Final Piala Malaysia 2011 & Tiket Mahal
Assalamua’laikum.
Bahang hangat perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu, 29 Oktober ni semakin memuncak. Bagi aku yang rindukan kejayaan pasukan negeri kelahiran, memang ada terasa juga nak ke stadium Sabtu ni. Kenapa? Tentunya aura di stadium adalah satu perkara yang cukup berbeza! Bagi sesiapa yang biasa ke stadium menyaksikan perlawanan bola sepak pasti akan faham. Makanya, adakah aku akan ke stadium Sabtu ni?
Aku? Sama sekali tidak. Aku awal-awal lagi akan tonton di rumah saja bersama isteri dan anak-anak tersayang sambil makan cekodok bawang dan air kopi. InsyaAllah. Aura mereka ni lebih baik dan penting untuk aku. Biarlah awok-awok Terengganu lain yang meng’qada’kan ketidakhadiran aku di sana nanti 😀
Lagipun harga tiket terbaru RM50 untuk semua jenis tempat duduk, bagi aku amatlah mahal dan sedikit tak logik! Ada beberapa alasan FAM (sebab naikkan harga tiket) yang aku boleh terima dan ada yang langsung tak boleh terima!
Antara alasan FAM ialah:
- Tiada ganjaran wang tunai untuk finalist tahun ni. Kata FAM, wang dari kutipan tiket, ada bahagian untuk kedua-dua pasukan. Ok. LOGIK.
- Cegah penjualan tiket haram@ulat tiket – Yang ni aku tak berapa nak boleh terima. Oleh kerana depa tak reti nak halang ulat-ulat tiket dari berkeliaran, depa p naikkan harga tiket. Siapa yang tanggung? Peminat bola yang tak bersalah juga kena tanggung! TAK LOGIK!
- Kos selenggara stadium. Kalau ada yang tengok live Selangor dan Terengganu hari tu. mesti dapat tengok yang mutu padang stadium ni memang ‘tak cukup makan’! Yang aku hairan, kenapa penyokong N.Sembilan dan Terengganu pula yang nak kena tolong tampung kos selenggara stadium ni? Ini macam ambil kesempatan jer. TAK LOGIK LANGSUNG!
Apa-apapun, aku yakin peminat tegar pasti akan memenuhi setiap ruang yang ada demi pasukan kesayangan masing-masing. Jadi, bebelan aku di atas hanyalah mewakili mereka-mereka yang tidak puas hati atas kenaikkan harga tiket yang aku rasa tidak wajar.
Buat penyokong Terengganu & N. Sembilan, sama-sama menyokong dengan penuh disiplin. Terima kasih pada anda semua yang sentiasa setia ke stadium memberi sokongan padu. Aku memang tabik pada korang semua! Terbaik!
Kemaskini: Kerajaan Terengganu bermurah hati untuk memberi subsidi 50% harga tiket kepada peminat bola sepak Terengganu! Terima kasih
® hafizmd – ramai yang congak Terengganu bakal juara, tapi aku cukup gerun dengan N.9…
ada juga khabarnya sebab nak setarakan semua tiket kadar yang sama. maybe lagi senang nak manage.. pelik juga kan jawapan sebegitu..
tak adillah cam tu … kalau ada yang duduk view belakang goolkeper tak kanlah RM 50 juga … sekurangnya nya RM 10 lah …
Mmg tak adil…semua tmpat 50, ade atau takde bumbung…mana aci..
FAM nampaknya makin celaru dan haru biru
Betul tu ben, yang lebih tak puas hatinya ialah keadaan padang yang dah tahap….. bendang
@dno, huuuuuh! mmg tgk macam main dalam bendang!
Mmg takleh terima alasan tuh….langsung tak logik!
Menonton aksi final Piala Malaysia di rumah sahaja 🙂
b3njy pun sama juga kalau tak lupa tarikhnya
mesti tgk yer…hehe 😀
Samalah kita…tgk kat rumah jer 😀
Nasib baik main di semenanjung dan johor tak masuk final… kalau tak kawe pun buat entri cam ni.. he he…. Tengok Man Utd di Tv jer la bro 😉
sabauuuu bro … perjalanan MU masih jauh …. peluang masih terbuka luas
itulah….harap manu insaf dan konsisten lepas ni…hhee
hehehe…keluhan peminat setialah katakan 😀
Manu ttp layan jugak…hehe
Mungkin sy tengok kat rumah.
Terengganu punya team mmg hebat.
Corak permainan mereka boleh kata agak world class 🙂
nampaknya ramai sokong gannuu ni … tak per lah b3njy sokong N9 … kekekeke
hehe…semangat belaka semua ni…
ok jugak tu benjy… 😀
harap terengganu dapat kekal rentak dan corak bertahan yg baik…
yeahhh!
Kak Long pun dah dengar yang Terengganu bagi subsidi 50% kepada penyokong Terengganu. Tadi ada kawan beli tiket, katanya baru lebih kurang 200 tiket untuk penyokong NS saja yang baru terjual masa tu. Lepas ni, nak tengok, agak-agaknya ada tak sesiapa pulak nak taja subsidi Negeri Sembilan.
Malam ni di buliten utama persatuan bolasepak N9 buat mesyuarat tergempar … harap ada berita baik esokkk…
Mmg ade berita baik…harga tiket dah turun ke rm30…
tak pasal2 terpaksa guna duit persatuan…kalau tak…kosong stadium…
fam oh fam!
Mmg tak laku sgt tiket…
Mmg mahal dan alasan fam mmg tak logik…
Akhirnya, N9 pun terpaksa guna duit dr kantung persatuan utk peminat setia mereka…
fam ooooooo fam!
Tiket tu mahal jika mengambil kira kos yang ditanggung oleh peminat datang dari jauh .. so berita malam ni buletin utama penyokong N9 boikot beli tiket ….. nampaknya kedai mamak akan menjadi stadium yang paling murah sekali hanya perlu berbelanja RM 5.00 untuk segelas teh ais dan MEE GORENG MAMAK SATUUUU !
hehe….kalau nak murah…kedai mamak mmg lagi murah..
nak lagi murah, tgk kat rumah jer, mintak tolong isteri bancuh kopi, goreng cekodok…settle!
tp, bukan tiap2 tahun dpt ke final….jdi tiket 50 ttp mahal!
fam ooooo fam!
harga tiket akhir naik kerana kos selenggara stadium memang sangat tak logik
perlawanan akhir hanya sekali je
Tu yg ramai naik hangin tuh…
Time2 camnilah nak selenggara stadium…yg selama ni main, takde pulak sibuk nak repair…adui
walaupun ada subsidi bagi saya takyah beli. walaupun dah banyak kurang tapi kalau beli macam kite dah setuju dengan harga tu.. jadi lain kali terpaksa bayar 5o rm gak . kalau boleh pergi je kedai mamak ataupun tengok kat rumah jer bersama kengkawan atau family. tahun depan pasti naik lagi. cara ni jer nak elakkan ponyokong dari ditindas. takkanlah 30 rm untung sket. semuanya adalah alasan..
Nampaknya, dah byk pihak yg suarakan tak puas hati pasal harga tiket termasuk Sultan Abdullah (Timbalan FAM). Harap FAM dapat turunkan jugak harga tiket. Alasan2 yg FAM beri mmg tak masuk akal dan membebankan peminat bola…betul tak?
HAMIDIN TU KECEWA SELANGOR X MASUK FINAL SEBAB TU DIA DENGKI DGN SEMUA ORANG
aku pernah jugak fikir benda tu….hahahaha
nampaknya saya tak dpt tgok sb ada hal keluarga heee
takpe suri….yg utama ttp diutamakan 😀
apapun semoga permainan ni akan bermain dg lancar.jgn dok perang cam anak2 kecil plk hiii
takde perang2 suri…
cuma tak puas hati dgn tindakan fam yg tak logik langsung..
Harga tiket dah diturunkan oleh PBSN
http://lufikirlahsendiri.com/pbns-jual-tiket-piala-malaysia-2011-rm30.html
nasib baik PBNS baik hati…begitu jugak kerajaan terengganu…
kalau tak…mmg ada yg tak merasa tgk final live depan mata
emm..bab adil ni..sampai bila pun takkan habis. hoho..
aku tengok tv ajelah..
erm…
mmg payah jugak isu ni…keras kepala jugak fam ni…
harap harga tiket x mempengaruhi jumlah penonton
kalau takde diskaun oleh kedua2 negeri, aku rasa tak penuh stadium malam esok…
Aku pun klau sempat tgk kt umah jerr…tp nak gi stadium dgn rega yg gitu mintak maap laa…nasib bek persatuan negeri ade support sikit…
Aku tgk kat rumah jer…dah ade anak bini…payah sikit…kalau anak2 dah besar…lain citer…hehe
Itulah, kesian pulak kat persatuan..kena korban kantung…
FAM agaknya dah pokai apa!
tapi malangnya dah ada makluk yang Fasik ambil kesempatan jual tiket subsidi ni pada harga rm 48…
Ps: betes ganu betes 😀
ces ces dan ces lagi…ada saje parasit ni…huuuh
akhirnya ganu yg kena peteh 😀
website fam pun sampai kena hack
hehe….marah punya pasal…isk3
mahal pun, orang beli gak. hehe..
betul2…sebab tu fam keras kepala kekalkan harga
Dah selamat…. 🙂