Solat: Jarak kaki dan hikmahnya

Asssalamua’laikum.

Alhamdulillah, jumpa lagi kita dengan penghulu segala hari.

Hari Jumaat sinonimnya ialah solat Jumaat. Bila sebut solat Jumaat, aku yakin yang semua tahu ianya dilaksanakan secara berjemaah.

Cuma, apa yang aku biasa perhatikan (atau aku sendiri yang buat) ialah pasal jarak antara dua kaki waktu kita berdiri untuk solat jemaah. Macam-macam cara bukaan kaki sehingga kadang-kadang ‘makan ruang’ yang agak besar. Bila dah semua jemaah buka kaki cara masing-masing, maka akan ada ruang-ruang kosong antara kaki-kaki jemaah.

Tak ke rugi dari segi ruang dan yang lebih penting ialah hikmahnya?

Kita harus faham, hal menjarakkan dua kaki hanyalah perkara sunat tapi menjadi sunnah yang khusus bila kita solat berjemaah. Untuk itu, ulama silam memberi kita panduan untuk membolehkan kita mencapai tahap khusyuk yang terbaik.

  1. Mazhab Shafi’i: Sekadar sejengkal
  2. Mazhab Hanafi: Sekadar 4 jari tangan. Jika lebih@kurang adalah makruh
  3. Mazhab Maliki & Hambali: Kadarnya sederhana mengikut kebiasaan (tak luas sangat, tak rapat sangat)

Mana satu kita nak amalkan? Baik. Aku terus petik pandangan penulis buku Formula Solat Sempurna iaitu Ustaz Zaharuddin dalam soal ni iaitu:

1. Solat jemaah – Jarak terbaik ialah sehingga menyentuh jari kaki ahli jemaah lain disebelah kita.

  • HIKMAH: Kuatkan ukhwah dan mampu buang rasa ego diri.

2. Solat sendirian – Jarak terbaik adalah mengikut Mazhab Maliki dan Hambali iaitu jarak selesa dan ikut saiz tubuh kita sendiri (biasanya, kalau badan kita besar, bukaan kaki lebih besar, betul tak?)

Ia nampak mudah tapi jika kita main buat malas jer, kesannya kita akan dibiarkan dalam sifat ego diri yang tinggi, mudah bersengketa dan bertengkar sesama kita. Besar hikmahnya kalau kita benar-benar pelihara safkan?

Sekadar apa yang difahami, bukaan kaki TIDAK BOLEH berbentuk “V”

Bagaimana dengan kita?

® hafizmd – Sama-sama kita disiplinkan diri dengan merapatkan & meluruskan saf.

p/s – aku ada pasang badge baru kat sebelah kanan bawah. Cantik tak? Sila ke sini kalau berminat. Benda percuma lagipun —> Badge PERCUMA

Sumber rujukan: Formula Solat Sempurna (Ustaz Zaharuddin)