasan2 spt di atas tu. mungkin komuniti di persekitaran sya tidak mggunapakai kiasan ini dlm perbualan harian kami.
psst : Kalu tinggal di kawasan kampung mungkin terdedah kot
samalah kita…tp masa mula2 pindah kat tempat sekarang, mmg ada sorang makcik ni…kira pangkat mak lah..mmg masih pegang benda2 camni..kalau bercakap, pasti berkias2… 😀
@hafizmd, kekadang seronok juga dengar makcik2 ni buat istilah yg kita sendiri tak terfikir kesahihannya. kalau selalu sangat, jadi meluat. ya dak?
Memang seronok…tp betullah..bila dah banyak sangat dan macam tak logik…mmg ada rasa nak meluat juga…hehee..layan jerlahhh 😀
Salam kenal, kalau berkenan mampir ke webku yach… 🙂