Badminton All England – Tahniah Lee Chong Wei
Sungguh puas rasa hati bila baru saja selesai memecut adrelina semasa menonton perlawanan akhir badminton All England antara Lee Chong Wei dan Kenichi Tago. Tahun 2010 sekali lagi menjadi medan bertuah buat pemain No.1 dunia, Dato’ Lee Chong Wei untuk menawan kejohanan ini dengan keputusan menang ‘straigh set’.
Semangat yang kuat dan pengalaman Lee Chong Wei mengatasi ‘keliatan’ Kenichi Tago yang saya ramalkan mampu menggegar dunia badminton sikit masa lagi. Menarik juga memerhati kelibat penyokong Malaysia (pelajar Malaysia yang berada di United Kingdom) yang tak henti-henti menjerit kata azimat ‘Malaysia Boleh’. Pasti mereka puas walaupun kotak suara mungkin sudah sedikit ‘rabak’. Tahniah juga buat mereka yang bersemangat. Saya pun hampir ‘naik syeikh’ juga melihat mereka bersemangat dan bila kadang-kadang aksi Lee Chong Wei sedikit mencemaskan.
Akhirnya, anda ada kata-kata tahniah untuk wira kita? Jangan malu untuk tinggalkan komen anda. Mana tahu, Dato’ Lee Chong Wei akan datang ke blog usang ni..(perasan jer ni..hehehe).
® hafizmd – kejayaan yang dikecap, memerlukan seribu pengorbanan..betul tak?
Malaysia boleh!!! yahoo menang !!.. 🙂
.-= zik´s last blog ..Perancangan yang berkesan =-.
ya, tahniah buat chong wei…tapi cuak jugak aku tengok match tu..
budak jepun tu memang bakal jadi world beater dlm tahun2 akan datang…memang liat gila, smash pon power
.-= ahmadyusrie´s last blog ..1Malaysiakah Lotus F1 Team? =-.
@ahmadyusrie, mmg cuak bro..mamat jepun tuh memang smash kuat betul..byk kali juge chong wei kene smash sampai tak terambik..
p/s – budak tu ikut sifu die kot, tu yg liat semacam jer..
.-= hafizmd´s last blog ..Badminton All England – Tahniah Lee Chong Wei =-.
seronok tgk semalam, berdebar jerk.. macam saya plak yang main.. hihi.. apa pun, tahniah buat chong wei. mesti rasa syok sbb tak penah menang All england. 1st time nih..
mmg mamat jepun tu bagus gak.. semangat juang die tinggi giler..
moga pas ni chong wei mampu menang lagi.. tak sabar nak tunggu piala thomas
.-= fiezaradzi´s last blog ..Kisah Tentang Attitude =-.
@fiezaradzi, itulah..tapi mase hafiz hasyim menang tahun 2003, lagi teruja kot, sbb yg tuh lagi lame kempunan menang all england..
p/s – pe2pun, chong wei mmg best..
.-= hafizmd´s last blog ..Badminton All England – Tahniah Lee Chong Wei =-.
yeah..mmg boleh..Malaysia Boleh..tak sabar juge tunggu piala thomas nanti..tapi terfikir juge, siapa lagi player Malaysia yg boleh galas impian utk dapatkan kembali piala thomas?
.-= hafizmd´s last blog ..Badminton All England – Tahniah Lee Chong Wei =-.
boleh hadi..sapa sangka..hehe..
nice them..bila tukar..ke atau dah kena jangkita cam suri..huhu
hiks..mmg boleh..kalau dah start tgk org lain tukar themes..virus tuh dah merebak ke sini..arghh…hihi
saya pun nak ucapkan tahniah kepada Dato’ Lee Chong Wei atas kejayaan..
.-= Thoha´s last blog ..Ketahui Rahsia Kejayaan Sebenar =-.
tahniah dato’ lee chong wei..mmg sesuai dapat dato’ kan?
chong wei x pernah menang ke sebelum nih?? patutlah.. tapi bagi saya tiada gunanya pemain no 1 dunia jika LinDan x dapat datuk lee tewaskan.. All England tanpa LinDan semacam hilang taringnya.. 🙁
.-= Hafiz Mohd´s last blog ..Hate Chinese, Hate Malay? Why Hate Each Others? We’re All The Same!! =-.
ini first time chong wei menang all england..tapi bagi saye pula..yang penting bukan dia yg paling power sekarang..chong wei yg paling konsisten prestasinya..lin dan main di all england ni, tapi kalah kpd bao chunlai kt suku akhir..agaknye takut nak jumpe chong wei kot..hehe
tinggal olimpik je lom konker
betul tu..aku pun tunggu olimpik..tapi before olimpik..kene konker sukan sea dulu..hikss
kekeke satu jee komen.. bulu tangkis yg last tuh mcm out je.. kekekek….papepun tahniah kepada en hapiz.. eh.. salah kepada dato’ LCW…
@todin, hehe..ramai yg perasan pasal shuttle tu out..tapi ntah nape si kenichi tu tak argue..agaknye tak perasan kot..pepun, memang best game diorang malam tuh..cayalah 😀
rasanya memang layaklah sudah datuk lee bergelar juara dunia! huhuhu..
ini membuktikan bahawa beliau bukan lagi jaguh kampung sbgimana gelaran fobia itu diberikan!
jadinya Lin Dan.. selamat tinggal. no more legend lorr. hehehehe
.-= maza´s last blog ..Hembuskan Nafasmu Sayang =-.
setuju sangat Maza..dia memang sesuai sgt dah jagi jagoan dunia dalam badminton ni..so, kita tak payahla nak fikir pasal lin dan tuh..bye-bye saje..hehehe