Lepasan SPM:Semak Status Program IPTA, IPTS dengan MQA sebelum Hadir Temuduga Kemasukan!
Assalamua’laikum.
Semak status program IPTA & IPTS sebelum hadir temuduga kemasukan universiti! Kenapa perlu semak status program IPTA/ITPS?
Tahniah buat anda yang baru sahaja mendapat keputusan SPM/STPM. Sekarang ni senang, semuanya dihujung jari. Banyak universiti awam dan swasta berlumba-lumba ‘berebut’ buat iklan besar-besaran mencari pelajar untuk kemasukan ke universiti mereka. Ada masanya, pelajar yang kurang bernasib baik yang tak terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA, dilihat dalam keadaan terdesak oleh banyak pihak.
Pastinya, antara perkara yang difikirkan sekarang ialah peluang untuk melanjutkan pengajian ke universiti samada IPTA, IPTS, politeknik mahupun kolej universiti. Ada baiknya anda periksa dulu status Perakuan Akreditasi program di IPTA dan IPTS termasuklah politeknik, kolej atau institusi awam dan swasta tersebut. Ianya untuk memastikan program/jurusan yang akan anda ikuti nanti adalah program yang telah mendapat pengiktifan JPA, badan profesional atau badan-badan lain.
Kenapa Perlu Perakuan Akreditasi?
Secara tepatnya ialah seperti berikut;
“Ianya satu perakuan rasmi bahawa sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan kepada graduan mencapai standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan adalah selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Framework (MQF)” – Sumber: Agensi Kelayakan Malaysia
Apa kelebihannya jika sesuatu Program Mendapat Perakuan Akreditasi MQA?
Dah dapat perakuan Akreditasi MQA, program/jurusan yang ditawarkan oleh universiti awam, swasta, politeknik, kolej atau kolej universiti mahupun politeknik layak menggunakan perkataan “Program ini diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)” atau ayat-ayat lain yang sama maksudnya dalam iklan mereka.
Nampak tak? Ayat yang saya boldkan kat atas tu selalu juga digunapakai oleh mereka yang sedang mencari pelajar lepasan SPM untuk ditawarkan masuk ke mana-mana IPTA/IPTS. Belum tentu betul yer! Anda kena rajin semak status program yang mereka tawarkan. Samada diiktiraf oleh JPA, badan profesional atau badan-badan lain ke tak.
Jika pihak institusi pendidikan tinggi menggunakan ayat di atas di dalam tawaran kemasukan ke institusi mereka, bermakna program yang mereka tawarkan mempunyai kelebihan-kelebihan berikut:
- Memudahkan urusan pelajar mendapat bantuan PTPTN.
- Memudahkan urusan pemindahan kredit (tapi masih tertakluk kepada syarat institusi terbabit).
- Membolehkan pelajar melanjutkan pengajian ke luar negara atau institusi tempatan.
- Layak diberi tawaran bekerja di sektor awam (kerja kerajaan).
- Juga mendapat kelebihan untuk bekerja di sektor swasta (majikan swasta juga pentingkan kualiti bakal pekerja mereka).
- Institusi yang sudah mendapat Perakuan Akreditasi boleh memfrancais program terbabit (dengan syarat tertentu).
Bagaimana caranya memeriksa status program yang diiktiraf JPA/badan profesional?
Caranya cukup mudah. Anda ikuti langkah di bawah;
- Layari laman web Agensi Kelayakan Malaysia di sini –> Klik MQA
- Klik butang ‘Pelajar’ (bahagian atas tengah)
- Cari ‘Semakan Status Program’ dan klik pautan ‘Daftar Kelayakan Malaysia (MQR)’
- Â Klik pautan ‘Carian Kelayakan’ untuk semak samada program yang bakal dimohon sudah mendapat Perakuan Akreditasi oleh MQA atau belum.
Mudahkan? Semuanya di hujung jari! Cuma kena buat kerja lebih sikit sebelum hadiri mana-mana temuduga kemasukan ke universiti. Pastikan program yang ditawarkan sudahpun mendapat Perakuan Akreditasi oleh MQA. Sebab apa? Boleh baca kembali 6 kelebihan yang saya kongsikan di atas.
Jangan mudah terpedaya dengan mana-mana orang perseorangan yang menawarkan bantuan untuk melanjutkan pelajaran.
@hafizmd – Selamat berjaya buat semua bakal graduan universiti!
Info yang berguna untuk adik-adik kita. Terima kasih bro 🙂
MQA sangat penting. Jangan sampai tersilap pilih
Betul tu. nanti nak khoje pun payah
Sykurlah,semakin banyak kemudahan yang boleh didapati.
Jap aku tengah cari sedara mara yang nak mohon ipta nih
Eloklah…jgn lupa share sekali..hehe
Bagus dah ni ada info macam ni.
Aku baru lepas spm gak bro. hehe
Sama2 membantu…
Samalah kite tp tu citer 10
Nice sharing….kalau boleh buat entry mengenai course yg berdaya saing perlu diambil…kadang2 lepasan Spm/Stpm tak tahu & kurang faham tentang course yg dorang ikuti…
InsyaAllah…boleh mula kumpul mklumat utk yg ni…mencabar jugak sekarang ni nak pilih course..terima kasih sukma
Mengikut pengalaman peribadi saya, saya rasa lebih baik memilih IPTA berbanding IPTS atas faktor kewangan. IPTS, walau sebaik mana sekalipun tentu bakal merabakkan poket ibu bapa dari golongan berpendapatan rendah.
Setuju jugak. Ada dgr ada ipts yg ‘lebih suka’ pelajarnya lambat habis pengajian..lagi lama lagi bagus..boleh kaut untung..harap cerita2 macam ni tak benar
Terima kasih atas perkongsian info ini.
Sama2 kak lyn
Bagus dan amat penting maklumat ni, semuanya dihujung jari.
Takde alasan utk kata tak tahu (bg yg ada kemudahan online)
Terima kasih,boleh check berkepul-kepul surat offer sampai ne…adik aku dapat result tak ok pun dpt banyak offer
Sila check…kalau tak..takut nnti ada program tak sahpun..
teringat masa nak isi orang spa ada juga benda alah begini.bahagian kolej tapi tulis kelayakan mana pula tu aduh…
Banyak juga kolej yang tiada MQA. Mungkin bro boleh senaraikan kolej2 yang besar dan ternama tiada MQA?
Nanti gua kena saman…heheheh
ada pernah buat entri macam nih beberapa tahun yang lepas.. tapi tak berapa lengkap lah.. ini complete set nih bro..
dah hilang dari search google… kena copy paste,
Hehehe..byk juge yg berkongsi entri camni…bagus2..paling tak..adik2 kite tak kena tipu ngn agen2 tak sah
tahniah buat semua..apa yang saya harapkan, mereka yang terlibat tidak salah pilih bidang dan haluan hidup..tak kena pilih cabang belajar, susah juga nak dapatkan kerja nanti..nak tak nak, kena pilih aliran belajar yang banyak penawaran kerja di masa hadapan…itu je pesan saya..hehe
Terima kasih. Ambe setuju sgtlah. Zaman sekarang ni..sape ada kemahiran yg lebih..dia boleh maju..