Edisi Blogger:Ucapan Selamat Tahun Baru 2013

Assalamua’laikum.

gambar menarik tahun baru 2013

Apa? Hari ni dah 31 Disember 2012? Hari terakhir tahun 2012 Masihi. Ada eloknya kita tanya diri sendiri. Apakah setiap hari yang berlalu baik berisi? Atau sekadar berlalu tanpa erti? Tanya diri, renovasi hati. InshaaAllah, tahun baru 2013M bakal menjelma menambah usia kita. Ucapan selamat tahun baru,pesanan ringkas SMS dan kata-kata semangat serta motivasi menjadi pilihan kita untuk dikongsi bersama. Kontest iPhone 5 Gadget Impianpun dah hampir tamat. Ambe perasan ada blogger yang berjaya memecut memintas naik ke depan. Memang terbaik!

Ucapan untuk rakan blogger yang dihormati sekalian

Blogger,

Memerah otak setiap bulan. Lagak gaya bak penulis upahan. Penatnya memanglah sakan. Terubat bila ada balasan. Ada juga edisi kenangan. Jangan dilupa pesan asas cendiakawan. Meraih populariti murahan bukan pilihan.

Blogger sekalian,

Apa ertinya entri kita tanpa balasan. Ibarat nasi tanpa sambal belacan. Ibarat manusia tanpa senyuman. Biarlah berseri macam bulan. Jauh dipandang tetap menawan.

Blogger budiman,

Terima kasih ambe ucapkan. Tiada yang lebih kacak menawan. Melainkan korang yang singgah setiap bulan. Moga sentiasa dalam rahmat Tuhan. Dimurah rezeki dilipat ganda ganjaran. Bak kata seseorang, “Hidup Untuk Memberi”, kan?

Blogger budiman,

Jutaan terima kasih ambe ucapkan. Jangan malu jangan segan. Andai ada yang nak berkenalan. Tinggalkan jejak pasti ada balasan. Selamat tahun baru 2013 ambe ucapkan. Moga jumpa lagi tahun depan. Dengan entri lebih mengancam menawan!

Sabda Rasululullah SAW. “Sesiapa yang ingin diluaskan rezkinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim.” – Hadith riwayat al-Bukhari

@hafizmd – Ada beberapa kontest yang masih berjalan. InshaaAllah akan diusahakan =)