Belajarlah Untuk Redha…

belajarlah untuk redha

Assalamua’laikum.

Redha. Redha ni maksudnya kita berlapang dada dalam setiap perkara yang Allah berikan kepada kita. Semua perkara termasuk peraturan Allah, qada’ dan sesuatu ketentuan untuk kita sama ada baik mahupun buruk. Kita takde rasa terpaksa atau dipaksa bila buat apa yang Allah tetapkan dan berlapang dada dalam setiap kebaikan dan keburukan yang kita terima. Inilah salah satu kecintaan dan kepatuhan kepada Allah s.w.t.

Belajarlah Untuk Redha

Sebagai peringatan khasnya untuk diri saya sendiri, saya kongsikan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim. Maksudnya;

“Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata: Jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendaklah kamu katakan: Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! ” Kerana sesungguhnya perkataan: Andaikata… itu memberi peluang pada syaitan”.

Kita ni terkadang banyak rasa runsing dan risau dalam banyak perkara kehidupan sementara. Rasa sesak nafas tak cukup duit, rasa terbeban dengan lambakan kerja, ditambah macam-macam masalah lagi. Kita rasa macam tak kena.

Inilah masanya untuk saya terutamanya dan kita semua untuk muhasabah diri bahawa semua yang berlaku waima sehelai daun gugur pun adalah semuanya dalam perancangan Allah. Penting juga untuk terus berusaha, usaha dan usaha. Doa itu salah satu usaha kita. Jangan kita lupa yer…

Sentiasalah kita ucap ikut apa yang Baginda Rasulullah s.a.w ucap bila baginda mendapat berita baik, baginda ucapkan “Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan”.

Bila Baginda s.a.w. dapat berita kurang senang, baginda ucap, ” Segala puji bagi Allah atas segala perkara”.

Apa itu redha
Belajar untuk redha..

@hafizmd – Bila kita redha, kita akan rasa lapangnya dada…Allahuakbar!