Cabaran Raja Tarik 2014 Bermula! Berani Nak Lawan Raja Teh Tarik?

Assalamua’laikum. RM25,000 jumlah hadiah untuk pemenang Cabaran Raja Tarik 2014. Fuh! Senang ke nak lawan tarik teh ni? Kalau korang berani, boleh sahut Cabaran Raja Tarik F&N 2014!

Cabaran Raja Tarik F&N 2014
Berani sahut Cabaran Raja Tarik F&N 2014?

Aku diberi kesempatan untuk lihat dengan lebih dekat Cabaran Raja Tarik 2014 hari tu di Mydin Mall USJ. Macam-macam gaya yang ditunjukkan oleh peserta hari tu. Serius, bukan senang nak jadi finalist Raja Tarik. Aku yang sekadar tengok pun ada rasa teruja, apa lagi peserta yang masuk Cabaran Raja Tarik 2014 ni. Memang berani dan sempoi!

Cabaran Raja Tarik F&N 2014

Aksi Raja Tarik 2013, Saudara Azlin antara yang memukau aku petang Sabtu lepas. Dengan bertemankan iringin muzik Gangam style, Saudara Azlin ligat buat aksi menarik. Korang boleh tengok antara aksi menarik beliau di bawah.

Aksi Juara Raja Tarik 2013, Norazlin Janus.
Aksi Juara Raja Tarik 2013, Norazlin Janus.

Sebelum Raja Tarik 2013 ni tunjuk aksi kat atas ni, beliau dah demontrasi cara nak sediakan teh tarik kahwin. Nama pun dah ‘kahwin’ jadi hasilnya memang lebih kaw, lebih sedap, lebih buih dan lebih sihat sebabnya kurang manis!

Fara fauzana di cabaran raja tarik 2014
Farah Fauzana dan Raja Tarik 2013, Norazlin Janus yang buat demo teh tarik kahwin. Powernya teh tarik kahwin ni sebab kurang manis tetapi kekal berkrim!

Lepas ni, bolehlah buat kat rumah masing-masing. Kurangkan menyinggah kedai mamak tu..hehehe

cabaran raja tarik 2014
Tarik jangan tak tarik!
cabaran raja tarik
Farah Fauzana bersama peserta audition kawasan Lembah Klang di Mydin USJ.

Lokasi Cabaran Raja Tarik 2014 Seterusnya?

Petang 26 April adalah Cabaran Raja Tarik 2014 yang pertama. Ada lagi 5 lokasi yang ada untuk korang turut serta dalam cabaran ni.

  1. Pulau Pinang. Giant Hyper Bayan Baru. 4 Mei
  2. Johor Bahru. Giant Tampoi. 10 Mei
  3. Kuantan. Berjaya Megamall. 14 Mei
  4. Kota Kinabalu. 1Borneo Megamall. 23 Mei.
  5. Kuching Plaza Merdeka. 25 Mei.

Kalau rasa nak belajar cara tarik teh ni, jangan lupa untuk menonton sesi audition setiap hari Rabu dan Khamis, jam 7.55 petang di TV3. Aksi peringkat akhir akan disiarkan secara langsung di TV3 pada 26 Jun, jam 6.30 petang. So, jangan lupa nak tonton yer.

Macam mana? Ada berani nak sahut Cabaran Raja Tarik 2014? Kalau nak menang hadiah wang tunai berjumlah Rm25,000, korang boleh terjah lokasi di atas yer.

Semua peserta yang berjaya dalam kesemua sesi audition bakal berentap dalam Cabaran Raja Tarik 2014 peringkat akhir pada 12 Jun 2014 bertempat di eCurve Petaling Jaya.

Nak daftar atau nak tahu apa jua maklumat lanjut tentang Cabaran Raja Tarik 2014 ni, korang boleh rujuk saluran di bawah. Nak jumpa Farah Fauzana pun boleh kalau korang terjah lokasi di atas.

  • Laman sesawang: F&N Dairies Malaysia
  • Hubungi: 018-2057114

Aksi ‘bekas’ tukang bancuh Raja Teh Tarik

Dah lama tak buat kerja tarik menarik teh ni..hehe

Aku sendiri tak lepaskan peluang untuk cuba sendiri kenikmatan teh tarik kahwin!

@hafizmd – Jangan terpesona dengan gaya tarikan aku tuh yer! hahahaha….