Malaysia vs Thailand Tanpa Wan Zack?
Assalamua’laikum.
Malaysia vs Thailand. Seri 1-1. Peluang tetap ada untuk Harimau Malaya mengaum Khamis ni! Penghargaan untuk Wan Zack dan Mahalli. Layan gambar ni dulu…
1. Kurang sejam saja lagi sepak mula separuh akhir pertama, Malaysia vs Thailand. Korang kat mana sekarang? Kat stadium? Bukan? Ooo..nak solat Maghrib ek…terbaik! Sama-sama doa moga menang jap lagi.
2. Korang teruja tak dua pemain Harimau Malaya ada dalam senarai 11 pemain pilihan oleh laman web Goal.com! Kalau teruja jerit yoooo!
3. Malam ni mungkin kelibat Wan Zack takde sebab katanya koyak otot peha. Harap-harap dia ok dan boleh main malam ni. Kalau tak, tempatnya diisi Azamuddin Akil.
4. Shaakir Shaari dah pulih dan hampir pasti turun malam ni. Harap bahagian tengah dapat kawal pemain tengah Thailand. Jangan kasi depa passing bola ke depan!
5. Siapa keeper malam ni? Ramai yang jangka Apek akan masuk balik, tapi ambe rasa Farizal akan main malam ni.
6. Korang rasa apa keputusan malam ni? Ambe jangka Harimau Malaya boleh menang, mungkin 2-1 atau 1-0.
7. Menu ambe malam ni sempena Malaysia vs Thailand, mee rebus daging homemade!..hehe..Harap tak bersembur sudah!
8. Ok. Cantik. Manchester United menang 3-2 vs Manchester City!
@hafizmd-Terima kasih my dear untuk menu mee rebus terbaik!
seri pulak. harap menang kat thailand nanti bila safee dan s kunalan terus beraksi.
Patut boleh menang, tp keeper Thai power. InshaaAllah menang Khamis ni
🙂 Insyaallah boleh memang 🙂
Harimau Malaya bermain tanpa kelibat Wan Zack Haikal. Harimau Malaya mampu mencipta 2 gol diseparuh masa ke 2 oleh Mat Yo dan Safee Sali tetapi nasib tidak menyebelahi kita.
Mmg rasa ada kurang sikit. Safee Sali setakat ni mmg mengecewakan
saya bekerja shift malam. memang gamat kantin dengan sorakan penyokong
Tgk ramai2 mmg best! Ambe sorak ngn anak bini jer malam tadi…haha
Emm sy tak tau mcm mana nak mengikuti perkembangan bola sepak ni..sebab bila rakan blogger post pasal bola, dahhhhh tak ada ideal nak komen apa..emm nanti kena cuba jugak selami hidup bola sepak ni..try bagi tips sikit..hehe
tak minat bola ek? hehe.. jarang jumpa lelaki tak minat bola…
seri la pulok.. haha.. nyway, harap2 pas ni main kat thailand, boleh menang, bekal utk ke final..
mee kuah je? karipap? makan bape bijik? hehee
HEMM..seri. apex selagi farizal main ok..dan malaysia tak kalah..susah dia nak dapat tempat dia balik..
entah macam mana terlupa pulak malam tu ada match malaysia vs thai..hahaha..
p/s : sebenarnya terlebih terlayan siaran 433..
Harap Malaysia mampu membenam Thailand pada perlawanan kedua di Bangkok nanti.
tahniah buat harimau malaya…menentang dgn garang.. 🙂
laluan berliku ada kat thailand
harap2 harimau lebih laju berbanding gajah nanti
hello bro, moga Malaysia akan memang khamis ni menentang musuh tradisi