Hari Minggu Yang Tak Bosan
Assalamu’alaikum.
Hari Minggu Yang Tak Bosan. Ada ke hari minggu anda yang bosan? Ambe setakat ni, alhamdulillah…takde yang bosan. Hidup sebagai seorang Abah yang ada dua anak dan seorang isteri ni memang takkan bosan. Bangun pagi mesti terus dengar celoteh Kakak baca macam-macam doa. Adik pulak biasanya tersengih sibuk nak buka baju nak mandi. Mama pulak kat mana?
1. Mama macam biasalah. Sibuk basuh baju dan kemaskan dapur kesayangannya. Ambe ada simpan hasrat untuk cantikkan dapur rumah ambe ni termasuk juga dapur rumah mak di kampung. Bukan apa, tiap kali tengok isteri memasak dan mengemas dapur, teringin nak berikan kemudahan yang lebih baik dan cantik. Moga-moga dapatlah ambe tunaikan satu hari nanti. Sementara tunggu nak ke pasar, tugas ambe mandikan anak-anak ni dulu. Bukan tak boleh mandi sendiri, tapi almaklumlah budak-budak suka sangat main air. Ambe kena terapkan budaya berjimat walaupun dapat bekalan air percuma.
2. Siap mandi, pakat ramai-ramai pergi pasar. Masa ni jugak nak kenalkan anak-anak dengan jenis ikan, bawang dan sayuran. Jangan pandai makan jer…hehehe. Mana tahu, lagi 1o tahun, semua bahan mentah dah jadi bahan segera dalam tin. Rupa asal ikan pun tak kenal nanti! Siap sarapan pagi, terus balik rumah. Teman anak-anak main beskal kat laman rumah yang seciput. Anak-anak nampak hepi, Abah boleh main lappy.
3. Sekali nampak pulak ada remaja ‘merendek‘ kat depan rumah. Depan rumah ambe ni ada dewan kecil. Adalah port tersembunyi dan sunyi sikit di sebelah kanan. Mula-mula nampak lepak-lepak kat depan sambil jelas tak jelas ambe nampak depa macam main pegang-pegang tangan. Selang seminit depa hilang, beralih ke sebelah kanan.
6. Cuba menghadami tinta hikmah nasihat-menasihati dengan kebenaran dan kesabaran, ambe terus bergerak ke arah mereka dari arah belakang. “Assalamua’laikum dik…” Muka mereka memang nampak terkejut dan sedikit pucat. Ambe tanya buat apa? Budak perempuan jawab, “Lepak jer bang..” Mereka duduk memang rapat. Rapat yang memang boleh membawa padah!
7. Ambe pesan selembut mungkin, “Dik, tak elok duduk tempat-tempat sunyi macam ni. Kalau nak juga lepak, pergi lepak tempat terang-terang. Tempat ramai orang”
8. Budak lelaki tu bangun sambil ucap, “Terima kasih bang…” Ambe tepuk bahu budak lelaki tu sambil mata mengekori gerak langkah mereka.
9. Alhamdulillah, tak sampai seminit kelibat mereka yang sebaya dengan adik ambe ni dah hilang. Agaknya terus balik atau mencari port lain. Wallahua’lam.
10. Kalau bukan kita yang menegur dan nasihat, siapa lagi? Masalah anak remaja, masalah kita jua. Takkan nak harapkan mereka yang bukan seagama dan sebangsa dengan kita?
@hafizmd – Hari Minggu Yang Tak Bosan. Itu cerita hari Sabtu. Hari Ahad ada pulak program senam aerobik. Tak sempat terjah rakan blogger main bowling!
semoga hari minggu anda akan selalu penuh makna seperti ini
Ameen. Moga2 bang munir juga ceria
senam robik kat mana? tak ajak gua punnn..
kt keliling umh pun blh meh.. 😉
@suri, hehe…senam robik ramai2 =)
@titan, kalau lu dekat sini…gua dah heret lu sekali join gua punya aktiviti =)
ada cendol. gua datang la kottt..
@titan, lu datang sini..gua belanja cendol
kat mana ada cendol?
@titan, ada 2-3 tempat, mamak ada..melayupun ada
@titan, tapi tak de cendol nak ajak ko.. haha
mohon sila belajar buat cendol. Takde cendol kat rumah..suruh cik suami belikann..
Dekat rumah ada taman-taman bunga ke…
Ada taman permainan bro..tp ada dewan yg sebelahnya byk pokok..tu yg lindung tu
alhamdulillah. teguran yang baik akan dibalas baik. nasib budak tu tak melawan cakap.
ada jenis budak-budak zaman sekarang yang suka melawan, mereka rasa dah cukup hebat. memang rasa nak bagi penerajang je kalau jumpa budak yang kuat melawan ni
Alhamdulillah. Budak tu mmg nampak terkejut. Ambepun taklah sound lebih, just cakap biasa2 jer..
Ada jugak bro. Ada jugak kalau yg kita jenis tgk jer, tak main..siap dia tgk jegil mata balik kat kita..yg jenis camni,kalau ikut hati, mmg rasa nak kasi free kick…
wah dah jadi port tu bahaya kalau tak buat sesuatu
Budak2 ni degil. Ditegur kat taman sebelah, dia mai taman kita pulak
kalau merendek lagi panggil je pejabat agama biar diaorang rasa…
@hafiz, kalau malam mmg ambe dah panggil dah..hohoho
mhuii sah2 berhati mulia org tegur tu berani kerana benar utk elakkan maksiat
Mengajar diri utk amar makruf nahi mungkar
sy penuh dg kraft dan ahad fokus pada jahit tudung….mmg tak bosan tpi dpt gak curi masa skit pi padang polo 😉
wah..mesti penuh satu hari dgn kerja jahitan
Tak enak pandangan mata terutama menjadi tontonan anak kecil.
Tu yg tak syok tu bro. Nak tak nak, akhirnya ambe gagahkan diri jugak walaupun tangan dan kaki terketar2 juga…Allahuakbar!
elok sangat bro tegur sebelum tah apa2 pulak dibuatnya nanti.
Itu yg ambe fikir. Budak2 ni mungkin tau ianya salah tp sbb takde org tegur, beranilah mereka buat pelik2..
As salam.. 🙂
Mesti seorang bapa yang penyayang….seharusnya begitulah, tegur-menegur
nasihat menasihati menjadi satu amalan mulia…dan wajib. 😀
As salam Kak,
Itulah. Mula2 takut jugak nak tegur (pelik betullah…yg nak tegur takut, tak buat salah tak takut)
Moga konsisten hendaknya…ameen
takde pulak yang berani merendek depan rumah aku heh
hahaha…harap2 takdelah bro
alhamdulillah dan tahniah
moga2 mereka berdua terus je pulang ke rumah
Alhamdulillah.
Moga2 camtulah…ameen
kalau hr minggu terisi mcm tu mmg x boring
Mmg tak kosong..macam lagu Najwa Latif pulak..hahha
tahniah..itulah peranan kita, memperingatkan antara satu sama lain..amar makruf dan nahi mungkar.
Tegur dgn berhemah in shaa Allah mereka boleh terima.
Alhamdulillah. Lama dah saya cuba utk tegur, akhirnya hari tu dapat jugak tunaikan tanggungjawab ni. Moga ambe konsisten..ameen
hidup bekerluarga mmg x bosan
penuh dgn aktiviti.. ada sahaja boleh buat huhuh
kadang kita yg tak larat nak layan permintaan anak2,, huhuh
layan anak2 ni mmg seronok…macam2 benda diorang nak buat
hidup bekerluarga mmg x bosan
penuh dgn aktiviti.. ada sahaja boleh buat huhuh
kadang kita yg tak larat nak layan permintaan anak2,, huhuh
kalau kata bosan gak tak tahu lah..
hahaha..tp kan bang sop
ramai jer ambe tgk bapak2 yg lepak kat kedai mamak…camne tu?
Salam. Memang bagus niat nak cantikkan dapur tu, nanti lagi seronok isteri nak memasak. Hihi. Rumah di area mana ya?
Itulah cadangnya. Mudah-mudahan dimurahkan rezki…ameen
Rumah area Gombak =)
Anak-anak kawe pun makin menuju zaman remaja. Of course, cabaran makin meningkat dan harmon budak2 pun jadi tak menentu. Hmmm.. kita pun dah lalui zaman tu jugak kan? Apa-apa pun tegur dan monitoring penting agar mereka tak buat silap.
Btw, letaklah gambar dapur kesayaangan tu di blog ni…. 😀
Hormon tu yg nak kena pantau elok2 tu..moga2 anak2 kita soleh solehah belaka…ameen
hahaha…belum reno lagi…keh3
dah agak dah, tiba2 tak dgr suara kat luar.. alhamdulillah, harap2 lepas ni tak de la budak2 nk merendek lagi..
hehe..harap2 camtulah..kalau tak, kita pakat p berdua pulak
salam..
memang tak bosan jika kita
tahu macam mana nak menguruskan
harian kita dengan aktiviti yang memberi
lebih makna tersendiri..kalau bosan,tido
je la..he he
As salam,
hehe..tips utk urus hari minggu ialah uruskan diri sendiri dan keluarga..hehe
tidur ramai2…yeahh!
bagus ni bro. menegur dengan berkata2 lebih baik daripada sekadar berdoa dalam hati (selemah-lemah iman). jarang orang ada kekuatan menegur macam ni. salute kat bro 🙂
Allahuakbar!
Ambepun terketar2 jugak nak tegur bro. Takut kena marah balik, tp hari tu ambe tekad dan niat kerana Allah.
rajin bersenam bro. hehe. aku pun tak dapat join main bowling blogger. hmm
hehe…adalah sikit2..hahaha
lain kali kena join jugak bro
bagus laaa bro.. cegah dengan tangan.. dan lisan.. btw, seronok hujung minggu sekarang nih.. cuma letih sikit je.. hehehee
Alhamdulillah.
hehe..rasa masa lebih byk ek?hehe
Syukur, bro dah tunaikan tanggungjawab bro.. Teguran berhemah pastinya akan mendapat respon positif.. Walaupun kegembiraan hujung minggu kedua remaja terganggu.. tapi mereka dah menghindarkan diri daripada melakukan perkara dilarang..
Alhamdulillah. Ambe rase terpanggil sbb dah lama tgk budak2 ni lepak2 depan tu. Makcik2 suri rumah ada jugak citer selalu lepak sebelum org balik kerja.
Tu yg gagahkan diri walaupun terketar2 jugak.
Moga budak2 ni berfikir byk kali utk buat2 benda2 tak senonoh. Wanau’zubillah
Best lah dapat air free…errrr….bakpe free boh?
hehe..sini bawah 20 meter padu kerajaan selangor kasi percuma =)
oow…ingatkang gi kara air lage…hehe
Rumoh ambe lebih sokmo 20 m3…
@yusri, hahaha..sining mane ade lage, kalu ada katang ar ambe…hahaha
Hahaha…habis lah..berat nanang…
Emm anak remaja zaman sekarang..betul tu..kalau bukan kita siapa lagi..hehe..kalau terserempak dengan pencegah maksiat, naya diorang tuh