Apa Ada Dengan Cahayacinta.com?

Assalamua’laikum.
Cahayacinta.com. Ada apa dengan blog cahayacinta.com? Best sangat ke singgoh sane? Ate teman ngan mike ni blogger. Kenalah sama-sama singgah sana-sini. Baru teman kenal kome, kome kenal teman. Idok gitu yop? Amboi. Berbelit lidoh teman. Udahler. Teman saje nak belajar loghat Perak. Sedap pulok dengornya. Tengok aje Pencetus Ummah Yeop berceramoh. Seronok bebenor! Nak cerita pasal blog cahayacinta.com sebenarnya ni. Meh rapat-rapat. Eh, jangan rapat sangat. Juling biji mata nanti…hohoho
Blog cahayacinta.com
Ambe dan orang rumah pernah sekali bersua muka, bertentang muka dengan pemilik blog cahayacinta.com. Kami berbuka puasa sama-sama. Ringkas aje pertemuan kami petang tu. Tapi, yang paling best ialah bila jumpa tu, macam dah lama kenal. Itulah kuasa ukhwah atas satu syahadah yang sama. Memang luar biasa. Mesti Suri sendiri masih ingat lagi time kita berempat buka puasa tu kan?
Kekuatan blog Cahayacinta.com.
1. Kuat dan gahnya blog cahayacinta.com ni tak lain tak bukan ada pada pemiliknya, Blogger Suri. Tak salah ambe berikan gelaran Queen dalam bidang komen. Pergilah mana-mana blog, mesti jumpa nama Suri. Itulah kekuatan yang tak ramai blogger boleh buat. Betul tak?

2. Kuatnya Cahayacinta.com juga ada pada huruf ‘C’nya. Cuba tukar ke huruf ‘B’ dah jadi Bahayacinta.com! Nampak tak permainan huruf kat situ? hehehe. Cahaya dan bahaya. Mestilah kita pilih cahaya. Betul tak?
3. Selain tuan blog yang rajin blogwalking menyambung ukhwah dan bersembang di laman maya, blog cahayacinta.com juga pastinya berseri dengan macam-macam tips dan petua. Cuba mengkome terjah tengok blog Suri. Macam-macam ada. Petua nak mudah hamil, petua nak hilangkan berat badan sekilo dua, petua nak hilangkan sakit kepal dan ayat pengasih untuk suami isteri pun ada!
4. Pendek cerita, memang macam-macam petua kehidupan yang Suri tampalkan di sana untuk tatapan para pembacanya. Rugi kalau kita singgah, tapi tak ambil dan buat amal. Mana yang baik, pastinya memberi faedah untuk kita bersama. Inilah kuasa blogger. Sama-sama berkongsi kebaikan!
5. Satu yang pasti, Suri ni memang ulat buku. Sebab tu, nampaknya dia takde masalah nak update blog dengan macam-macam bentuk entri. Sebab dia rajin baca buku! Jadi, kalau tak nak kering idea, rajin-rajinlah membaca.
6. Entri terkini yang dikongsi oleh Suri ialah tentang tekanan. Apa doanya bila kita tertekan? Bila kita tertekan dengan macam-macam dugaan dan cubaan? Jomlah kita baca doa yang Allah sendiri ajarkan kepada kita. Jom baca di sini –> Doa Apabila Menghadapi Tekanan.
@hafizmd – Nyerogin-nyerogin juge! Sekadar entri ringkas menghargai 10 Blogger Pilihan 2013. Nantikan 9 lagi blog yang bakal diberikan hadiah entri ringkas dan backlink percuma sepanjang hayat di blog ni =)
memang best blog suri..byk tips menarik dan entry DIY…
tuannya pun rajin blogwalking & komen…
Itulah. Mmg tak terlawan sungguh
Rajin ke blog lain , maka rajinlah mereka ke blog kita bro… 🙂
postnya memang banyak yang bermanfaat. 🙂
selalu juga singgah ke blog suri 🙂
tak pernah lagi berjumpa dengan empunya blog. kalau blog tu selalu jugak jenguk.
uiks.. blog Suri dah sihat ek? wakakaka
maza ketinggalan keretapi lah fulaks..
lagi pun semenjak dua menjak ni blog terpaksa menjadi pilihan entah ke berapa ekoran terlalu sibuk dengan tugasan hakiki.. ahaks..
alasan hehehe
ini makcik memang gila komen woo..
Tahu tak apa..ada brani ke??hahaha
selalu jugak teman blogwalk ke sane…. hihihiih
Mmg bercahaya-cahaya blog si suri tu bila lawat.. adehhh.. Review yg menarik ehhh.
Mantap “review” nya. Malangnya saya sudah jarang ke sana. Harap 2014 akan beri semangat baru untuk rajin ber “blog walking” ke blog rakan-rakan!
aisey..agaknya bila la kita nak berketemu macam hafiz & fiza jumpa suri ye.. :p
satu blog yg wajib diterjah …;)
hehe…itulah…kalau chii ‘tersesat’ ke gombak ni…calling2 ler kami ni… =)
ater kalau tersesat jer ker cit mana achi..hiii
suri memang rajin serba serbi
kerja tangan pun dia buat
Suri ada dimana-mana. Sekali menyerang tak ingat. 🙂
Hehe..sejak mula kenal blog Suri sampai ke saat ni masih aktif dia berblogging..cuma sekarang ni jer ada masalah dengan TM..haha
ha tahu tahu jer blog saya masalah dengan tm. namun begitu hosting sekarang baik -baik sahaja.sikalang gua rempit ini hotel juga meh.tm dah clear ingat suruh pk bayarkan bilnya sekaki.
haa.sah ada orang khabarkan tm ada masalah cis… 😛
terima kasih atas backlink tuan tanah. blog tidak seberapa itulah yang ada untuk sekarang ini. semoga blog ini juga terus bercahaya masa akan datang dengan ilmu manfaat dari semasa ke semasa.
Aduhai review blog cahayacinta.com, bila pula nak review blog saya brooooo….? Blog saya sensasi tapi isinya tak sensasi. Minta pandangan Hafiz Mohd ni bagaimana mahu jadikannya ia sensasi….!! Atau perlu top komen di sini baru boleh review blog kawe… he..he….
Apapun saya kagum dgn blog cahayacinta. Sentiasa blogwalking, tidak terkecuali di blog kawe jugok. Apapun semoga blo cahayacinta.com sentiasa berjaya dan tuannya Suri semakin kaya-raya. Insya Allah…
Semoga blog hafizmohd pun begitu jua….. TQ di atas segala-galanya.
Antara ratu komentator di blog.