Gali-Gali Contest

Sedang asyik merayau-rayau ke blog kawan-kawan, saya tertarik pada satu contest ini anjuran blog kasehabadi. Sebenarnya, saya bukanlah suka sangat ber”contest-montest” ni, tapi mood contest tiba-tiba saja melanda diri. Kalau jadi, ini adalah contest kedua yang saya sertai selepas contest teka komen di blog Rohaizad.com. Kalau kita perasan, banyak sungguh contest yang ada di luar sana. Kalau kita ada masa mahu ingin mencuba, apa salahnya kita memeriahkan contest yang dianjurkan oleh sahabat-sahabat kita. Dalam banyak-banyak contest, saya tertarik pada yang ini, tapi kenapa ya? Mungkin kerana tiada syarat yang susah sangat. Kalau tak percaya, jom kita tengok syarat-syarat contest ini:

  1. Terbuka kepada semua blogger lelaki/perempuan.
  2. Mestilah mempunyai blog sendiri dan blog mestilah melebihi usia 1minggu.
  3. Setiap Komen mestilah tidak kurang dari 30 patah perkataan.
  4. Hanya 1 komen pada setiap Entry(pada yg pernah komen di entry sebelum ni,masih boleh komen kali ke-2)
  5. Contest ini bermula dari 03/03/10 dan berakhir pada 31/03/10 pukul 11.59pm.
  6. Hadiah akan diberikan kepada 3 Pengkomen paling banyak dan jika penyertaan mendapat sambutan hadiah akan ditambah.

(Updated)

Hadiah bagi 5 Top komentar ialah;

  • 1 x 1 Voucher dari AIRASIA
  • 2 x 1 Telekung Cotton Paris
  • 1 x 2 Tiket All Day Park di Taman Tema Genting
  • 1 x 1 Set Minyak Wangi PURE lelaki/perempuan

5 Top Komenter berikutnya berpeluang memiliki Watermark Istimewa dari Littlecolourshop. Keseluruhan pemenang yang dicari ialah seramai sepuluh orang.

Satu lagi yang penting, kita perlu buat satu post menggunakan tajuk Gali-Gali Contest dan letakkan banner di atas beserta dengan link contest ini sekali. Rasanya macam cukup mudah, apa yang perlu ialah pergi ke blog Kasehabadi ini, dan cuba tinggalkan seberapa banyak komen. Mana tahu, ada rezeki. Mungkin aktiviti ini mampu menghilangkan kebosanan yang sedang kita alami.

® hafizmd – aktiviti sampingan kadang-kadang boleh memberi sesuatu yang sangat berharga..