Kelantan vs ATM 2013 Piala Sumbangsih

Assalamua’laikum.

Keputusan penuh: ATM 1 vs Kelantan 1 (ATM menang penentuan sepakan penalti 5-4)

Kelantan vs ATM 2013 Piala Sumbangsih

Kelantan vs ATM 2013. Perlawanan pertama membuka tirai Liga Malaysia 2012. Ambe cukup menunggu perlawanan ni atas beberapa sebab. Nanti ambe cerita satu persatu. Mungkin ada peminat bola sepak yang tak suka apa yang bakal ambe tulis, tapi ini adalah pendapat peribadi ambe sebagai salah sorang peminat bola sepak Malaysia sejak dulu, kini dan selamanya. Apakah pemain Kelantan vs ATM 2013 mampu membuka mata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)?

Di bawah ni ambe cuba senaraikan 11 pemain Kelantan 2013 dan ATM yang mungkin diturunkan untuk Piala Sumbangsih, Kelantan vs ATM 2013 nanti.

Senarai pemain Kelantan 2013;

  1. Khairul Fahmi Che Mat
  2. Daudsu Jamaludin
  3. Rizal Fahmi
  4. Azizi Matt Rose
  5. Leck Kcira
  6. Badhri Radzi
  7. Norfarhan Muhammad
  8. Indra Putra Mahayuddin
  9. Shakir Shaari
  10. Keita Mandjou
  11. Faiz Subri

Senarai 11 pemain ATM 2013;

  1. Farizal Harun
  2. K Reuben
  3. Norfazly Alias
  4. Irwan Fadzly Idrus
  5. Amiridzwan Taj Tajuddin
  6. Shukor Adan
  7. Rezal Zambery
  8. Bruno Martelotto
  9. Hairuddin Omar
  10. Christie Jayaseelan
  11. Marlon Alex James

Apa yang menarik tentang 22 pemain yang ambe senaraikan ni untuk perlawanan Kelantan vs ATM 2013? Ini yang ambe nak ulas serba sikit. Ingat, mungkin ada yang tak setuju. Terpulang. Ini pendapat peribadi ambe. Kalau tak setuju, boleh kasi komen kat bawah yer….

  1. Daripada 18 pemain tempatan, hanya 2 pemain ada dalam senarai pemain Harimau Malaya dalam misi Piala AFF Suzuki yang lepas iaitu Khairul Fahmi dan Shaakir Shaari. Sedangkan 2 pasukan inilah pasukan yang paling menyerlah dalam Liga Super, Liga Perdana dan Piala Malaysia 2012!
  2. Takkan sebuah pasukan boleh berjaya tanpa pemain yang benar-benar bagus? Akhir-akhir ni, ramai lagenda bola sepak Malaysia mula bersuara tentang perlunya beberapa pemain senior seperti Badri Radzi, Hairuddin Omar, Nor Farhan, Indra Putra, Shukor Adan diberi peluang untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya dalam kempen kelayakan Piala Asia Februari nanti. Takkan FAM setakat tunggu, tengok dan lihat eksperimen saja?
  3. Tertarik dengan kata-kata jurulatih Ong Kim Swee. Katanya, “3 bulan terakhir bukanlah waktu untuk bereksperimen pemain…”
  4. Apakah perlawanan Kelantan vs ATM 2013 ini menjadi medan kebangkitan ATM membalas dendam kekalahan 2-3 dalam Piala Malaysia 2012 yang lalu?
  5. Apakah ketiadaan Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo) memberi impak kepada barisan serangan Kelantan vs ATM 2013 musim ni?

Apa jua keputusan malam ni bakal sedikit sebanyak akan menjadi topik perbualan peminat bola sepak Malaysia khususnya mengenai status barisan terkuat Harimau Malaya nanti. Apakah pemain yang sama seperti Piala AFF Suzuki? Atau barisan yang benar-benar lebih mantap? Pemain mana lagi yang anda rasa layak membarisi skuad Harimau Malaya?

@hafizmd – Kelantan vs ATM 2013. Ambe pilih ATM untuk menang sebagai pemula yang lebih dramatik!