Salam untuk Rumah Baru

Alhamdulillah.

Sejarah Tercipta : Akhirnya, ‘rumah baru’ saya dah siap. Permulaan tahun 2010 nampaknya begitu mengujakan saya. Anda tanya kenapa?  Semuanya bermula 2 atau 3 tahun yang lalu. Rasanya, tiada pula rasa ingin berblogging guna ‘rumah sendiri’. Ber’blogspot’pun sudah cukup memuaskan hati. Biasalakan, hati manusia mana pernah puas, ada saja nak ditambah. Saya masih ingat, antara blog terawal yang saya selalu lawati ialah blog kepunyaan Saudara SmartZul. Rasanya tak perlu saya huraikan panjang lebar berkenaan beliau, tapi kalau nak juga boleh ke blog beliau di sini. Rasanya, boleh saya katakan setiap artikel beliau cukup bermotivasi dan mantap isinya.

Laluan berliku: Membina blog sendiri pada saya bukannya suatu perkara yang mudah. Saya bukannya superman graduan bidang IT, jauh sekali ada kepakaran ilmu komputer yang mendalam. Masa zaman muda-muda dulu, jadi AJK bilik komputer pun tidak. Tapi, pada saya itu semua bukan masalah utama. Bill Gates pun bukannya pandai sangat tapi ada kemahuan yang kuat. Dari situ, saya tanam diam-diam dalam hati, “InsyaAllah, aku mesti ada blog sendiri nanti”. Dan ada tapi lagi, manusia memang mudah lupa apatah lagi saya ni memang Melayu. Melayu memang mudah lupa bak kata Tun Mahathir. Masa dua tahun, saya habiskan dengan merewang ke blog-blog orang sambil ambil apa-apa pengajaran. Saya lebih suka menjadi ‘silent reader’. Akhirnya, hampir dua tahun berlalu dan saya masih lagi belum ada blog sendiri. Yang ada hanyalah blog percuma. Tapi kenapa saya sibuk sangat nak ada blog sendiri? Ada faedah ke? Atau saja ikut-ikut orang lain? Atau dah banyak sangat duit sampai tak tahu nak buat apa? Sudah tentu, setiap yang berlaku ada sebabnya.

p/s – Dah pukul 1.45 pagi, esok mahu kerja. Nanti tertidur esok, siapa mahu tolong? Tak siapa sudi tolong?