Masalah Komputer: teeeeeeeeet…

Assalamua’laikum.

Antara perkara paling aku risau ialah bila komputer buat hal. Kalau setakat kena virus, aku boleh carikan ubat. Tapi kalau dah masuk bab teknikal yang dalam-dalam cpu tu…memang berpeluh jugak. Nak hantar ke kedai, tak pasti kedai mana yang ok. Tak nak hantar, nanti kerja aku jugak yang tertangguh. Apa masalahnya? Masalahnya ialah bila bukak saja power cpu, terus keluar bunyi teeeeetttttttt….teeeeettttttttttttt. Berulang-ulang. Aku ni buta komputer, manalah tau apa sebabnya.

Korang tau kenapa bunyi camni?

Aku awal-awal angkat tangan. Aku acu cuba tanya kawan baik aku, pakcik Google. Cari punya cari, tu dia….jumpa satu blog sorang ni. Memang sempoi! Aku awalnya, fikir senang, nak jer terus hantar servis kat mamat ni. Lagi senang. Jadi, aku telefon dulu, asalnya nak tanya kat mana kedai dia. Bila aku cakap kat dia bunyi “teeeeeeet…teeeeeet….”, spontan jer dia cakap mungkin masalah RAM kotor.

Mamat ni pesan lagi, cuba cari kat blog dia cara nak cuci RAM. Siap cakap senang jer nak cucinya. Dah dia cakap camtu, aku pantas jenguk balik blog dia. Ini blognya: Servis Komputer.

Rupanya memang senang sangat-sangat. Ambil pemadam pensil (orang Ganu panggil ghoba), gosok kat tempat yang sepatutnya. Kenapa guna pemadam pensil? Katanya, bila permukaan RAM dah kotor, sentuhannya dah tak bagus pada motherboard. Jadi, cara paling mudah, ringkas dan jimat ialah buang kotoran (hasil oksidasi) tu. Korang boleh tengok dengan jelas cara nak buat proses ni di entri: Cara servis RAM guna pemadam pensil

Dah siap aku gosok, aku pasang balik RAM tu. Buka power cpu dan alhamdulillah. Komputer aku dah berfungsi kembali. Rupanya RAM kotor daa. Aku ingat, motherboard rosak, takpun harddisk corrupt. Rupanya RAM kotor! Jimat duit, jimat masa. Selamat.

Moralnya ialah tak rugi kita rajin bertanya pada mereka yang tahu@berilmu. Setuju?

@hafizmd- Jarang dapat jenguk blog korang, internet aku dah sampai limit. Slow sangat. Apakah ini saatnya aku tukar kepada yang lebih laju dan berkuasa tinggi?hehehe