Lee Chong Wei kempunan lagi tapi tidak si dia…
Assalamua’laikum.
Lama juga tak layan badminton, lebih-lebih lagi perlawanan antara Dato’ Lee Chong Wei dan Lin Dan. Kalau sebelum ni Lin Dan asyik buat ‘helah’ dan pelbagai ‘trik’ untuk mengelak bertemu Lee Chong Wei, tapi tidak dalam Kejohanan Badminton Dunia malam ni.
Perlawanan dahpun tamat dan akhirnya Lee Chong Wei kempunan untuk mendakap mahkota kejuaraan dunia. Menang set pertama 22-20, kemudian tewas set kedua 14-21, dan terpaksa tunduk 21-23 dalam set ketiga.
Aku rasa, memang satu perlawanan yang cukup menarik, berkualiti tinggi dan banyak kali kedua-kedua pemain hanya dipisahkan 1 atau 2 mata saja. Satu yang aku pasti, Lin Dan memang superb main-main bola jaring ni. Geram aku yang tengok lenggok badan main bola jaring!
Apapun, tahniah Dato’ Lee Chong Wei atas permainan yang aku rasa cukup terbaik dan ada lagi peluang untuk balas dendam lepas ni. Memang nampak LCW lebih tenang dan yakin cuma tak menang saja…hehe 😀
Ok. Tajuk ada si dia? Siapa? Kalau tak salah dengar, LCW bakal tamatkan zaman bujangnya tak lama lagi. Siapa si dia?
Dia ialah ratu badminton negara iaitu Wong Meng Chew. Tahniah untuk mereka berdua.
Maka, pencarian pengganti LCW mungkin hanya berakhir 20 tahun dari sekarang (jika hanya jika BAM terus gagal melahirkan pemain pelapis yang setaraf Dato’ Lee Chong Wei.
Sekian.
® hafizmd – Ramadhan dahpun masuk fasa kedua…
Memang tiada rezeki dia… Kecewa juga apabila dia tidak memang tadi.
kecewa jugak, tp paling tidak, game tu mmg dramatik!
@hafizmd,
takpe lain kali cuba lagi,
Yang penting game tu ada Fight…
@dno, betul janji menarik dan dramatik…kira puas hati jugaklah
bagi mereka yg tak ke terawih malam ni semata-mata nak tgk game tersebut tentu agak kecewa. takpe, rezeki Lin Dan.
sedang berlansung sekarang final wanita TV2. nampak gayanya china menguasai gelaran juara
kalau sampai tak berterawih langsung, itu lagi kecewa 😀
mmg lin dan nampak lebih tenang bila nak habis tuh…takde rezeki lcw
bukti china kuasa besar badminton…habis mereka sapu!
@hafizmd,
tidak hairan sebenarnya, saya tengok ramai yang tidak berterawih bukan hanya disebabkan ingin melihat perlawanan tersebut, tapi kerana duduk di atas kerusi restoran berbual sepanjang malam. Kaum ibu-ibu pun sama jugak. 🙂 Tidak terkecuali saya sendiri. Tapi paling mengecewakan bila yang fardu itu tidak dikerjakan, walhal pahala telah digandakan sebanyak 70 kali. Bukan selalu tau!
@MM, kalau berbual saje kerjanya…mmg rugilah kita
paling tidak, yg fardhu didahulukan, yg sunat perlu juga diutamakan 😀
lagipun, macam MM cakap, setahun sekali…tahun depan belum tentu kita ada
terima kasih MM atas nasihat
Lin Dan pun tidaklah segarang dahulu tapi peluang untuk Datuk Lee Chong Wei menjuarai WBC telah dinafikan.
mmg nampak kurang agresif spt dulu tp tahap tenang dan fokusnya mmg terbaik!
kalah bermaruah!
itulah yg boleh maza gambarkan.. dan maza berpuas hati….
harap2kan tahun depan Datuk LCW dapat tewaskan Lin Dan di kejohanan Olimpik pula.. huhuhu
setuju 100%
kalah tu adat, tp kalah bermaruah itu penting…
harap jumpa lagi lepas ni…siaplah lin dan!
@hafizmd,
next .. Olympic 2012…….. jeng jeng jeng…
yeahhhh!
2012..lin dan mesti nak lawan lcw lagi
jeng jeng jeng dan jeng lagi
aku harap malaysia cari penganti dia secepat mungkin sementara dia masih mampu bermain lg
akupun harap camtuh…
nak kata takde player pelapis, berlambak…jadi aku rase BAM yg ada masalah sekarang ni
Dah nasib Dato……
Agaknye bila jumpa Lin Dan dia mati kutu kot… hehehe
Ops, mohon link ke http://sakura040582.wordpress.com/2011/08/12/kisah-lara-mereka-hebat/ TQVM 🙂
dah nak menang dah…tp akhirnya tewas jugak…
‘badi’ ke ape ntahlah…hahaha
dari apa yang aku selalu tengok, lengok badan dan memek muka LD banyak mempengaruhi LCW…
hahaha…lenggok mmg yer..tp muka tak perasan sgt…keh3
walau pun kalah
tahniah kepada datuk lee
BAM memang masih gagal lahirkan pemain terbaik
tahniah, tetap bangga dgn dia 😀
BAM masih berangan tuh…huuuh
Dia cakap kena ubah cara permainan untuk Olimpik.. tak tahu la menjadi ke idak
erm, selalu positif lcw ni..bagus2…kita tunggu olimpik nanti…yeahh
Salam.
kasian kat Datuk LCW. Satu Malaysia harapkan dia menang, mau tak tensen…. 😀
As salam,
Kalau kita tensen, lcwlagi ganda2 tensennye… 😀
ehh tak tengok langsung tk leh masuk topik nih hahaa
@puanbee, hehehe…takpe..lain padang lain belalang…lain orang lain minatnya 😀
LCW adalah legendary buat semua rakyat M’sia
@nizamghazi, mmg legend dah lcw ni…tak tahu bila akan ada pengganti setaraf atau sehebat dia
LCW kalah sipi jer, kalau lah menang, hehe
@Juan, mmg sipi sangat2…lcw kate takde luck 😀
Nasib Man Utd menang bro.. kalu tak KECEWA sepanjang malam…… Tak bernasib baik Datuk Lee plus hujung2 tu Lin Dan less pressure (sbb dah menang sebelum nie), so dia attack dan ambil risk. Boleh pergi either way tapi nasib Lin Dan lah.. kempunan lagi Datuk!
Hehe…aku dah cuak dah kena 2-0, tp yakin manu boleh makan lagi ni…keh3..kalau tak, mandram jugak tu…ehhe
Lin dan mmg nampak pressure last game tuh, byk mistake tp agaknya sbb tiba2 dia agresif last2 mata, lcw lebih gabra@hilang rentak…
Apa2pun, lcw terbaik!
Kedua2nya sama hebat dan kuat. Hanya tuah & nasib yg menyebelahi LinDan.
Hampir menang dah, tp LCW kata, mungkin gaya permainan dia senang sangat Lindan baca…tu yg boleh senang dapat mata..
mmg dua2 hebat!
memang bukan rezeki chong weii… 🙁
mmg kurang tuah sikit lcw
lin dan betul2 meraihkan kemenangan dia..bukak baju tunjuk body..datuk lee chong wei tak bukak baju lak kan..muscle kecik2 je kot..hehe
mmg bergaye sungguh!
aku agak, lcw yg akan bukak baju, last2 lin dan jugak yg dapat tunjuk 6 packs 😀
Kesian Datuk LCW …. kalah lagi ngan LinDan … kalau ikutkan kekuatan fizikal LCW dah ok .. maybe mental dia masih lemah ler …
Nampak LIndan jer terus patah semangat … 😀
Setuju…mmg hampir menyamai kepantasan lin dan…mungkin jugak cara main dan mental lcw sikit jer lemah…tp dia tetap ikon terbaik malaysia!