Aktiviti Masa ‘Bujang’…
Assalamua’laikum.
Bujang. Semua orang pernah bujang. Malah ada yang masih membujang sampai sekarang. Apa nak buat, jodoh belum ada katanya. Ada yang sudah ada pasangan, namun masih berkira-kira bila tarikh keramatnya. Almaklumlah, sekarang kos perkahwinan bukannya kecil jika tidak kena caranya. Ambe dah lama tamatkan zaman bujang. Diri dah sebati dengan kehidupan sebagai seorang suami dan bapa. Bila tiba-tiba ‘terbujang’, memang boleh mati akal juga!
Ambe bila ‘terbujang’ ni, memang tak reti nak keluar ke mana-mana. Jadi, ambe habiskan masa dengan beberapa aktiviti. Aktiviti ni memang selalu juga ambe lakukan bersama keluarga. Cuma kali ni, ia lebih kerap dan kadang-kadang sampai rasa nak pitam….hehehe
- Tengok tv: Pilihan rancangan pastinya siaran sukan. Bola sepak! Sekarang tengah layan Malaysia vs Hong Kong. Keputusan terkini Malaysia 3:Hong Kong 0. Yahooo! Malaysia menang 3-0. Selain tu, malam ni memang banyak perlawanan bola. Antaranya perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 dan juga perlawanan persahabatan, Jepun vs Brazil.
- Baca buku: Ini pilihan kedua. Buku yang sedang ambe habiskan sekarang ialah buku “Khalifah-khalifah Yang Benar”, karangan Abdul Latip Talib. Memang asyik baca buku Sejarah Islam. Memang kita tak reti nak ambil iktibar dari kejatuhan zaman gemilang Islam.
- Baca blog: Ini juga menjadi pilihan yang baik, tapi nak baca blog perlukan mood yang baik. Bukan setakat nak baca, kenalah jugak tulis komen sepatah dua. Baru tuan blog rasa seronok dan semangat nak update!
- Masak: Ok. Ambe tak reti sangat bab-bab masak ni, tapi ambe rajin buat cekodok. Sebab ambe memang suka makan cekodok! Sekarang ni pun, ambe menulis sambil makan cekodok dan dua tiga cawan teh.
- Berkawal: Berkawal? Iye…ambe anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS). Berkawal bermula jam 12 pagi hinggalah jam 3-4 pagi. Tak mengantuk? Mestilah mengantuk. Ambe bukan Ultraman Mebius!
Itu antara aktiviti ‘bujang’ ambe. Isteri tersayang juga sudah cukup masak dengan aktiviti-aktiviti ambe ni. Malah, ada antaranya kami buat sama-sama. Tu yang buat ambe makin rindu pada isteri dan anak-anak kat kampung.
Korang ada aktiviti lain yang lebih best, berfaedah dan logik untuk seorang suami yang ‘terbujang’?
@hafizmd – Mood berblog dah datang balik tapi Alexa pulak makin tak best!
Orang bujang apa hendak dirisaukan. Pandai-pandailah. π
jgn memandai sudah, kang benda lain pulak jadi… hehe
hehe..jgn memandai2 ye bro.hehe
@JO,hahaha…tak pandai sangat…hahaha
@fieza,pandai2lah jaga diri…hohoho
@AB,pandai2lah jaga dirikan?hehehe
sy nak bujang erk haaa tapi suami tak bgi jerk..isyh…
@Suri,hhoho…cuba mintak lagi sekali
ab
makan megi π best gak sorg2 haaa no kongsi2
@Suri, ambe suka kongsi2…hehe
Isteri bro masih di hospital lagi ke…..
mcm jiran sebelah saya, dia bela ikan kelisa…
tentu seronok melihat telatah ikan nie bersama anak2.
Sekarang dia kat rumah mak mertua kat Penang, cuma saye kat kl…
Bela binatang mmg syok =)
bela arnab hamster heeev
@Suri, takleh, nanti jiran tak suka
sy harap sis f segera sihat huhu..lama ke bercuti..
@Suri, ameen…insyaAllah..agak lama jugak, sudah hampir sebulan
Kalau sekali sekala terbujang memang boleh pening kepala dibuatnya, nak pulak kalau lama terbujang. Sehari dua boleh terima lagi. π
Saya kalau terbujang, nak keluar rumah pun malas,.. makan pun tak menentu. π
kena praktis ter’bujang’ banyak hari.. kang time isteri berpantang, de suami yang bujang berhari-hari π
@fieza,praktis bagus jugak…tp bila betul2 terbujang…mmg tak best!
Itu yg tak selesa tuh. Lebih 3 hari, naik pening dah….hahahha
Kalaud dah kawin mesti dah tak biasa bila bujangkan. Maklumlah selama dah kahwin isteri yang banyak isi masa lapang. Hehe
hehe…setuju2…semua aktiviti buat sama2…
aduh.. mulai tahun depan maza kembali bujang juga..
family di kuantan, maza di KL.. tiap2 minggu baru pulang
udah ghase sedap berkeluarga lupa sudah bila sendirian.. huhuhu
entahnya tak tau nak aktiviti sensorng. mungkin akan kerap lagi ke masjid dan mengeteh sama kengkawan, atau skodeng alam.. ahaks..
skodeng alam, tak pe, jgn skodeng lain…
@fieza,hohoho…tak reti…hahaha
sekodong lain nnti ckp sama buurng cip2 kasi berak atas kpla bro maza sh hendap org mueheeee
@Suri,elok jugak tuh..hahahaha
Bila fikir nak kena sendiri…mmg berat hatikan bang maza, tp demi sebuah perjuangan…ayuh bang maza! yeahhhh!
Skodeng alam takpe…hahahaha
yang berkawal tu agak menarik perhatian bro,..heheheh…mesti jenis susah tido malam..
hehe…aktiviti sukarela mmg seronok…
taklah susah, tp kalau tak tido sebelum 12, mmg agak payah nak lena balik
MB
hujung mmgu bst gak lmbt tdo heee
@Suri, kalau sorang2 takpelah…hehe
kena tinggal sebab apa ni bro??hehe kena masak menda lain jugak bro..kan tak pasal jengkodok hari2…ke isteri beranak dan tgh berpantan di kmpung??hehe
Maaf, tak mampu tak teman setiap masa. Memang rasa pelik, wpun ramai kt kampung, tapi de rasa tak cukup. hehe.. harap2, boleh kembali cergas, dan sama2 balik rumah. hehe..
time ni boleh la layan bola sampai lebam kan.. hehe..
hehe..takpe2…rehat betul moga cepat sembuh =)
p.s-mmg lebam..hahaha
masak?
sekarang ni aku tahu masak air je
masa dalam hutan sarawak dulu2, pandai la jugak masak nasi goreng π
hehe…masak airpun dah kira power jugaklah..
p.s-bila dah ada yg sudi buatkan, skill mmg hilang =)
tengok tv perlawanan bola memang seronok ramai2
Tgk sorang2 kureng sikit feelnye…hehe
awesome bro ! keja org bujang la katakan π
hoho…kadang2 sunyi yg amat juga =)
sekali-sekala bujang apa salahnya. biasanya waktu ‘bujang’ aku habiskan masa dengan shoot gambar, sama ada landscape ataupun human interest π
Ambe kalau dah biasa takpe, ni tak biasa…tu yg tak selesa tu
Wah…lepas ni nak kena fikir aktiviti2 camtuh…
aku belum lagi terbujang ni, hhe
hehe…takyah bujanglah…ada anak isteri kat rumah, depan mata…seronok
bujang bebas, dah khawin susah sikit..
hehe…taklah susah, cuma kena pandai bagi2 masa =)
Sekarang dah ada internet, bujang, merayap di alam maya, download torrent. Hehe.
Itu antara aktivitinya, tp takleh nak download, bandwidth kecik…hehe
masa bujang mmg byk benda boleh buat… nak buat apa, teruskan sahaja heheh
byk terlibat dgn geng motor… hehehe
tp bila bekerluarga, kena byk fikir… heheheh
Masa betul2 bujang dulu mmg pandai…tp dah hilang skill…hehe
hoho..bujang balik kah?? hehe..
hehehe…terbujang jer
walaupun ‘terbujang’ tapi ada jugak ‘orang’ monitor tu…huhuhu
keh3…bujang tak bujang…hahaha
bujang 3…hehehe
@yusri….hahhaa…
okeylah tu, at least taklah sampai membuang waktu merayau kat luar.
Mama, tu sudah pasti..tak reti nak merayau…hehe
selalunya sy akan berblogging..tpi klu ada tempahan rasa jemu adap perkara yg sama
Inilah kehidupan =)
Rindunya zaman bujang =)
haaa..mesti ramai yg rindu..heehe
setakat ni masih belum terbujang lagi la..hehehe..tapi memang pastinya janggal bila tetiba terbujang..
Mmg janggal yg amat