HAFIZMOHD.COM

Personal, Kerjaya & Affiliate

Lagu raya dan tol percuma…

Layan dulu lagu raya Balik Kampung ni.. Tahun ini, banyak sekali syarikat konsesi lebuh raya yang bermurah hati untuk memberi tol PERCUMA  malahan diskaun tol bagi kebanyakan tol-tol utama. Memang satu berita yang cukup mengujakan bukan? Saya senaraikan tol-tol yang diberi laluan PERCUMA dan juga diskaun-diskaun yang diberi kepada pengguna lebuh raya.

Esok cuti! Apa maknanya?

Esok 31 Ogos Satu hari yang dulunya penuh pengertian buat nenek moyang kita Di bumi bertuah yang dulunya Malaya Apa maknanya? Esok 31 Ogos Satu hari yang dulunya pejuang nusa agama dan bangsa Bersatu sehati melaung MERDEKA tanda suatu kebebasan Apa maknanya?

Nasi ayam penyet kini di Gombak..

Nasi ayam penyet AP, Wangsa Walk Bagaimana saya boleh tahu pasal nasi ayam penyet ni? Saya memang bukan orang Johor, malah jauh sekali beristerikan orang Johor mahupun Jawa. Ada kawan orang Johor kot? Memang ramai masa belajar dulu-dulu, tapi tak pernah sekali di bawakan juadah ayam penyet. Macam mana nak bawa, takkan nak bawak dari […]

Sama-sama kita hayati video ini|Subhanallah

Salam Ramadahan. Alhamdulillah. Sudah hampir separuh Ramadhan kita tempuhi. Bagaimana dengan solat tarawih kita? Bagaimana dengan puasa kita? Bagaimana dengan cara kita berbuka? Semua ini, hanya kita dan DIA saja yang lebih tahu. Sama-sama kita fikir dan renung-renungkan. Alhamdulillah. Saya kongsikan satu video dari you tube ini untuk tatapan dan makanan jiwa kita yang sentiasa […]

1 cara mudah tambah saham akhirat..

Salam. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda dan sahabat-sahabat Baginda. Firman Allah dalam Surah al-Ma’idah, ayat 48 yang bermaksud; ‘…..maka berlumba-lumbalah membuat kebajikan….’ Atas sahutan Kalam suci Allah ini, saya ingin sekali berkongsi satu cara yang mudah untuk kita menambah saham akhirat kita. Apa yang saya kongsikan ini […]

Buah mahkota dewa..

Lama rasanya saya tak berbicara bab-bab kesihatan ni. Selepas entri kami sayang Abah, terniat juga berkongsi serba sedikit perihal kesihatan ini. Terutamanya melibatkan sakit jantung, darah tinggi, kolesterol tinggi, kandungan gula darah. Semuanya berkait rapat dengan satu organ yang cukup penting iaitu jantung. Saya bukanlah seorang doktor, jauh sekali pakar sakit jantung. Namun, yang pasti […]

Blogger yang tersedak..

Awak memang selalu dengan kita. Mana taknya..macam yang awak tulis tu..semua sama-sama..macam mana awak nak cari hadiah untuk kitakan? Walaupun awak pernah buat trik kat kita bab-bab nak kasi suprise ni, dan memang ada trik suprise tu menjadi. Memang awak pandai cilok..hehe Banyak kali juga awak kata nak keluar jap, saya tanyalah..”Nak p mana?” Awak […]

Buang bayi, gantung mandatori atau penjara 20 tahun..

Sempat juga layan Buletin Utama tadi. Antara berita yang cukup menarik ialah penguatkuasaan serta-merta hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 20 tahun kepada si pembuang bayi. Kalau tak silap, Akta Jenayah 302 akan diguna pakai bagi kesalahan ini iaitu samada bayi yang dijumpai sudah mati @ diklasifikasikan sebagai berniat untuk membunuh. Keputusan samada dijatuhkan […]