Malaysia kalah, korang kecewa tak?

Assalamua’laikum.

Kaki bola mesti tengok Malaysia lawan Jepun malam tadi. Puas hati? Terpulang. Aku belum lagi menjuloq ke blog-blog yang sekaki dan sebola. Aku nak keluarkan entri ni dulu dan baru belasah komen kat blog korang. Tunggu jerlah yer. Korang kecewa ke dengan keputusan malam tadi? Aku yakin ramai yang dah boleh agak keputusan game ni sebelum main. Betul tak?

Biasalah adat main bola. Kalah menang tu memang adatnya. Tapi kenapa ada yang tak puas hati?

Aku rasa mungkin sebab-sebab di bawah ni:

1. Rata-rata pemain dalam skuad Harimau Muda, semuanya dah lama dikumpulkan di bawah kendalian Coach Ong Kim Swee. Masalah tak serasi tak boleh jadi alasan.

2. Nampak sangat kita kurang pemain perancang tengah yang berkualiti. Kalau Selangor contohnya, boleh harap kat Safiq Rahim.

3. Takde killer striker yang benar-benar power. Alih-alih Thamil Arasu dan Fakrii. Penyerang tunggal. Setakat ni, Safee Sali dan Shahrul Idlan Talaha memang yang terbaik kita ada.

4. Barisan pertahanan yang macam cepat hilang fokus. Selepas Mahali keluar, nampak macam takde leader selain Apek yang sentiasa terjerit-jerit mintak member marking rapat-rapat.

Apapun sebabnya, malam tadi menampakkan lompang-lompang yang amat besar yang kalau tak diperbaiki, rasa macam nak lempang-lempang diri sendiri jer. Coach dan pemain sendiri memang kena lebih kerja keras. Nampak juga, hampir 40 minit pertama, pemain kita dapat menyaingi kelajuan dan menyerap serangan Jepun. Sesekali menyerang balas dan terperangkap dengan serang hendap Jepun.

Aku? Aku agak Malaysia mampu sekurang-kurangnya seri. Dah Coach OKS kata Malaysia main takde tekanan. Akhirnya, jurang ternyata amat besar untuk Malaysia paling tidak score sebijik. Kecewa memang kecewa tapi itulah realitinya. Mereka dah buat sehabis baik apa yang termampu. Ada peningkatan tapi banyak lagi yang perlu diperbaiki.

Akhirnya, aku nak kita ingat satu jer “bukit sama didaki, lurah sama dituruni….”. Ok tak?

@hafizmd-mungkin Coach kena tambah beberapa pemain lain lepas ni….