Ambang Oh! Mambang

Assalamua’laikum.

Pejam celik pejam celik (ada yang pejam tak celik-celik), kita dah hampir ke tahun baru 2012M. Asal bila tiba tahun baru, selain dari dapat cuti tahun baru (yang memang saya dan sekeluarga seronok sebab dapat duduk luangkan masa bersama), kita akan disajikan dengan pelbagai sambutan sempena tahun baru. Macam-macam majlis yang ada. Kat TV penuh dengan siaran langsung konsert. Bersepah!

Kat Dataran Merdeka, KLCC, Bukit Bintang….kat mana lagi? Bersepah! Itu yang ‘acara rasmi’, belum lagi masuk yang ‘tak rasmi’. Lagi bersepah! Jadi, mana mambangnya sempena ambang 2012 ni???

Meh kita tengok statistik anak luar nikah ni dulu (setakat yang dapat saya cari).

  • Tahun 2007: 16,100 kes
  • Tahun 2008: 16,541 kes
  • Tahun 2009: 17,303 kes

Statistik ni hanya yang berdaftar kat Jabatan Pendaftaran Negara & tak termasuk kes buang bayi yang dilapor ke Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini semua adalah bangsa Melayu/Islam wahai Dato-Dato, YB, Tan Sri, tuan-tuan, puan-puan, cik dan encik sekalian. Yang tak daftar?

Inilah kejayaan hasil gerak kerja bersepadu mambang-mambang sekalian! Taburan konsert tanpa batasan yang bersepah! Setiap perayaan penuh dengan sajian konsert dan hiburan. Media massa macam tiada fungsi dalam khidmat sosialnya! Menambah gejala sosial? Ada.

Akhirnya, mudah-mudahan kita sentiasa dijauhkan hati dan seluruh jasad kita dari terjebak dalam hiburan yang melampau ni. Kalau biasanya kita bawa ahli keluarga kita ke mana-mana dataran untuk sambutan (walaupun niat nak tengok percikan bunga api), apa kata kita buat perkara lain yang lebih membantu minda dan tumbesaran anak-anak kita.

Photobucket

® hafizmd – mana yang baik, kita ambil dan buat pedoman…