Blogger dan Computer Vision Syndrome
Apa benda “computer vision syndrome” (CVS)?
Itu adalah istilah yang selalu digunakan untuk sesiapa saja yang ada masalah berkaitan dengan mata akibat penggunaan komputer.
Bila dah sebut penggunaan komputer, maka kita para blogger tidaklah terkecuali malah mungkin tanpa kita sedar, kita sedang merasai kesan dari CVS ini. Mata kita tidak lagi segar dan menawan seperti dulu. Kenapa ini berlaku?
Biasalahkan, kalau dah berjam-jam mengadap komputer mahupun laptop, kita kadang-kadang terlebih memaksa mata kita untuk bekerja. Lebih teruk lagi, kalau kita memang bekerja setiap hari menggunakan komputer. Itu di pejabat, tak kira balik rumah lagi. Mengadap komputer lagi. Al-maklumlah, dah hobi berblogging. Nak buat macam manakan? hehehe…
Tak perlu saya bagi contoh orang lain, saya sendiri pun dah biasa sangat. Bila dah terlebih seronok ‘merendek’ ke blog teman-teman, tanpa sedar kita sedang memberi tekanan yang lebih pada mata kita.
Lepas tu, mulalah mengadu (dan mungkin ada blogger yang cuba ke klinik untuk memohon cuti sakit…hohoho) sakit matalah, mata berair, letih, mata merah, gatal, sakit kepala, pandangan nampak bertindan-tindan, sakit leher, sakit belakang dan sakit bahu. Wooo…banyak juga kesannya tu.
Maka, saya cadangkan kita sama-sama amalkan 6 langkah pencegahan untuk mata kita kekal sihat dan bersinar lagi menawan macam iklan inner shine tu…
- Jarakkan diri kita dengan komputer sejauh 4 – 9 kilometer inci di bawah paras mata – cepat ambil pembaris dan ukur yer…
- Kedudukan komputer perlulah betul-betul di depan kita – Jika kita perlu mengadap komputer seharian, jangan senget-senget yer…
- Guna pelindung skrin pada komputer untuk kawal jumlah cahaya yang kita lihat seharian – kalau belum ada, boleh fikirkan budget untuk beli…
- Guna alatan kerja mudah alih – contohnya kerusi dan meja boleh laras (senang nak ubah kedudukan), skrin komputer yang boleh laras kedudukannya dan kecerahan serta warna kontras yang boleh dikawal.
- Pastikan kecerahan skrin hampir sama atau sama cerahnya dengan objek-objek sekeliling – baru mata kita senang untuk menyerap tenaga cahaya yang sama cerahnya…
- Bagi warna skrin, ada cadangan supaya gunakan karakter hitam di atas latar putih sebabnya ini yang paling mudah untuk mata melihat – adakah perlu kita tukar warna theme blog kita???
Macam mana teman-teman? Ada cadangan lain untuk kekalkan mata kita supaya sentiasa segar, sihat dan menawan?
® hafizmd – cuba-cuba untuk mengurangkan aktiviti blogging di rumah….:D
Tips ini memang sudah lama saya praktikan.. Alhamdulillah pengelihatan masih lagi baik.
bagus3…saye kena praktikkan lebih kerap lagi supaya jadik amalan
wow..klu 4km tu mmg power mata tu leh tgk dgn jarak jauh..hehhe..
yup2..jagalah mata anda supaya sentiasa menawan 😉
.-= Bb Hussain´s last blog ..Anak kawan saya hilang =-.
@Bb Hussain, hehe. jauh sgt tu 4km. huhu.
.-= Affan Ruslan´s last blog ..Tutorial Blogspot – Mashable Style Social Sharing Button =-.
mmg jauh benar…wirelesspun tak sampai…hihihi
mata yg menawan…membuatkan si dia lagi sayang…hehehe
jangan paksa diri kalau dah rasa mengantuk..tido lebih baik..baik untuk mata,baik untuk otak,baik untuk badan..
.-= khairolghani´s last blog ..merah tandanya berhentihijau baru boleh jalan.. =-.
setuju bro…tido yg cukup penting…nasihat bro ni nak kene ikut…thanks 😀
ye.. sila kurangkan aktiviti di depan komputer di rumah.. dan tido awal.. supaya mata terjaga.. tak gitu? hehee
.-= fiezaradzi´s last blog ..Facebook Gugat Keselamatan =-.
baik puan…hehehe…tapi traffik tgah masuk ni…hohohoho
4 kilometer? 😮 Hehehehehe….
tapi kalau rabun, kena tengok dekat-dekat sikit juga baru nampak. bahaya ni.
.-= zezebel´s last blog ..2010 Wordless Wednesday Contest =-.
hehehehe….nak tak nak…kene pakai cermin mate jugak…huuu
tidor kalau… tenet macam ##$%^&*(… huhu.. sihat mata..
.-= zik´s last blog ..Kucing panjangkan usia. =-.
hehe…tapi zik…ade jugak bila time tenet ..’;][]”.,’;’ dia pulak yg sakit hati…bertambah pulak satu lagi jenis sakit…hohoho
Kalau yang pakai desktop tukau daripada CRT monitor kepada LCD monitor sebab tidak ada radiasi. Kalau yang pakai lappie yang skrin kecik tuh ada masalah ckit
.-= akubiomed´s last blog ..Comment on Plugin untuk WordPress by suffer8zine =-.
ooo..kalau yg lcd tu takde radiasi ek…baru tau aku..kureng bab2 skrin ni…hehe..nk kene kaji jap lagi..thanks bro
nak kurgkan aktiviti blogging?payah tu..hehehe
.-= fitri´s last blog ..Mati Sudah Paul Si Sotong Kurita =-.
hehe…kena jugak…sbb nak kene tumpu pade yg lain…ohohoho
huhu.
bgs artikel ni.
ayah aku pun ada citer gak pasal ni, citer pasal mata kawan die.
yg penting, pastikan kesihatan terpelihara 😀
.-= Affan Ruslan´s last blog ..Tutorial Blogspot – Mashable Style Social Sharing Button =-.
betul tuh..yg penting, jage kesihatan mata..:D
terima kasih
saya pakai cermin mata rasa cam tak selesa..hyua..
tips yang bagus ni
same kite suri…kadang2 pakai cermin mata rase tak selesa..tapi kalau tak pakai…tak nampak pule…hihi
Tambahan drpd saya.. elakkan terlalu lama memandang skrin, sekali-sekala pandang ke arah lain.. 🙂 Iklan.
oooo…bijak jugak tuh…kene alih pandanga jap dan cara yg terbaik …jnguk2 iklan kat site tuh…hohoho
kena mintak tolong Suparman ni,:D
.-= dnoBiz´s last blog ..Tugasan Hari Jumaat – Riadah Di Masjid =-.
suparman ke superman?hehehe
Mataku masih lagi segarr bugar 😀 alhamdulillah.
tips ? Letak pokok kaktus kat sebelah monitor. pokok kaktus dipercayai mampu menyerap radiasi-radiasi yang dipancarkan oleh apa-apa je lah yang pancarkan radiasi :p
Sekaligus mengurangkan risiko kita mati sebab radiasi. hoho
.-= Zala Wajik´s last blog ..VIDEO Kelantan Menang 2-1- Juara Piala Malaysia 2010 =-.
terima kasih…lehla aku p cari pokok kaktus…baru tau khasiat pkok ni…
teruskan jaga mata yer 😀
bila terlalu lama didepan skrin mata pun berpinar…dulu saya tahan duduk 5jam depan computer,sekarang 3 jam,dalam proses kurangkan..tapi minat on9 semakin menjadi2 bila trafic masuk memcurah2 🙂
.-= mankuchai´s last undefined ..Response cached until Sat 30 @ 22:01 GMT (Refreshes in 55 Minutes) =-.
itu yg takleh tahan tuh…tgk uv masuk mencurah…semangat naik berdesup…hehehe 😀
ha3… jauh betul jaraknye tu…..
.-= Mohd Hafiz´s last blog ..Welcome To My New Blog Website =-.
hehe…itu hanyalah gurauan…:D
hehe.. aku daa terlewat.. daa rabun daa sket2 sebab menghadap komputer selalu, hohohohoho
.-= samanosuke_04´s last blog ..Fida Aishah Versus PascaSPM =-.
hohoho…macam aku jugak daa…dah terlewat…tapi utk orang mcam kite…still kene jage jugak…kang dari nipis sehelai kertas, jadik setebal buku novel kanta tuh…hohoho
memang harus macam tu.. jarak mata dan komputer tak boleh terlalu dekat. Apalagi kalo dikantor. 8 jam kita didepan komputer.. boleh ya dibayangkan.
.-= lowongan pekerjaan´s last blog ..TAX Specialist for e-SPT Compliance and Web Specialist Vacancy Sudirman =-.
kalau 8 jam depan komputer…lagi kena berhati-hati dan sentiasa cari jalan utk segarkan mata…
boleh guna software flux bro.. boleh search lam entri blog aku bro..hehe..promote jap
.-= dedoku´s last blog ..Tutorial- Cara Install Driver Genius Full Version =-.
cantik…kang aku p usha…hehe
Bagus enri ni.Saya ingatkan mula-mula tengok tajuk hal tentang komputer,rupanya tip penjagaan mata.
Nasib baik saya baca.Thank sebab share.
.-= Panduan Buah Pinggang Sihat´s last blog ..Ketahui Tahap Kreatinin Melalui Ujian Darah =-.
hehe…itulah..saja letak tajuk begitu…nak tengok samada audiens mampu teruskan kunjungan atau tidak…
Terima kasih kembali atas sokongan
mata bulat warna biru terang muda.
.-= Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua =-.
buang la tahi mata
dipagi hari.
pembaris budak darjah satu
ke.
.-= Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua =-.
jarak aku kira sudah
jauh dari skrin komputer.
.-= Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua =-.
umm..kalu mata tiba2 jadi merah tu knp?first kanan,then ble dh bek kanan, jadi kat sebelah kiri lak.knp ye? sesape ade masalah macam tu x?
Saya kalau merah mungkin sebab masuk habuk..kemudian suka genyeh2…mulalah mata merah berair…jd, kalau gtal..jgn genyeh…hehe