Menilai prestasi…

Assalamua’laikum.

Mengikut 1 ungkapan emas yang selalu aku dengar (tapi aku tak pasti siapa), “beruntunglah sesiapa yang hari ini lebih baik dari semalam…”. Ungkapan yang cukup ringkas, tapi banyak pengertiannya. Antaranya mengajar kita untuk menjadi manusia yang sentiasa cuba memperbaiki kelemahan diri.

Contohnya, kalau semalam aku solat Asar pukul 5.30, apa kata aku perbaiki mutu solat aku hari ni dengan solat lebih awal@pada waktunya. Siapa yang untung? Kitakan?

Kalau semalam aku makan 3 kali nasi, hari ni aku makan 3 kali jugak tapi kurangkan jumlah sendukan nasi tu. Ok tak? Ini pulak contoh yang senang kita nak nampak. Siapa yang untung? Tokey kedaikan? Kitakan?

Nak lagi?

Lagi contoh, kalau bulan lepas, aku takde langsung dapat top 3 commentator, bulan Julai ni kenalah rajin sikit kalau nak meriah sikit. Betul tak? Siapa yang untung? Kitakan?

Nak lagi contoh? Ok. Kalau bulan Mei lepas, kat blog hafizmohd.com ni, nama korang takde untuk jurukomen paling mesra, bulan Jun ada tak? Mohle kita tinjau-tinjau jap…

"20 top blogger paling popular malaysia"

  1. Fiezaradzi
  2. bEe
  3. Mekar
  4. Suri
  5. Dnobiz
  6. SBC
  7. Akubiomed
  8. Maza
  9. Tengkorak emas
  10. Anif
  11. Ismail N
  12. Faizul
  13. Syahrilhafiz
  14. Adele
  15. Tehr
  16. Norasikin
  17. Sayacomel
  18. Titan
  19. Zik
  20. Benjy

Ada tak nama deme? Apapun, terima kasih atas sokongan, komen-komen dan kata-kata motivasi. Cara tak langsung, kita berusaha eratkan ukhwah sesama kita. Siapa yang untung? Kitakan?

Kesimpulan: Kita baca dulu Firman Allah Ta’ala di dalam Surah al-Hasyar , ayat 18;

بسم الله الرحمن الرحيم

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Maksudnya:”Wahai orang-orang yang beriman takutlah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap diri itu memerhatikan apakah yang akan dipersembahkan di hari esok ( Hari Akhirat kelak di hadapan Allah Ta’ala ) dan takutlah kamu kepada Allah . Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui apa yang kamu lakukan”.

Ok. Prestasi blog ini hanyalah sekelumit dari banyak benda dan perkara yang perlu aku benar-benar perhalusi.

® hafizmd – bukankah menilai prestasi tu memang benar-benar menguntungkan kita? sama-sama kita yop..