HAFIZMOHD.COM

Personal, Kerjaya & Affiliate

Mungkin sudah tiba masanya…

Assalamua’laikum. Buat kesekian kalinya, blog aku dan juga blog-blog lain yang bernaung di bawah satu hosting ni, kena hack! Bila? Malam tadi, dan terima kasih pada Saudara Zik dan Saudara Amirul Faiz yang bertanya khabar . Jujurnya, malam tadi perasaan cuak sudah tak terasa sangat bila blog kesayangan kena hack. Apa dah tak sayang hasil […]

Sesi jawab tag si cantik manis

Assalamua’laikum. Hampir lupa yang aku kena tag dengan si cantik manis sorang ni. Siapa? Dialah awek pertama aku, merangkap cinta muka bulu pertama dan mengisi hati aku sekarang sebagai seorang isteri dan Mama kepada 2 anak. Dah-dah cukup. Nanti lebih-lebih jadi entri cintan-cintun pula. Maafkan aku atas keromantisan tanpa batasan ini…..yeahaaaa! Baiklah. Memandangkan ada 10 […]

Amalan Sunat Bulan Muharam

Assalamua’laikum. Bulan pertama dalam kalendar Hijrah, Muharam dah tiba. Ada baiknya aku berusaha lebih gigih mendidik diri untuk menjadi lebih baik dari tahun lepas. Moga-moga aku (dan teman semua) Allah beri kekuatan dan memandu kita dalam rahmat kasih sayangNYA. Suka untuk dikongsi amalan-amalan sunat yang sangat elok kita amalkan dalam bulan Muharam ni. Andai tak […]

Bola sepak Kelayakan Olimpik:Malaysia vs Bahrain

Assalamua’laikum & Salam Maal Hijrah. Kemaskini: Malaysia 2 vs Bahrain 3 Gol hasil tendangan kaki kiri yang cukup cantik dari Nazmi Faiz! Thamil Arusa sedikit saja offside (dia selamba jer terus gelek keeper dan jaringkan gol dan terus dapat kad kuning) Gol ke-2 minit 68 dari Mahali Jasuli yang bijak ambil kesempatan atas kesilapan keeper […]

Salam Awal Muharram 1433H

Assalamua’laikum. Alhamdulillah. Tinggal beberapa jam saja lagi untuk kita bertemu permulaan baharu kalendar Islam, Muharram 1433H. Pernah dengar yang ustaz kata, bila tahun Islam baru bermula, itu tandanya buku amalan kita turut bermula dengan lembaran baru. Maknanya, kita sentiasa ada peluang untuk suatu Hijrah tapi bukan bermakna kita lupakan lembaran lama yang pelrlu sentiasa kita […]

Nak kahwin ke tak nak?

Assalamua’laikum. Aku kembali hari ni dengan mood yang lebih ceria. Kenapa? Haa..jangan nak provok, tajuk di atas langsung takde kaitan dengan aku. Aku dah kahwin dan insyaAllah setia pada yang satu. Sekarang ni, dah masuk musim cuti sekolah, asal cuti sekolah, mesti terus pakat ramai-ramai nak kahwin. Ada yang dah bercinta bertahun-tahun, ada yang baru […]

Ulasan & Keputusan Terkini Malaysia vs Indonesia

Alhamdulillah. Sekarang keputusan seri 1-1. Walaupun gol kita bolos minit ke-5, tapi skuad Harimau Malaya langsung tak gentar malah nampak lebih semangat dengan serangan demi serangan termasuk 2 cubaan yang hampir sangat dahpun masuk gol! Akhirnya Asraruddin tampil kacak bergaya menjaringkan gol penyamaan. Habislah marah jiran aku malam ni, bertempik sorang-sorang…keh keh keh

‘Barracuda’ vs Garuda

Assalamua’laikum. Alhamdulillah. Yeahhhhhh! Skuad Harimau Malaya akhirnya layak ke akhir bola sepak Sukan Sea selepas mereka berhempas pulas hingga saat akhir untuk tewaskan Myanmar 1-0. Namun, harga yang perlu dibayar untuk ke akhir agak besar juga bila beberapa tonggak utama tak dapat beraksi di pentas akhir nanti. Antaranya ialah kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar (2 kad […]

Harimau Malaya & Lee Chong Wei

Assalamua’laikum. Ketemu lagi. Tinggal beberapa jam lagi sebelum skuad Harimau Malaya turun beraksi di peringkat separuh akhir bola sepak Sukan Sea ke-26 dalam misi mempertahan pingat emas. Pasukan Myanmar mesti nak balas dendam atas kekalahan dalam kejohanan jemputan Piala Vietnam beberapa bulan lepas. Aku yakin Harimau Malaya akan lebih mengaum bengkeng petang ni berdasarkan momentum […]